ALIRAN DINNER 2009
With Pete Teo and The Aliran Singers
Date: 24 Oct 2009 (Saturday)
Place: Che Hoon Khor Moral Uplifting Society Hall 360 Macalister Road
Time: 7.30pm
Dinner: Halal Chinese Seafood (Pinang Fisherman Wharf)
Tickets at RM5,000 per table, RM2,000 per table, RM1000 per table and RM600 per table (limited) through donation are available. Please contact Aliran office (04 6585251) immediately.
Jayakan Majlis Makan Malam ini. Belikan tiket untuk diri dan ahli sekeluarga.
Jualkan tiket kepada rakan-rakan.Datanglah ke Pejabat untuk mengambil tiket untuk penjualan.
2. Sila layar ke lamanweb persatuan di http://www.aliran.com/. Kami telah melancarkan satu bahagian baharu ‘Commentaries’yang mengandungi pandangan Aliran tentang isu-isu semasa. Diharap kami akan berjaya menyediakan beberapa komentari setiap minggu. Saudara/i dijemput menyerakan idea-idea untuk komentari, dan memberi komen tentang initiatif baru ini. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pejabat Aliran..
KEAHLIAN BARU
Aliran mengalu-alukan 5 orang ahli baru. Mereka terdiri daripada:Yohendra Nadarajan (Puchong), Victor Oorjitham (PJ), Yap Cheng Ha (Kg Baru Ampang) and Joshua Tan (Layang Layang, Johor). Dengan keahlian mereka, bilangan keahlian sekarang adalah 202 orang.
AKTIVITI-AKTIVITI LEPAS
Bengkel ‘Media in Transition’ telah dijalankan oleh Aliran untuk pemuda/pemudi pada 7 Mac di P.Pinang. Seramai 35 orang hadir. Bengkel ini dianjurkan oleh Suruhanjaya Tinggi Kanada, di KL.
Bengkel ‘Citizens Journalism’ telah diadakan di Rumah Aliran pada 8 Ogos, anjuran Malaysiakini. Antara pengajar bengkel adalah Anil dan Mustafa. Bengkel ini adalah lanjutan satu bengkel yang diadkan, juga di Rumag Aliran, pada 17 Jan.
Lebih awal pada 2 April, Anil berucap mengenai Krisis Ekonomi Global di Gereja Katolik Pulau Tikus, Penang manakala Mustafa mengadakan mesyuarat bersama Centre for Independent Journalism pada 3 April mengenai ‘Freedom of Information Act’ dan hal-hal kebebasan media, dan juga bersama wakil Transparency International Malaysia pada tarikh yang sama. Seterusnya, Zaharom Nain memberi ucapan dalam forum ‘Rethinking the Media’s Role’ di Kolej Han Chiang, Penang, pada hujung bulan April.
Lebih awal lagi, pada 1-2 Nov, 2008, Francis Loh, Mustafa Anuar, Anil Netto, Zaharom, Rama dan Amiruddin Ahmad mengambil bahagian dalam Bengkel ‘Peace Journalism and Other Creative Means’ yang diadakan di Penang, anjuran PPS Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia dan Ford Foundation, Jakarta.
Gerakan Mansuhkan ISA menjalankan Kem mengenai Hak Asasi Manusia untuk siswa/i pada 30 Nov di P Pinang. Andrew Wong dan Prema turut hadir, sepertimana mereka sering mewakili persatuan dalam aktiviti GMI seperti pada 12 April. Bersabit dengan aktiviti hak asasi manusia, jaringan JERIT telah mengadakan satu perjumpaan bersama Ketua Menteri P Pinang pada 6 Dis 2008 apabila memo mengenai isu-isu pencabulan hak asasi telah diserahkan kepada beliau. Aliran diwakili oleh Andrew Wong, Prema dan Angeline Loh
Pada 20 Jun pula, Prema dan Andrew Wong menghadiri majlis ‘World Refugee Day’, anjuran Gereja Katolok di Butterworth, pada 20 Jun.
Subramaniam dan Jeyakumar Devaraj terus mewakili persatuan dalam jaringan Gabungan Menentang Penswastaan Perkhidmatan Perubatan. Gabungan ini sering mengadakan mesyuarat setiap bulan di KL. Pada 18 Julai, Subra dan Jeyakumar membentang kertaskerja dalam persidangan mengenai Perkhidmatan Perubatan di Subang, anjuran Kerajaan Negeri Selangor.
Di samping itu, Subra juga berucap mengenai Krisis Politik Negeri Perak di KL, pada 25 April, anjuran Majlis Peguam; memgenai ‘Kererosotan Ekonomi semasa’ di Sungai Siput pada 3 Mei. Beliau juga mengadkan temubual bersama Selangor TV Online menegnai Isu Bekalan Air di Selangor pada 30 April.
Andrew Wong amat aktif sekali kebelakangan ini. Menjelang Protes Ogos 1 Anti-ISA di KL, beliau terlibat dalam mesyuarat persediaan pada 1 Julai, dan juga bantu mengedarkan risalah-risalah di rata rata tempat di P Pinang, 19-29 Julai. Pada 19 Julai, Andrew juga menghadiri Pesta Gawai di Gereja IC, P Pinang, anjuran Migrant Workers Support Centre. Salinan-salinan AM lama telah diedarkan sewaktu Pesta.
Pada 30 Jun, 16 Julai dan 5 Ogos, beberapa aktiviti bersabit dengan protes di Kg Buah Pala, Penang.di adakan. Andrew Wong dan Anil turut hadir.
Manakala pada 26 Julai, Francis Loh dan Tan Kim Hong berucap bersama Jeyakumar Dearaj dalam majlis pelancaran buku ‘Malaysia in Transition; A Socialist Perspective’, karya Jeyakumar, di P Pinang. Majlis ini dianjurkan oleh PSM.
Di KL, Sarajun terus aktif mewakili persatuan dalam beberapa aktiviti, termasuk baru-baru ini satu bengkel politik apabila DSAI berucap, pada bulan Julai di Shah Alam. Pada bulan Jun, beliau mengedar dan menjual AM dan penerbitan lain sewaktu Pesta Buku di Pasar Sentral, KL.
TAHNIAH
Tahniah diucap kepada presiden P Ramakrishnan yang telah di lantik oleh Ketua Menteri P Pinang menganggotai ‘Pardons Board’ di Penang; kepada Subra yang dilantik menjadi ahli Water Review Panel’ oleh Kerjaan Negeri Selangor; dan kepada Ahmad Chik yang dilantik oleh Kerjaan Negeri P Pinang sebagai salah seorang pengarah Pihak Berkuasa Air, P.Pinang..
PENGUMUMAN
Jelaskan yuran keahlian 2009 (dan sekira belum lagi, untuk tahun-tahun lepas)Membaharui juga langganan Aliran MonthlyHadiahkan langganan Aliran Monthly kepada rakan-rakan pada musim perayaan
SELAMAT BERPUASA diucap kepada Semua ahli Muslimin-Musliman