.
Us Idris pun menulis dengan menyatakan 'apa salahnya Hadi nak berucap bersama Najib dlm himpunan bantah kekejaman Kjaan Myanmar terhadap etnik Rohingya?".
Setakat ini tiada sesiapa pun dari mana2 pimpinan dari Keadilan, Dap, Amanah mahupun Bersatu yg mengutuk atau menyatakan satu kesalahan Hadi nak hadir berhimpun bersama Najib dalam dewan. Apa yang kita dengar hanyalah pimpinan2 ini menyatakan bahawa Najib selaku PM yg mengetuai kerajaan sepatutnya tidak perlu menyusahkan diri berhimpun hanya kerana mahu tunjuk kerajaan Msia mengutuk tindakan Myanmar. Memadai sekadar sekeping kertas pun sudah cukup jika Najib benar2 serius mahu mengajar Myanmar.
Tentang Hadi mahu berhimpun dan berucap dalam himpunan itu tidak salah kerana bertindak dengan sesuatu yang tidak bijak bukannya satu kesalahan.
Mungkin Us Idris mahu membalas komen2 dari facebookers saja. Jika begitu aku rasa bukan standard Naib Presiden Pas mahu mengulasnya. Jawapan Us Idris itu pun jelas menampakkan beliau tahu bahawa mungkin Umno ada niat lain apabila mengheret Pas untuk bersama dalam satu himpunan yang lucu tersebut, tetapi kata Us Idris Pas pun ada niat juga. Akhirnya kata Us Idris, berserah saja kepada Allah.
Mungkin penangguhan RUU Akta 355 itu pun Us Idris tahu ada muslihat dari Umno. Tapi berserah saja kepada Allah.