Lawatan Husam selepas dilantik Pengerusi KADA


Lawatan mengejut Husam selepas dilantik Pengerusi KADA

KOTA BHARU: Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) baharu Senator Datuk Haji Husam Musa membuat lawatan mengejut ke Pusat Kejenteraan Ladang Melor dan Pusat Latihan Melor KADA.
Lawatan mengejut itu dibuat bagi meninjau sendiri keadaan di Pusat Kejenteraan Ladang Melor dan Latihan Melor milik KADA itu
Husam Musa dalam catatan facebook rasminya turut melawat rumah pam Kemubu yang ditutup sebelum ini.
“Dua minggu rumah pam Kemubu terpaksa di tutup kerana air berada di bawah paras 2.9 meter. Kelmarin 2hb April air berada di paras terus 3.5 meter dan pam boleh beroperasi , hari ni air telah berada di paras 4.9meter. Katanya
Husam juga berkata sistem saliran air dan industri padi beras akan ditambah baik dan segala hasrat MOA di Kelantan didokong sepenuhnya oleh KADA untuk merealisasikan “our food our future” bagi memastikan pemerkasaan program Food Security di negara ini.
“Penggembelingan tenaga, idea dan kepakaran dari semua pihak diperlukan bagi menjayakan usaha ini”. katanya

No comments: