Demo #BatalGST sasar 1 juta peserta.Mahathir jadi hero tentang GST







Demo #BatalGST sasar 1 juta peserta
Demo #BatalGST sasar 1 juta peserta

Demo #BatalGST sasar 1 juta peserta

Penganjur himpunan Hari pekerja #BatalGST mensasarkan penyertaan sejuta peserta pada himpunan membantah cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei ini.

Pengerusi himpunan tersebut, Mohammad Sabu berkata jumlah tersebut bukanlah sesuatu yang mustahil memandangkan cukai regresif tersebut telah memberi kesan terhadap semua rakyat di negara ini.

“Kalau boleh kita nak sasarkan seramai yang boleh, mungkin satu juta orang, ini isu rakyat, jadi mereka rakyat terpanggil untuk datang.

“Semua kaum terlibat, jadi semua golongan rakyat marah,” katanya pada sidang media batal GST di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada Isnin.

Beliau juga menambah, himpunan pada 1 Mei itu yang bertemakan warna merah akan bermula kira-kira jam 2.30 petang.

Para peserta akan berhimpun di empat lokasi iaitu Masjid Negara, Masjid Jamek, Pusat membeli belah Sogo dan Menara Maybank di jalan Tun Perak di Kuala Lumpur sebelum berkumpul di Dataran Merdeka dan kemudianya ke Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) bagi mendengar ucapan pemimpin utama.

Malah beliau menyatakan keyakinan himpunan tersebut akan mendapat bantuan dari semua pihak termasuk pihak polis yang tegasnya juga merupakan golongan yang terkesan dengan pelaksanaan GST.

Himpunan tersebut jelasnya lagi akan membawakan tema #kamiSemuaTokJanggut, sempena mengenang kembali semangat perjuangan yang dibawakan Tok Janggut atau nama sebenarnya Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang menentang sistem percukaian penjajah yang menekan rakyat kira-kira 100 tahun dahulu.

Himpunan kali ini jelasnya lagi turut mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk beberapa tokoh masyarakat tanahair dari pelbagai latar belakang.

“Lebih 50 pertubuhan politik, kesatuan sekerja, organisasi massa, NGO dan tokoh terkemuka seperti sasterawan negara Datuk A Samad Said, Ahli Akademik Dr. Muhammad Salleh, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dan ramai lagi akan menghadiri himpunan ini,” katanya.


No comments: