YB Zuraida, datanglah ke mesyuarat – Wan Azizah


Image result for wan azizah wan ismail

SERDANG – Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menasihati naib presiden parti itu, Zuraida Kamaruddin agar hadir ke mesyuarat PKR.
“YB Zuraida, datang ke mesyuarat,” katanya ringkas.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Kompleks Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) di Universiti Putra Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kemelut di antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Perumahan Kerajaan dan Tempatan yang terus berlarutan sehingga kini.
Anwar sebelum itu terus bertegas untuk tidak berganjak dengan tuntutan Ahli Parlimen Ampang itu yang mahu mesyuarat diadakan antara Anwar dan ahli Majlis Pimpinan Pusat yang terpilih.
Sebaliknya, kata Anwar, beliau boleh berjumpa dengan mereka dalam banyak mesyuarat biasa PKR yang telah mereka pulaukan.
Selain Zuraida, mereka yang dimaksudkan Anwar ialah timbalan presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi.
Zuraida pula berkata beliau dan Ahli Parlimen Port Dickson itu perlu bertemu bagi membincangkan beberapa isu yang dianggap serius dan sensitif.MG

No comments: