RANGKUMAN BERITA



DIISLAMKAN BAPA SENDIRI

Surirumah S Banggarma atau nama Islamnya Siti Hasnah Vangarama Abdullah yang mendakwa status agamanya ditukar ketika kecil, adalah seorang Islam, kata Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Shabudin Yahaya.

Shabudin diminta mengulas kenyataan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hari ini yang siasatannya mendapati Banggarma telah diislamkan bapanya sendiri sebelum dimasukkan ke Rumah Kanak-kanak Taman Bakti, Kepala Batas 20 tahun lalu.
"Terdapat dua keadaan, sama ada perkahwinan itu tidak sah atau suaminya diberikan peluang memeluk Islam. Hakim akan putuskan perkara ini,"katanya.
PILIHANRAYA DI TERUSKAN
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal mendapat perintah untuk menangguhkan keputusan mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah sebagai kosong.

Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) hari ini menolak permohonan SPR bagi mendapatkan perintah penangguhan itu tetapi suruhanjaya itu telah merujuk perkara berkenaan kepada Mahkamah Rayuan dengan mengemukakan satu lagi permohonan untuk perintah penangguhan.

ULASAN: UMNO YAKIN MENANG DI KAWASNNYA DENGAN MUKRIZ MUNGKIN MENJADI CALON ATAS KETOKOHAN DAN KAWASAN PEKATY BIRU.NAMUN BELUM LAWAN BELUM TAHU..LAWAN TETAP LAWAN,KERAAN KERAJAAN NEGERI ADALAH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT....SEKIRANYA KALAH PASTINYA MEMALUKAN UMNO LAGI.
JANAGAN GANTUNG KES PERAK TIDAK BERTALI

IPOH, 23 Nov: PAS Perak mendesak supaya kes semakan keputusan SPR yang difailkan oleh Speaker Dun Perak, V Sivakumar yang digantung tidak bertali dan masih belum dibicarakan mestilah diputuskan segera.

Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, keputusan penghakiman kes Kota Seputeh oleh Mahkamah Tinggi perlu disemak oleh SPR yang sebelum ini menolak keputusan Speaker Dun perak.

Bagi beliau, SPR mestilah menyemak kembali keputusan silapnya dalam kes tiga Adun Perak itu dan memaklumkan kekosongan tiga kerusi tersebut secepat mungkin.

MANA NAK LETAK MUKA JIKA PILIHANRAYA KECIL /NEGERI INI AKAN MENGEMBALIKAN KEMENANGAN KEPADA PAKATAN RAKYAT