MENGAPA PAS LEBIH GELISAH DENGAN PERTUKARAN JAWATAN PM ?


Semua kita tahu, Pas dan Umno adalah parti yang paling kuat menghentam cadangan PH untuk menabalkan Tun M sebagai PM sebelum PRU14 yang lalu. Tiada satu pun tulisan atau kenyataan dari mana-mana pemimpin Pas dan Umno yang merasa seronok dengan ketetapan yang dicapai oleh PH waktu itu.
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
Apa yang tidak dikata tentang keburukan Tun M oleh kedua-dua parti tersebut sebelum ini? Tun M dianggap pemimpin tua kitar semula, PH dituduh tiada kepimpinan baru, PH dituduh mengangkat kembali seorang diktator, kerajaan baru lebih teruk jika Tun M jadi PM, dan banyak lagi kata-kata mereka yang cuba mempengaruhi PH agar tidak memilih Tun M sebagai PM sekiranya PH berjaya membentuk kerajaan. Paling celupar, mulut Hadi Awang, Presiden Pas yang ego dan sombong apabila menyatakan Tun M hanya layak jadi doktor di klinik 1 Malaysia. Beliau lupa, Tun M telah pun menjadi PM lebih 20 tahun berbanding Hadi yang hanya jadi MB Terengganu sepenggal.
Image result for fatwa wajib jatuhkan ph

Tulisan Ustaz Zakaria di dalam Harakah bertarikh 28 Jun 2019, beliau memperlihatkan kegelisahan Pas sekiranya peralihan kuasa itu berlaku. Secara tiba-tiba segala bentuk pujian diberikan kepada Tun M selaku PM, tetapi beliau terlupa baru beberapa hari yang lalu Muktamar Pas menjatuhkan fatwa 'wajib menjatuhkan kerajaan PH" di bawah Tun M. Kalau kepimpinan Tun M itu baik pada pandangan Pas, dari mana datangnya fatwa 'wajib menjatuhkan kerajaan PH"?. Itu dalil menunjukan parti ini menjual agama sesuka hati dan bila-bila masa sahaja.

Di dalam tulisannya, beliau mempersoalkan bagaimana mungkin Anwar boleh menjadi PM tanpa menjadi TPM terlebih dahulu? Beliau hanya melihat kepada amalan tradisi semata-mata tanpa melihat kepada aspek perundangan atau perlembagaan. Tradisinya memang begitu, sebelum ini PM adalah datangnya dari TPM. Itu di era Umno, di mana tradisinya juga Presiden Umno itu akan menjadi PM dan Timbalan Presidennya pula bakal menjadi PM selepas itu. Tradisi bukan undang-undang yang wajib diikuti. PH memecah tradisi purba itu di mana PM dari parti lain dan Timbalannya dari parti lain di dalam PH. Ertikata, semangat perkongsian kuasa ini lebih terserlah di bawah PH. Tun M menjadi PM sekarang adalah dari parti Bersatu, Timbalannya adalah Kak Wan dari parti KEADILAN. Tiada siapa boleh dakwa kerajaan sekarang di bawah telunjuk Bersatu, jauh sekali untuk menuduh kerajaan sekarang di bawah telunjuk Dap.

Di dalam mempertahankan Tun M untuk terus menjadi PM lebih lama, penulis ini juga menyebut bahawa apa yang Tun lakukan sekarang sudah baik dan tidak ada keperluan untuk ditukarkan kepada PM yang baru. Pengakuan ini saya percaya datangnya secara ikhlas, dan kami di dalam PH juga turut yakin dengan kewibawaan Tun M, sebab itulah PH tidak silap menabalkan beliau sebagai PM selepas PH berjaya jatuhkan rejim kleptokrasi di dalam PRU14 yang lalu, apatah lagi ketika itu Anwar di dalam penjara dan tidak boleh diangkat terus menjadi PM.

Sebagaimana yang sering diulang oleh Tun M sendiri, beliau akan menyerahkan jawatan PM kepaada Anwar Ibrahim kerana ini adalah perjanjian yang termaktub di dalam manifesto. Anwar juga turut berulangkali menyatakan sokongan padu beliau kepada Tun M sebagai PM untuk merealisasikan reformasi di dalam pentadbiran negara. Apa yang sering diperdebatkan dan diperkatakan hanyalah tempuh dan jangkamasa peralihan kuasa akan berlaku, itu saja. Setakat ini, PH masih berpegang teguh kepada perjanjian iaitu Tun M akan menjadi PM sehingga masanya yang sudah tentu akan diincangkan oleh Majlis Presiden, bukannya oleh Tun M seorang diri atau oleh Anwar atau oleh sesiapa. Begitu juga dengan jawatan TPM, di mana Kak Wan sendiri telah menyatakan beliau akan berundur apabila Anwar menjadi PM. Pengganti Kak Wan sebagai TPM nanti mungkin Muhyiddin, mungkin Mat Sabu atau sesiapa sahaja dari pemimpin utama di dalam PH yang akan diputuskan oleh Majlis Presiden.
Image result for fatwa wajib jatuhkan ph


Penulis silap besar untuk mengheret PH mengikut tradisi purba di zaman Umno. Hakikatnya, Pas amat takut kecemerlangan pentadbiran Tun M sekarang ini akan diwarisi pula oleh Anwar, seorang tokoh yang tidak kurang hebatnya dengan Tun M. Idea-idea islamik yang sering dibawa oleh Anwar sewaktu beliau menjadi TPM di era Tun M dahulu amat membimbangkan Pas. Bayangkan seorang PM akan datang adalah bekas Menteri Kewangan terbaik Asia. PM akan datang adalah tokoh yang menubuhkan ABIM (angkatan Belia Islam Malaysia) satu pertubuhan yang terkenal di dalam membawa suara-suara Islam hingga sekarang di mana beliau pernah menjadi Presiden ABIM dan Timbalannya adalah Almarhum Ustaz Fadzil Noor, Presiden Pas. Hadi juga pernah berada di bawah Anwar ketika itu di dalam ABIM. Sekiranya PM akan datang mempunyai roh Islam meskipun beliau bukan Ulamak seperti Mokhtar Senik atau Nik Amar, tidak hairanlah Pas bimbang Anwar menjadi PM kerana Pas akan kehilangan modal besarnya.
Image result for anwar pejuang bahasa
Bagi Umno pula, sekiranya Anwar menjadi PM maka Umno 
kehabisan modal untuk memainkan isu-isu perkauman Melayu. Anwar juga terkenal dengan prinsipnya mempertahankan maruah Melayu termasuk bahasa. Beliau pernah menjadi Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya dan Presiden Kesatuan Kebangsaan Penuntut Muslim Malaysia. Anwar pernah dipilih sebagai Presiden Persidangan Agung UNESCO. Universiti Islam Antarabangsa tidak boleh dipisahkan dari menyebut nama Anwar kerana beliau pernah menjadi Presiden universiti tersebut. Mana mungkin insan bernama Anwar Ibrahim ini akan memusnahkan Melayu. Itu yang dikhuatiri oleh Umno walaupun sewaktu Umno memerintah, segala hak Melayu tergadai dan terancam.
Imej mungkin mengandungi: 6 orang, termasuk Awang Bin Ahmad Awang, orang senyum, teks

Untuk tahun 2018, nama Anwar disenaraikan dalam kategori "Top 50 + 25 Honorouble Mentions (ahli politik/ pemerintah)", sebaris dengan Raja Salman bin Abdulaziz (Arab Saudi), Raja Abdullah II bin Al-Hussein (Jordan), Presiden Reccep Tayyip Erdogan (Turki), Raja Mohammed VI (Maghribi), Sayyid Qaboos bin Said Al Said (Oman), Putera Mahkota Muhammad Bin Salman (Arab Saudi), Presiden Joko Widodo (Indonesia), Presiden Mahmoud Abbas (Palestin), Presiden Abdel Fattah Saeed Hussein Khalil el-Sisi (Mesir), Abdul-Malik Badreddin al-Houthi (Yaman), Sadiq Khan (United Kingdom), Putera Zeid bin Ra’ad Zeid al-Hussein (Jordan) serta Khaled Mashal (Palestin). Inilah bakal PM ke 8. Ertinya, Anwar bukan nama yang berlegar di Permatang Pauh atau di Malaysia sahaja.
Rakyat sekarang telah mulai merasa lega sedikit berbanding setahun yang lalu disaat kerajaan baru PH sedang bergelut untuk membaiki kerosakan yang ditinggalkan oleh rejim kleptokrasi yang kini berada di dalam kelambu Pas. Masih banyak lagi yang sedang dan akan diperbaiki, InsyaAllah, apabila semuanya telah pulih, rakyat akan melihat wajah sebenar yang ingin dipamerkan oleh kerajaan PH. Buat Pas, lebih baik kamu tumpukan kepada belajar menyanyi lagu Umno dan Umno pula cubalah belajar menyanyi lagu Pas. Bab peralihan kuasa PM, PH ada jawapannya.


WFAUZDIN NS