SKIM GAJI UNTUK GRED 11.GRED LAIN BAGAIMANA PULA NAJIB?KAN GST DAH LAKSANA.


Berita Skim Gaji Baru 2015 Bagi Gred 11 Penjawat Awam Naik Selepas Desakan Cuepacs! Adakah Gred Lain Akan Turut Diberikan Perhatian Kerajaan Malaysia?

17

Berita Skim Gaji Baru 2015 Bagi Gred 11 Penjawat Awam Naik Selepas Desakan Cuepacs! Adakah Gred Lain Akan Turut Diberikan Perhatian Kerajaan Malaysia? : Sebelum ini Cuepacs dilihat tidak berputus asa terus menerus menghantar signal yang jelas bagi tuntutan Cuepacs yang terbaru supaya kerajaan umumkan segera skim gaji baru gred 11 penjawat awam.

Apatah lagi lagi gaji minimum gred 11 masih lagi di bawah paras yang tidak munasabah di era lonjakan kos sara hidup di Malaysia hari ini iaitu antara RM832 hingga RM850 sebulan.

gaji baru 2015
KLIK SINI : Berita Cuepacs : Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Naik 35% dan Gaji Minimum RM1,200. 400,000 Masih Lagi Gaji RM802 Sebulan?

Ada yang bertanya kepada Berita Semasa penjawat awam Gred 11 ini selalu jawatan apa? Apa bidang tugasnya sedikit kehairan tatkala menghantar persoalan kepada Berita Semasa melihatkan sahaja gaji dan pendapatan yang ditawarkan agak kecil.

Sebenarnya kakitangan awam skim gred 11 adalah hasil daripada jumud gred 1 (Pembantu am rendah) dengan Gred 3 (pemandu) sehingga lahirnya 11 kakitangan kerajaan. Kiranya paling bawah dalam sektor awam.

Berita terkini yang Berita Semasa kerajaan Malaysia berbesar hati untuk memberikan hadiah istimewa kepada 3,072 penjawat awam gred 11 di mana akan diumumkan skim gaji baru 2015 Gred 11 pada hujung tahun 2015 ini. Berapa kenaikan skim gaji baru 2015 naik yang bakal diterima mereka? sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi kerajaan Malaysia kelak?

Berita Skim Gaji Baru 2015 Gred 11 MenerimaPakai Tuntutan Cuepacs?

Jikalau disemak tuntutan Cuepacs adalah diharapkan mereka-mereka ini diberikan kenaikan gaji naik kakitangan awam melebihi paras minium yang diharapkan Cuepacs melebihi RM1,200 sebulan (naik 35%)
“Kerajaan sentiasa komited untuk menjaga kebajikan kakitangan awam memandangkan gaji minimum gred 11 pada hari ini adalah antara RM832 sehingga RM850 sebulan,” katanya dalam ‎sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di sini hari ini.

Beliau mengulas tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) yang mahu kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam sebanyak 35 pe­ratus bagi menjadikan RM1,200 sebulan sebagai gaji minimum. Persoalannya bagaimana pula nasib gred lain dalam sektor kerajaan selaian berita gembira skim gaji baru 2015 naik untuk gred 11 ini?

Adakah gred lain juga akan turut diberikan perhatian juga?

No comments: