‘Perjanjian Baharu’ untuk Malaysia Timur dijangka dapat sambutan
Pakatan Harapan (PH) hari ini mempertahankan “perjanjian baru” menifesto pilihan rayanya dan berkata enam tawaran kepada Sabah dan Sarawak itu lebih baik daripada peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Pengerusi PH Sabah Christina Liew berkata Sabah berhak mendapat lebih baik daripada apa yang dibayangkan di bawah Perjanjian Malaysia 1963. Tambahnya lagi, semua permintaan Sabah boleh diperolehi tanpa menafikan kesucian perjanjian itu.
“Walaupun kita sedar yang kita mesti mempertahankan semua Hak Khas Sabah dan perlindungan dibawah Perjanjian Malaysia 1963 dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan, kita percaya Perjanjian Malaysia 1963 perlu dianggap sebagai bottom line, dan bukan matlamat akhir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Liew berkata demikian bagi mengulas Timbalan Ketua Menteri Sabah Raymond Tan yang mengutuk perjanjian baru PH sebagai satu percubaan untuk menafikan Hak Khas Sabah dan Sarawak serta mencadangkan “terma adil kepada semua tiga wilayah yang bersetuju membentuk Malaysia iaitu Sabah, Sarawak dan Malaya” yang diumumkan Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad pada 24 September baru-baru ini.
Kata Liew, kata-kata Tan itu dibuat untuk memutarbelitkan idea manifesto “Perjanjian Baru” supaya kelihatan seperti PH cuba menghapuskan hak-hak istimewa negeri-negeri Pantai Timur Malaysia melalui “rundingan semula yang adil”.
Tindakan Tan itu katanya memnag dijangka dari mana-mana ketua Barisan Nasional (BN) yang setia secara membuta tuli hingga menjadikan “Sabah pengemis dalam Persekutuan (Malaysia)” seperti yang berlaku sekarang.
“Seorang pemimpin Sabah yang prihatin dan komited mesti berjuang untuk pembaharuan institusi daripada membodek pemimpin lolitik tertentu yang cuba menjadi nice guy kepada Sabah,” katanya.
Liew berkata di bawah perjanjian baru itu PH akan mendapatkan lebih daripada autonomi, tetapi juga kuasa “penting” yang dipegang Persekutuan seperti komunikasi, pengangkutan, pendidikan, perubatan, buruh, keselamatan sosial, pelancongan dan banyak lagi.
“Sabah perlu mainkan peranan yang lebih besar dalam membentuk masa depannya sendiri, begitu juga dasar-dasar negara. Contohnya, manifesto kami menghadkan penggal ketua menteri untuk mengelakkan korupsi.
“20% royalti minyak dan 50% pendapatan yang dikongsi di bawah perjanjian baru ini lebih baik daripada apa yang termaktub dalam perlembagaan,” katanya. – TMI
Lima tawaran untuk Sarawak ialah Lima tawaran itu ialah: Hak Kerajaan Wilayah; Hak Petroleum dan Hasil yang adil; Hak Pembangunan Infrastruktur Asas dan Tanah Saksama; Hak pendidikan berkualiti dan Hak Pembangunan Ekonomi Saksama dan Pengupayaan Anak Muda, Wanita dan Golongan Minoriti.