ROHAIZAT YAKIN MENANG??KITA KAJI KATA-KATANYA

PERMATANG PAUH-Calon Umno bagi N11 Permatang Pasir Rohaizat menyatakan bahawa peluang beliau menang adalah cerah semata-mata untuk menyedapkan hati pengundi Umno sahaja. Kita kaji kata-kata beliau.

1.INI PERMATANG PAUH

Sejarah 3 kali pilihanraya membuktikan pengundi di permatang pauh masih tidak berubah.Pada 2004 diketika semua kawasan menjadi milik Umno, pengundi PAS dikatakan penyelamat Wan Azizah di Permatang Pauh.Diketika Penanti dan Seberang Jaya tewas pengundi memilih Wan Azizah.Undi 500 adalah sebahagian besarnya dari penyokong PAS Permatang Pasir yang memenangkan Allahyarhan Datuk Hamdan.Beliau menjadi wakil selama 3 penggal.


2.KES PENIPUAN

Kes ini menjadi heboh bila dakwaan Ketua Penrangan Umno Ahmad Maslan menempelak rakan Rohaizat demi membuktikan bahawa Rohaizat maksum.Bila Yusri mendedahkan cerita sebenar, Rohaizat akan kantoi.Siapa yang nak percaya seorang yang punya skandal kewangan menjadi wakil mereka di Permatang Pauh??

3. UNDI HANTU?

Mana ada undi hantu.SPR telus.Umno berapa kali cakap SPRM telus.Sebenarnya ada 2 mukim yang dipisahkan oleh jalanraya dan membahagikan 2 kawasan mengundi iaitu Penanti dan Permatang Pasir.Mukim 20 di Kubang Semang mengundi Penanti.Mukim 5 Kubang Semang mengundi Permatang Pasir.Maka kerana itu sejak turun temurun, saudara sekampung ,memilih haluan masing-masing dengan mengundi PAS atau UMNO.Kini PAS atau PKR.Maka kerana itu, PAS tidak akan kehilangan pengundinya hatta walau macamana sekali pun fitnah kepada Tok Guru Nik Aziz.Yang nak lari mengundi PAS mungkin ramai.Rasanya undi 11000 itu adalah undi solit untuk PAS.Orang PAS payah nak patah balik undi Umno.Orang Umno belum tahu lagi.Jadi hakikatnya kalau Umno dapat undi 12,000 mereka menang.Jika tidak.mereka kalah,dan firasatnya kalah.Mengundi di Permatang Pasir ii, dah tahu dah pemenangnya.Cuma isu sekarang ini ialah melondehkan Umno sahaja.Orang main-main dengan isu yang dibawa Umno.Orang Permatang Pauh ni tahu dah Salleh Man akan menang, kecuali kuasa Tuhan memenangkan calon Umno.itu sahaja.

4.ISU ANWAR PENGKHIANAT

Isu Anwar pengkhianat sedikit sebanyak ,walau cuba di diamkan oleh Umno yang terlajak berkempen oleh Muhyiddin Yassin, cuba di bangkitkan oleh para pimpinan PR untuk diajak pimpinan Umno berdebat.Umno pula diam seribu bahasa kerana menyedari bahawa kawasan ini bukanlah kawasan yang sepatutnya dibangkit atau di cerca Anwar. Lebih buruk padahnya.Silapnya Umno apabila tiada seorang pun pimpinan Umno mahu menyahut cabaran siapa pengkhianat Melayu.Macam-macam cabaran dibuat.Diatas padang ,dalam dewan,siaran langsung,malah berdialoq pun Umno diam membisu.Pada hal muhyiddin sendiri yang memainkan isu tersebut.Diam pula bila ada kes kononnya beliau menjual tanah."Hairan sungguh Umno ni.Tak berubah-rubah.Macam itu-itu jugak cara mereka.Pak cik nak habaq pun tak tau nak kata apa." demikian kata penyokong Umno yang bakal memangkah calon PAS.

5.FAKTOR CALON

sejak dari awal, penduduk Permatang Pauh sedar siapa yang bakal di pilih untuk bertanding diPermatang Pasir. Nama cikgu zaidi dan Rohaizat silih berganti.Namun penyokong telah diberitahu siapa mereka ini kerana kes masing-masing.Orang Umno masih lagi dengan minda lama busuk masam dengan menganggap bahawa
letak siapa calon pun orang akan pangkah.Itu diera awal 80an dan sebelumnya.Tetapi kini Umno ketinggalan dari segi memilih calon mereka sendiri.Tak ada calon yang boleh diketengahkan tanpa adanya skandal.Tak ada orang lainkah????Rakyat menilai,pemimpin bingai...

6.DAKWAAN ADA BINI NO 2

Isu ini tidak lah besar.cuma memberi sedikit kesan buat pengundi wanita.Kesannya bila wakil ketua pemuda PAS mendakwa bahawa yang dipersoalkan ialah berlakunya ketidakadilan oleh Rohaizat.Beliau pula menafikannya.Maka kerana itu pendedahan ini akan memalukan beliau lagi sekali.masa ada 4 hari lagi. Maka kerana itu penafian beliau akan memerangkap beliau.



7.PERMATANG PAUH PUSAT DAKWAH

Banyak sekolah agama,penduduk terdidik dengan agama,banyak pusat pengajian harian dan mingguan.Yang nak mengaji kitab agama ada yang tak mahu mengaji kitab pun ada. Tetapi banyak pusat untuk mengaji agama.Pondok Penanti ,Pondok Ustaz bakar, An Nahdoh Ustaz Mutalib,semua ini pusat mengaji selain kuliah-kuliah di masjid-masjid seluruh Permatang Pauh.Yang tak pi mengaji orang Umno saja.Sebab tu kesan menuduh Nik Aizz ini ha hanya terkesan dikalangan pengundi Umno sahaja, Pengundi PAS sejak 20 tahun dulu pun dah faham-faham dah isu bila pilihanraya perrburuk Nik Aizz.Itu bila PAS bertanding.kalau PKR bertanding buruk Anwar.


8.UMNO GUNA TAKTIK LAPOK ZAMAN BERZAMAN.

Taktik sama,sejak 40 tahun dahulu.Lawan akan di hentam bertalu-talu dengan berbagai cara.TV3,TV1Utusan.berita Harian.
tetapi kini sudah berubah.Orang Permatang Pauh punya akses internet mudah.Malah kalau di seberang jaya percuma atas inisiatif kerajaan negeri.Kedua rakyat punya penddikan tinggi,maklumat cepat,semua boleh baca,mengajicelik huruf sejak 120 tahun dulu.Umno tidak boleh memperbodohkan rakyat dengan stail yang sama berkurun lamanya.Taktik yang sama,membuli,fitnah Tok Guru sama dengan kalau Fitnah Anwar.Penyokong Anwar tak sokong Umno,Penyokong PAS tak sokong UMNO.Pengundi Umno belum tentu nak sokong Umno.Bagi duit undi tak bagi duit , tunggu tobat mungkin sokong PAS atau PKR.

9.PEMIMPIN BUAT SILAP.

Menteri Umno buat silap dari awal lagi.Bila mengetahui ada pilihanraya di Permatang Pauh, Muhyiddin buat isu anwar pengkhianat.Bila menyedari calon PAS serang Tok Guru.Bila dicabar diam,bila diajak berdebat terbuka pun diam???Macamana orang nak yakin???cuba fikirkan taktik baru.Idea bernas dan idea yang tidak lapok.Yang ada dalam Umno tak boleh bagi tau ka pimpinan bahawa calon ini tak sesuai,hanya ahli Umno yang suka.Orang ramai tak suka????tapi oleh kertana Umno ni tak dapat ditegur dan dipimpin...kesilapan demi kesilapan sentiasa sahaja berlaku. Banyak kisah sejarah menceritakan saat-saat kejatuhan sesebuah empayar.Rasuah,kejam,zalimn,tindas,malah hina agama.Maka kerana itru kita kajilah kisah-kisah sejarah Islam atau sejarah eropah moden.

10. UMNO DITOLAK ORANG MELAYU.

Sekarang ini memang sukar dibaca bila mana orang Melayu makin hilang keyakinan kepada Umno.Jangan mainkan modal Manek Urai.PAS dan DAP dulu pun cakap macam itu juga kepada penyokong bila menghadapi kekalahn."Kita tak kalah, undi kita bertambah dan ini menunjukkan kita menang" .Orang PAS lama dah diberikan suntikan semangat sejak 30-40 tahun dulu.

Sekarang Umno tiru apa yang pembangkang kata kepada penyokong mereka"kita menang, undi memihak kepada kita" .Orang PAS tersenyum sahaja bila Muhyiddin cakap kepada pengundi Johor.Hakikatnya Umno tiru PAS , bila PAS sentiasa sahaja kalah sejak menyertai pilihanraya dulu kala.Tetapi tidak kini.

Hakikatnya walau Rohaizat kata orang Permatang Pauh sokong Umno, memang dia penipu,memang dia kaki kelentong.Nak habaq mai.....MENANG SATU UNDI PUN MENANG.Hakikatnya di Permatang Pauh ni, mungkin lebih lagi kottttt kerana faktor Rohaizat.

No comments: