IPOH, Feb 1 — Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menjadi hos bagi sebuah jamuan makan malam untuk meraikan sambutan krismas dan juga sambutan tahun baru untuk mendapatkan sokongan padu selepas setahun Berjaya merampas Perak dari Pakatan Rakyat.
Dalam sambutan setahun pemerintahan beliau, Datuk Zamry semalam ada menyebut nama Sultan Perak selaku penaung kepada negeri Perak dan menjadi harapan beliau agar rakyat mengenang jasa Baginda Tuanku yang sentiasa mengingati rakyat jelata.
“Saya suka mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan ribuan terima kasih keatas Tuanku kerana mengambil berat kebajikan rakyat.”sambil menegaskan bahawa mahkamah persekutuan akan memberikan penghakiman pada 9hb ini sebagai siapakah menteri besar yang sah.
Semalam pada masa yang sama , Datuk Nizar berceramah di Manjoi dekat Ipoh, manakala di sebelah petangnya beliau hadir dalam sebuah program pemuda PAS Perak yang di beri nama HEMPAP.Program menghimpunkan jentera pilihanraya pemuda PAS Perak ini dengan moto "ORANG MUDA GANG KITA" ini mendapat sambutan yang amat hebat di kalangan anak muda.
Datuk Seri Nizar semalam yakin mahkamah akan memberikan beliau kemenangan 4-1 dan berharap beliau akan segera membubarkan DUN dan di adakan pilihanraya di seluruh negeri tersebut. Berita mengenai persiapan jentera Umno telah bermula sejak 3-4 bulan lalu dan di percayai mempunyai 2 kemungkinan.
Kemungkinan pertamanya ialah jika mahkamah persekutuan menyerahkan keputusan kepada Datuk Nizar sebagai menteri besar yang sah, sudah tentulah beliau akan mengadap Baginda Tuanku untuk mohon perkenan pembubaran DUN.
Kemungkinan keduanya pula ialah jika mahkamah persekutuan mengistiharkan Datuk Zamry sebagai menteri besar yang sah, maka beliau juga di katakan akan mengadap baginda Tuanku atas dasar bahawa Umno mengambil berat akan kepentingan rakyat.
Menurut Yb Nizar lagi, sekiranya Umno /Bn gagal untuk mengistiharkan pilihanraya negeri, mereka di lihat sebagai tidak mengambil berat dengan kebajikan rakyat negeri perak kerana pilihanraya raya dahulu rakyat telah memilih Pakatan sebagai pemerintah, sehinggalah Umno/Bn merampas dengan cara yang tidak "gentleman".
Keadaan ini dilihat sebagai satu cara kedua-dua menteri besar ini sedang melakukan aksi "panas badan" yang berkemungkinan besarnya pilihanraya peringkat negeri akan di laksanakan.PAS semalam telah melancarkan hjentera pilihanraya peringkat pemuda negeri di mana turut dihadiri YB Mahfuz Omar, YB Sallehuddin Ayub,Uzta Nasaruddin Tantawi dan Menteri Besar Perak yang sah Yb Nizar Jamaluddin.
Dalam ucapan beliau, Nizar menjelaskan bahawa, beliau yakin sekiranya Umno/Bn berani untuk mengadakan pilihanraya, maka inilah masanya rakyat Perak harus bangkit dan menentukan kebajikan yang telah di laksanakan walau pun mengambil masa yang tidak lama sebelum rampasan kuasa berlaku.
Mahkamah persekutuan akan memberikan keputusan mengenai tuntutan kehakiman berhubung kelayakkan siapakah menteri besar yang sah bagi kerajaan negeri Perak.Mahkamah di jangka berbuat demiakian pada 9 Februari ini setelah tertangguh hampir 3 bulan.
wrlr