PAS hanya akan menjadi penghasut.Untuk tidak mahu bertanding, Pas cuma ingin memprotes dan kononnya meminta membentangkan rang undang undang pembubaran mana mana Ahli Parlimen...kononnya..
Pas awal-awal sudah sudah buat keputusan tidak akan bertanding dalam pilihanraya kecil Port Dickson yang akan diadakan tidak lama lagi dengan alasan mahu memberi laluan kepada UMNO meletakkan calonnya.
Tidak cukup dengan itu, Pas juga sedia memberi sokongan kepada UMNO kempen pilihanraya itu nanti sebagaimana UMNO telah membantu Pas di Seri Setia.
Kemudian, MIC yang secara tradisinya bertanding di Port Dickson juga mengumumkan tidak akan meletakkan calonnya kali ini.
Malah Presiden MIC, SA Vignewaran juga berkata, “kalau UMNO mahu bertanding, biar mereka bertanding. Kita tak akan campur tangan.”
Maka, segala-galanya kini bergantung kepada UMNO saja lagi?
Apakah UMNO akan meletakkan calon atau bakal memberi kemenangan percuma kepada Anwar?
Zahid oh Zahid...di mana Zahid Hamidi? (ShahbudinHusin 13/09/2018)