KEMPEN 114A

Apa itu 114A?

Ia adalah satu pindaan kepada Akta Keterangan 1950 yang membolehkan penguatkuasa undang-undang untuk menjadikan anda bertanggungjawab kerana menyiarkan bahan yang menghasut, memfitnah atau libel secara online, asalkan bahan yang didakwa fitnah itu boleh dijejak kembali ke kata laluan, alat elektronik, atau rangkaian WiFi milik anda. Seksyen 114A mengandaikan anda bersalah kerana menyiarkan bahan terbabit di internet, kecuali jika anda boleh membuktikan sebaliknya. Pendek kata, anda bersalah sehingga dibuktikan tidak bersalah.

Mengapa anda patut menyokong kempen ini?

Seksyen 114A mengancam hak kebebasan bersuara dan menakutkan pengguna Internet supaya melakukan tapisan kendiri bagi mengelak sebarang tuduhan palsu di bawah Seksyen 114A. Blogger, sebagai contoh, mungkin perlu lebih menapis komen yang dibuat oleh pembacanya. Oleh sebab itu, Seksyen 114A secara tidak langsung mengekang perbincangan awam tentang isu-isu penting politik dan sosial; serta melindungi pihak berkuasa daripada sebarang penelitian awam.

Apa yang kita mahu?

Kerajaan mesti memansuhkan Seksyen 114A.

No comments: