HARI-HARI TERAKHIR SAMMY VELLU












Tanda -tanda terakhir seorang general yang akan disingkirkan dalam MIC ialah Sammy Vellu apabila pada hari bersejarah bilaman Perdana Menteri hadir dalam acara sambutan masyarakat India di Batu Caves, tanpa kehadiran beliau.Malah ianya mungkin di rancang sedemikian rupa kerana masyarakat India tidak mahu melihat wajah Sammy Vellu di ketika mereka bergembira.

Ini merupakan kali pertama sejak pilihanraya yang lalu apabila Sammy Vellu tidak kelihatan dimana acara sepenting kehadiran Perdana Menteri tanpa kelibat wajah seorang ketua MIC dalam acara sambutan besar-besaran.Malah penentang beliau menjelaskan lagi bahawa beliau tidak dijemput dalam acara tersebut ,dan dalam masa yang sama beliau sendiri telah menghadiri acara merasmikan mesyuarat kevensyen tahunan MIC Perak.Namun kritikan diterima apabila ada pihak yang menytakan bahawa mesyuarat tersebut boleh ditangguhkan berbanding acara tahunan yang lebih besar yang sepatutnya di hadiri beliau bersama Perdana Menteri.

"Nampaknya pentadbiran baru Najib Razak mahu agar jarak hubungan antara beliau dengan Sammy Vellu tidak serapat mungkin" demikian jelas sumber yang enggan namanya di siarkan.
Malah menurut sumber yang tidak dikekali juga menjelaskan bahwa " Najib mahu membuktikan bahawa beliau mengambil berat tentang masyarakat India, tanpa kehadiran Sammy Vellu yang tidak di minati dikalangan penyokong bawahan masyarakat India" .Tambahan pula sebahagian besar yang hadir adalah dikalangan bukan "Bukan dari jenis penyokong haprak MIC"

"Kahadiran beliau memang di jangkakan dan bukan menjadi satu kejutan" .demikian jelas satu sumber yang dipetik sebagai berkata,kecuali Dato M Saravanan, beliau menjelaskan bahawa semua pimpinan yang berada dibawah ketiak Sammy Vellu berada di Perak .Sammy Vellu yang mendominasikan kaum India juga mengawal semua banggunan yang berada di Batu Caves, dan beliau seringkali juga menyampaikan ucapan di hadapan jutaan masyarakat kaum India Malaysia dalam perayaan Thaipusam dan juga acara yang melibatkan kaum India dalam negara.

Malah pertama kali acara yang tidak menjemput Sammy Vellu pernah berlaku di mana Hindraff telah menolak kehadiran Sammy vellu dalam sebarang acara yang melibat kan mereka.Acara pada hari Ahad tersebut di hadiri lebih 6000 kaum India tanpa kelibat dan bayang MIC dan Sammy Vellu.Menurut satu sumber.Satu gambar besar terpampang dimana gambar Nadarajah bersama Perdana Menteri memegang bunga.


Inilah pertama kali dalam sejarah apabila akhbar berbahasa tamil sendiri menjelaskan akan hubungan ini dan ianya memberi makna yang mendalam buat Sammy Vellu yang selama ini mendominasikan kaum India telah hilang dlam satu acara yang cukup bermakna buat kaum India dan Sammy Vellu sendiri.

No comments: