ADUN Sungai Puyu nafi kosongkan kerusi, tinggal DAP

PULAU PINANG, Nov 22 — Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Puyu Phee Boon Poh menafikan beliau telah meletakkan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan mengosongkan kerusi itu.


Phee, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar menyifatkan khabar angin kononnya meletakkan jawatan, disebarkan melalui SMS sejak beberapa hari lalu, sebagai fitnah pihak-pihak tertentu.


"Saya tidak melepaskan jawatan saya sebagai ADUN dan juga sebagai Exco Kerajaan Negeri, dan juga dalam DAP.

"SMS yang disebarkan bertujuan menjatuhkan saya, melemahkan DAP dan memecahbelahkan pembangkang," kata beliau dipetik Bernama hari ini.


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang turut hadir pada sidang media berkata, khabar angin bahawa Phee hendak meletakkan jawatan ekoran salah faham kedua-dua mereka adalah tidak benar sama sekali.

No comments: