Peralihan kuasa hampir selesai – Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa peralihan kuasa antara beliau dengan Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad “hampir selesai” dalam kalangan empat parti gabungan Pakatan Harapan.
“Isu peralihan berhubung kepimpinan hampir selesai,” kata Anwar dipetik Mediacorp selesai meraikan ulang tahun parti itu yang ke-20 malam tadi.
“Mahathir sudah berulang kali menekankan kedududukannya. Anwar akan mengambil alih, dan buat masa ini seperti yang dipersetujui, Dr Mahathir akan menjadi perdana Menteri, (Wan Azizah akan menjadi timbalan perdana menteri,” katanya, merujuk kepada persetujuan antara beliau dengan Dr Mahathir tahun lalu, iaitu kepimpinan akan bertukar tangan dalam masa dua tahun.
“Lebih penting adalah kedudukan keempat-empat parti dalam gubungan,” tambahnya.
Anwar yang juga Anggota Parlimen Port Dickson, berkata bahawa ruang mesti diberikan bagi membolehkan Dr Mahathir “mencarta agenda baru ini”.
“Sejujurnya, saya tidak rasa terdapat sebarang masalah berkenaan peralihan kuasa. Saya sudah berkata berulang kali bahawa kita mesti memberikan ruang, keyakinan kepada Dr Mahathir, untuk mencarta agenda baru ini, agenda reformasi
“Dan beliau sudah berbuat demikian,” katanya.
Ahli politik itu juga menyentuh tentang sejauh mana pencapaian PKR dan reformasi politik, sempena meraikan ulang tahun parti tersebut.