SIASAT MAHA INI

;">

Mahathir: Saya sedia disiasat, tak perlu lindungan kerajaan

Oleh G Manimaran

PETALING JAYA, Dis 22 — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut baik syor agar ditubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat sama ada beliau telah menyebabkan kehilangan lebih RM100 bilion dengan projek-projek raksasa dan rasuah sepanjang 22 tahun kepimpinannya.

Malah beliau juga mahu kerajaan membenarkan buku, ‘Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times’, yang mendedahkan kehilangan sejumlah wang itu, dibenarkan untuk jualan di Malaysia.

“Jika kerajaan menahan buku ‘Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times’, saya mahu meminta kerajaan melepaskannya (untuk jualan). Saya tidak memerlukan perlindungan kerajaan,” kata beliau dalam blognya hari ini.

No comments: