Wakil-wakil rakyat dan penyokong-penyokong rapat mereka percaya bahawa jawatan tersebut adalah peluang untuk membuat duit bagi diri mereka sendiri, Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M) Datuk Paul Low.
Menurut beliau lagi ada di kalangan ahli politik dan penyokong kuat beria-ia mahukan jawatan kerana merasakan dengan cara ini akan mendapat habuan bagi mengayakan diri sendiri dan juga tembolok anak bini dengan hasil rapat dengan ahli politik dan tempat mereka mencari makan.
Oleh kerana badan dan institusi yang membentera srasuah di negara ini terlalu lembab dan hampir memjam mata, maka rasuah di biarkan berlaku tanpa di ambil tindakan terutamanya di kalangan jerung besar yang melibatkan kos yang begitu besar hingga berbillion ringgit.
"kes PKFZ adalah kes yang patut di jadikan iktibar kerana ianya melibatkan satu perbuatan rasuah yang melibatkan bayak pihak dalam melaksanakannya.Malah rakyat menjadi begitu meluat dengan adanya skandal sepeti ini namun tiada tindakan di ambil untuk menangkap mereka ini", demikian jelas beliau lagi.
Selain itu ada juga lagi kes yang di anggap tidak selesai akibat dari adanya tender tertutup yang diharapkan ianya akan dapat membantu parti politik tertentu untuk menjalankan aktiviti mereka .Dengan adanya tender tertutup inilah menjadikan rasuah melegar dalam negara kerana ianya melibatkan pihak swasta,parti politik dan juga tokoh-tokoh tertentu.
Malaysia mengalami masaalah ini sejak berdekat lamanya di mana tokoh-tokoh perniagaan menjadi ahli politik dan akhirnya menjadi rasuah yang membarah dalam negara.Walau pun kerugian dalam beberaoa skandal misalnya rasuah dalam skandal BIMF,PERWAJA, dan pembinaan banggunan mewah dan yang terbaru ialah PKFZ yang melibatkan hampir 12 billion.Pihak berkuasa sedang menyiasat namun masyarakat masih ragu-ragu dengan ketelusan pihak berkuasa untuk menangkap pihak yang terbabit ke muka pengadilan kerana ianya melibatkan tokoh politik dan juga individu berpengaruh.
Terjemahan Amiruddin Ahmad
"Jangan percaya orang politik. Depa akan guna kita bila sesuai untuk depa. Depa akan belakangkan kita dan khianat kepercayaan yang kita bagi. Pasai tu la perlu ada dari kalangan kita yang tetap jadi aktivis politik dan tak jadi orang politik. Jadinya kita boleh belasah orang politik bila depa lupa sapa depa, yang mungkin akan jadi sebaik saja depa menang pilihanraya dan bentuk kerajaan baru." Anak sungai derhaka