ANWAR OH ANWAR


Zus Din

NAK KATA CAMNA LAGI? MAT SEBULU TOLAK DIA DAN TAKNAK KERJASAMA DENGAN PKR PUN DIA MASIH SOKONG?

Jujurnya..saya tidak setuju dengan DSAI dalam bab ni tapi bab disiplin tu betul lah apa dia cakap.
******************************

Suasana politik Sabah tidak gugat sokongan rakyat kepada PH - Anwar
Oleh : Amir Mamat
bhnews@bh.com.my

AYER KEROH: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, yakin suasana politik di Sabah tidak menggugat sokongan rakyat kepada gabungan parti itu.

Beliau berkata, mandat diberikan kepada PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) jelas membuktikan rakyat menolak segala bentuk penindasan dan pengkhianatan ke atas mereka.

"Ini soal 'sepak terajang' politik, ia tidak semestinya mewakili aspirasi rakyat.

"Kadang-kadang orang salah telahan bahawa percaturan politik golongan kelompok atasan itu mewakili aspirasi rakyat, ia tidak semestinya," katanya.

Beliau yang juga Presiden PKR berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Program Jelajah Presiden peringkat negeri, di sini, malam tadi.

Terdahulu, bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, mendakwa sudah memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau mengikuti rapat perkembangan politik di Sabah serta kekal dengan pendirian bahawa PH menyokong kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Beliau sekali gus memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin dan ahli PKR jika terbabit dalam komplot menjatuhkan Kerajaan Sabah bawah WARISAN.


No comments: