Tanpa setitis logik Najib fitnah DAP





Najib gagal
“Realiti politik di Malaysia hari ini, rakyat mempunyai cuma dua pilihan sahaja, sama ada gabungan yang dipimpin oleh Umno ataupun yang dipimpin atau didominasi oleh DAP….Maksud saya, seandai dan sekiranya Umno ditolak, negara ini akan diperintah oleh mereka yang anti perjuangan Islam serta menolak perjuangan Melayu serta Bumiputera.”
NAJIB juga menambah bahawa masa depan anak-anak bangsa bakal diperjudi apabila DAP memerintah negara.
Nampaknya, dalam Perhimpunan Agung yang paling kucar-kacir dan cacamerba, Najib gagal menguruskan persepsi dan keyakinan rakyat Malaysia serta ahli partinya sendiri.
Sehinggakan beliau terpaksa mengalih perhatian yang kini tertumpu ke atas dirinya dengan mengulangi fitnah dan tohmahan yang langsung tidak berasas.
melayu_berpecah_dap_berkuasaPertamanya, kenyataan Najib tidak mengandungi setitis logik.
Mustahil untuk orang Melayu hilang kuasa di negara ini. Bukankah sahaja hampir semua institusi awam seperti perkhidmatan awam, polis, tentera dan badan kehakiman dikuasai oleh orang Melayu.
Dari segi ekonomi pun, kebanyakan sektor juga dikawal jika tidak dimonopoli oleh ahli peniaga Melayu dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang diterajui orang Melayu.
Dari segi politik dan perundangan pula, kedudukan orang Melayu tidak mungkin dicabar, kerana apa-apa pindaan yang berdampak ke atas hak Melayu, memerlukan bukan sahaja majoriti dua pertiga di Parlimen tetapi juga persetujuan Majlis Raja-raja Melayu.
Kedua, DAP bukan parti perkauman seperti UMNO. DAP adalah parti berbilang kaum dan mempunyai perwakilan Melayu di setiap peringkat perundangan di negara ini – Dewan Rakyat, Dewan Negara, Dewan Undangan Negeri dan peringkat kerajaan tempatan.
DAP juga tidak pernah anti-Islam sepertimana yang dibuktikan oleh keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati tuduhan anti-Melayu dan anti-Islam oleh Utusan Malaysia hanya fitnah semata-mata.
Pun begitu, fitnah Najib mudah disangkal berdasarkan rekod prestasi Kerajaan Pakatan Harapan di Pulau Pinang.
25bcd-zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzhdhBukan sahaja peruntukan agama Islam dilipat ganda berbanding zaman Kerajaan Barisan Nasional (BN), malah peruntukan tahunan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dimulakan buat kali pertama.
Di samping itu, bayaran tahunan juga diberi kepada para huffaz serta guru KAFA dan SAR.
Kerajaan Negeri juga membelanjakan RM20 juta untuk mengambil alih tanah milik bukan Muslim untuk dijadikan tanah perkuburan Islam. Jelas, Islam bukan sahaja dihormati tetapi juga diperkasa melalui pentadbiran Pakatan Harapan.
Lebih penting lagi, Kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin DAP juga memperkenal sistem tadbir urus yang cekap, amanah dan telus untuk membasmi rasuah dan mengelak penyelewengan.
Hasilnya, rizab negeri meningkat dan penjimatan dapat dikongsi semua melalui program kebajikan rakyat yang rata-rata memanfaatkan orang Melayu.
Hakikatnya, Umno yang selama ini mengkhianati orang Melayu dan Islam di negara ini.
NOW-YaPEIM-JamilKhir_00Siapakah yang bertanggungjawab bagi skandal Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) apabila dana hasil sumbangan orang ramai didakwa digunakan bagi membiayai seorang pemimpin Wanita UMNO dan keluarganya?
Bagaimana pula dengan dakwaan penggunaan duit Yayasan Tabung Haji untuk menyelamatkan 1MDB? Tidak lupa juga skandal MARA yang membabitkan pembelian hartanah bernilai ratusan juta ringgit di negara asing pada harga yang dikatakan terlalu tinggi.
Najib sepatutnya tidak berdalih lagi.
Jangan terus menerus cuba mengalihkan perhatian rakyat daripada kegagalan pentadbiran beliau dengan menggunakan fitnah lapuk yang tidak berasas. Jika beliau begitu berani, sila jawab dengan lurus dan jelas:
Mana RM2.6 bilion?

* Zairil Khir Johari ialah Ahli Parlimen Bukit Bendera merangkap Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP