Wakil rakyat PKR dicabar bersumpah
KUALA LUMPUR 18 Mac – Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mencabar wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersumpah menafikan yang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim banyak berbohong ketika menggerakkan misi 16 September 2008.
Beliau sendiri sanggup bersumpah untuk mempertahankan kenyataan pembongkaran yang dibuatnya termasuk wujud dakwaan Anwar bahawa Yang di-Pertuan Agong merestuinya sebagai Perdana Menteri keenam.
Baginya, tindakannya tidak lain daripada mahu menyedarkan wakil rakyat PKR yang mungkin tidak tahu hal sebenar.
‘‘Yang main peranan dalam rancangan untuk mengambil alih Putrajaya hanya dua tiga orang. Walaupun saya tidak terlibat dalam Biro Politik PKR tapi saya tahu perkara ini kerana saya sahabat baik Anwar,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.
APA YANG MENJADI MASALAHNYA JIKA PERANAN INI DI JALANKAN DAN TIDAK BERHASIL SETAKAT INI. MUNGKIN DALAM PILIHANRAYA KE 13 BERJAYA??SIAPA YANG TAHU???RAKYAT TAHU MENILAINYA DAN MUNGKIN RAKYAT BAYAN BARU TAHU JUGA MENILAI ZAHRAIN.KATA MEREKA WAKIL PARLIMEN MEREKA BERMASTAUTIN DI KUALA LUMPUR...