Masalah Bekalan Air Bersih Semakin Meruncing di PAHANG
MASAALAH BEKALAN AIR BERSIH DI PAHANG MASIH DI TAKOK LAMA
Jika ada majlis-majlis kenduri atau hari raya masalah ini akan berlaku kerana tekanan air rendah, amat sukar untuk peneroka yang tinggal di kawasan tinggi (Bukit) untuk mendapatkan bekalan air secukupnya.Namun bukan sahaja di kawasan tinggi, kawasan rata dan tanah rendah pun mengalami air yang sama kerana sepatutnya pihak berkuasa ir Pahang yang telah di swastakan (PAIP), sejak setahun lepas membaiki keadaan, namun sebaliknya berlaku.
Masalah ini perlu diberi perhatian oleh pihak PAIP Pahang ( Pekan) dengan serius.Masalah ini telah banyak kali adukan ke pihak PUSPEL JBA yang kini dikenali dengan PAIP setelah di swastakan setahun lalu.Apabila ditanya kepada penduduk kenapa tidak dilakukan aduan atau bantuan, kebanyakkannya menjelaskan bahawa PAIP seringkali melepaskan kepada cawangan-cawangan dibawahnya, tetapi jawapan yang diberi seperti mereka sendiri tidak tahu bagaimana untuk mengatasiny malahan seolah-olah wujudnya birokrasi didalam urusan menyelesaikan masaalah bekalan air kepada penduduk di negeri Pahang ini.
Selain itu di kawasan PM sendiri , bagi penduduk yang menetap di Tanjung Agas dan sekitar telah lama mengalami masalah tekanan air yang sangat rendah. Bagi yang menetap di Taman Tanjung Agas Rosa telah menghadapi masalah ini lebih dari seminggu dalma sebulan . Tekanan air yang ada tidak dapat sampai ke dalam rumah, apa yang penduduk terpaksa lakukan adalah memasang kepala paip berhampiran meter, dengan cara ini sahajalah mereka mendapat bekalan air.
Sekiranya mahu mencuci pinggan mangkuk di singki perlulah membasuhnya pukul 3 pagi kerana hanya waktu pagi buta inilah tekanan air dapat sampai ke dalam rumah, itupun sangat perlahan.
Sementara itu, satu tinjauan rambang yang dilakukan di Lanchang dan Bera mendapati masaalah yang berlaku tetap sama.Di Lanchang ketika wartawan suara keadilan tiba disebuah keluarga yang akan mengadakan kenduri, mendapati air tidak ada sejak Isnin lepas sehingga khamis dan pihak PAIP hanya menghantar pada hari Jumaat.
Begitu juga di Bera dimana tinjauan dan aduan yang diterima di Kampung Bukit Gemuruh, juga menghadapi masalah sejak 10 tahun dahulu.Malahan jika kesedihan ini di ikuti, kita akan dapati penduduk terpaksa mandi di parit dan juga di telaga yang di korek di dalam hutan kelapa sawit.Keadaan ini lebih teruk jika dibandingkan dengan pendatang.
Sepatutnya PAIP Pahang dapat memberi jawapan khusus, contohnya
bekalan akan dipulihkan pada waktu tertentu bagi membuktikan komitmen mereka
dan bukan membiarkan rakyat tertanya-tanya tanpa jawapan seperti sekarang.
Paling mengejutkan apabila ada pihak yang menghubungi talian hotline
PAIP Pahang 09-5739999, mereka pula diarahkan berhubung terus dengan Jurutera
Daerah (JD) sendiri, atas alasan pegawai terbabit tidak menjawab
bilakah bekalan air dapat dipulihkan. Ini bermakna, masalah yang melanda ini
tidak mempunya "dateline" dan rakyat perlu menunggu
dan terus menunggu.