Kes liwat kedua konspirasi Najib, kata Anwar

Kes liwat kedua konspirasi Najib, kata Anwar

August 22, 2011

KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi keterangan dari kandang tertuduh dengan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengikut langkah Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menamatkan kerjaya politiknya agar Barisan Nasional (BN) dapat terus berkuasa.

Bekas timbalan perdana menteri ini menegaskan demikian dalam keterangan yang dibuat dari kandang tertuduh pagi tadi.

Anwar, kini Ketua Pembangkang, merupakan saksi utama pada prosiding peringkat pembela yang bermula hari ini.

Katanya, beliau memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh sebab tiada keyakinan akan diberi perbicaraan yang adil.

Kata Anwar, keseluruhan proses mahkamah tidak lain tidak bukan satu konspirasi Najib untuk menghantar beliau semula ke penjara dan mengakhiri kerjaya politik.

“Sebagaimana saya telah saya katakan, ini bukan perbicaraan jenayah. Ia diatur oleh kuasa-kuasa yang mahu saya tidak lagi dapat bergerak, agar mereka boleh kekal berkuasa,” katanya dengan berkata Dr Mahathir, bekas perdana menteri, telah mengambil tindakan yang sama pada akhir 1990an.

Dr Mahathir memecatnya pada September 1998 dan kemudian berhadapan dengan tuduhan salah guna kuasa dan kes liwat.