MAHFUZ : ISU ALLAH ADALAH AGENDA UMNO MENGALIH ISU YANG LEBIH BESAR DIHADAPI KERAJAAN



MP Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar hari ini berkata bahawa Umno berjaya mengalih perhatian berhubung dengan isu Allah bertujuan supaya rakyat melupakan isu yang sedang hangat di perkatakan ketiaka ini iaitu isu PKFZ dan juga kehilangan enjin Jet F5E.Beliau mendakwa isu tersebut berjaya mengalih perhatian masyarakat berhubung dengan berbagai masalah yang sedang di nilai rakyat berhubung dengan apa yang sedang di perkatakan rakyat ketika ini."Isu ni nampaknya lebih besar dari apa yang sedang di perkatakan rakyat," demikian jelas beliau lagi.

Beliau juga mendakwa kenapakah tidak ada sebarang tindakan segera yang akan boleh diambil oleh menteri di Jabatan Perdana Menteri berhubung dengan perkara tersebut sejak awal ianya di bawa ke mahkamah.

"Saya jangkakan ianya akan di ubah apabila semua isu ini yang sedang di perbesarkan di radio dan semua media Bn dan dalam masa yang sama ianya akan menjadi kan Umno dilihat sebagai juara bagi umat islam.Pada hal kes ini akan di putuskan sebaliknya apabila tiba di mahkamah Rayuan nanti" demikian jelas beliau lagi.

Taktik yang sama kerapkali di lakukan Umno dan kini rakyat telah boleh memahaminya.Cuma kita berharap agar perkara ini kemudiannya tidak dipolitikkan dan dijadikan sebagai isu besar dan sebaliknya umat islam memahami bahawa tidak akan ada mana-mana pihak menyalahgunakan perkataan Allah demi kepentingan politik mereka.

Isu ini menjadi besar apabila rayuan yang di buat oleh gereja Khatholic yang mahu menggunakan perkataan Allah dalam versi bahasa melayu keluaran majalah Herald mereka.Kerajaan pimpinan Najib telah menasihatkan rakyat agar bertenang, manakala pihak PAS pula akan mengadakan mesyuarat tergempar berhubung dengan isu ini.

Sementara itu Shamsul Iskandar Mohd Akil ketua AMK pusat juga mendakwa perkara yang sama iaitu, pihak kerajaan sengaja membiarkan perkara ini menjadi lebih berlarutan dan memainkan isu kerana terlalu banyak isu yang sedang di hadapi kerajaan.


Misalnya kes kematian Teoh beng Hock,Isu PKFZ,Isu dakwaan salahguna kewangan negara oleh Mahathir, Isu kehilangan enjin kapalterbang, isu kenaikan harga barangan melalui GST.Beliau berucap semalam di Pahang semalam.

No comments: