Melarat tapi Kg Mangkalinau tetap sokong 'bapa' | |||
|
Bagi kebanyakan orang, mereka tidak faham apa yang seronok sangat dengan permainan itu tetapi bagi kanak-kanak di Kg Mangkalinau, ia adalah syurga masa lapang mereka, tidak kira yang kecil mahupun yang agak berusia.
Seperti kenbanyakan perkampungan setinggan, Batu Sapi juga tidak terkecuali dihimpit kemiskinan tegar. Ribuan yang menghuni di kediaman yang tidak layak dinamakan 'rumah'. Pondok yang muat dengan 'sampah sarap' yang menunggu masa menyembah bumi.
Keperitan hidupan ini boleh disaksikan hanya kira-kira 20 minit perjalanan dengan kereta dari bandar Sandakan.
Bagi rakyat Sabah, setinggan itu dihuni oleh kebanyakannya pendatang asing, hasil 'Projek IC', yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usahanya menggulingkan pentadbiran pembangkang yang diterajui oleh PBS ketika itu pada tahun 1994. Beliau didakwa memberi kerakyatan serta merta bagi menjamin sokongan kepada BN meningkat.
Penghuni setinggan itu mempertahankan klesahih kewarganegaraan mereka serta membuktikannya dengan menunjukan MyKad milik mereka dan tidak kurang juga yang mempunyai kad keahlian Umno.
Mereka amat memerlukan pertolongan tanpa hampir langsung tidak dibantu.
Di sebalik kesengsaraan dan keperitan hidup, kebanyakan mereka mengisytiharkan sokongan yang tidak berbelah-bahagi kepada BN yang dianggap sinonim dengan 'bapa'.
Jaafar Lama, 60, seorang pengawal keselamatan berkata penduduk Kg Mangkalinau, yang ditubuhkan pada 1993, seringkali terpaksa mencari sisa bangunan dan apa-apa sahaja bahan buangan bagi memperbaiki rumah mereka serta jambatan usang yang menghubungkan mereka dengan dunia luar.
Katanya di sebalik kesetiaan kepada BN, mereka sebagai anak ada kalanya terasa “dipinggirkan oleh bapa”.
Pengerusi keselamatan dan pembangunan kampung, kampung bersebelahan Kg Mangkalinau Orang, Ahmad Musa, 55, bersependapat dengan sentimen Jaafar.
Katanya, penduduk di situ yang kebanyakan mereka nelayan tidak dapat menganggarkan berapa yang mereka perolehi setiap bulan kerana ramai yang tidak pasti sama ada perahu yang digunakan mampu menghadapi badai di laut.
[Baca berita penuh]