ADA YANG DIBAYAR UNTUK KEMPEN 1 MALAYSIA
Ramai yang hadir di dalam sebuah stadium di Perak apabila Perdana Menteri Najib Razak melancarkan kempen 1Malaysianya di stadium Perak.Namun dalam ramai-ramai yang hadir, duit tambang diberikan setelah menyerahkan kupon bernilai RM30 kepada pihak tertentu untuk mengutip duit.Patutlah penuh stadium tersebut.Namun itu tidak menjadi masalah apoabila perbuatan mengabui mata pimpinan seperti ini menyebabkan umno leka dan lalai bahawa jika kesempatan sebegini di berikan kepada pihak Pakatan Rakyat, maka lebih banyak lagi yang akan hadir sebagaimana yang dilihat di stadium tersebut.
Maklumat yang di dapati bahawa ada yang hadir telah berkumpul di suatu tempat untuk mengambil kupon dan mendaftar diri masing-masing untuk dihantar ke stadium."saya di bayar rm30 apabila menghadiri majlis yang jauh dari tempat saya", demikian salah seorang dari peserta yang hadir dan ianya berbaloi dengan perjalanan saya yang sejauh Sungai Siput.
Manakala Pm DS Najib pula menjelaskan bahawa tujuan diangkut penumpang ke stadium adalah untuk memudahkan perserta hadir dan agar tidak berlakunya kesesakan jalanraya ke stadium tersebut.Sambil menyebut bahawa beliau gembira dengan kehadiran yang sebegitu ramai rakyat Perak yang hadir untuk menyatakan sokongan ke atas idea untuk menyatukan seluruh masyarakat dengan konsep 1 Malaysia.
Jika dulu konsep Malaysia Boleh, kemudiannnya Islam Hadhari, kini slogan 1 Malaysia ke udara di mana-mana siaran tv dan juga corong radia Malaysia. Malah lebih dahsyat lagi ialah wujudnya tandas 1 Malaysia dan juga mangkuk tandas 1 Malaysia....