CERITA DI SEBALIK CERITA DALAM : MALAYSIAKINI







PERMATANG PAUH-19HB memang wujud satu perjumpaan di kalangan penyokong cikgu Zaidi termasuk Cikgu Zaidi di sebuah kedai di Butterworth di mana dalam satu perjumpaan yang dihadiri jentera pemuda yang memihak kepada Cikgu Zaidi.Dalam masa yang sama beberapa pemuda PAS turut hadir di situ dimana ckgu Zaidi hadir dan bertanya khabar.Menurut sumber dalam perjumpaan tersebut cikgu Zaidi telah menawarkan tapak untuk membuka sebuah pusat di kawasan Permatang Pasir iaitu tidak jauh dari pusat Khidmat dan bilik gerakan PKR Permatang Pauh.Tapak tersebut telah disewa oleh Cikgu Zaidi untuk Umno Selangr.Namun apabila nama beliau tidak di calon beliau menawarkan sewa sebanyak RM3000 dan menyatakan bahawa peluang PAS untuk menang adalah cerah.malah menurut maklumat "Cikgu zaidi dan penyokong begitu kecewa" , beliau mengungkapkan bahawa"kali ini hangpa akan menang" kepada penyokong PAS tersebut.



Sebenarnya Cikgu Zaidi pun bukan calon yang sesuai .Beberapa bulan lepas beliau juga dicadangkan untuk menentangkan Dr Mansor dari PKR di Penanti.Namun Umno mengambil sikap takut untuk bertanding kerana di katakan Cikgu Zaidi juga punya kes dan menghadapi masalah moral,Jika beliau bertanding,habis" ditelanjangkan" oleh orang PKR mengenai kes beliau.Memang pemuda PAS mengharapkan beliau bertanding kerana lebih "mudah" walau menyedari Rohaizat juga punya masaalah.Cuma Umno sahaja yang tidak pernah menyelidik calon mereka di akar umbi kecuali dikalangan mereka.



Sementara PAS begitu banyak calon baik PKR, Umno masih tidak mengenali ahli sendiri dan kini Umno sebenarnya tidak punya peluang untuk menang di Permatang Pauh.Hanya kuasa Tuhan yang mampu mengubah kekalahan Umno di sini tambahan pula Umno , melalui Muhyiddin begitu galak menganjurkan drama "Anwar Pengkhianat" dan menurut beberapa penyokong Anwar,Umno silap membuat percatoran kerana Muhyiddin sendiri bukan tandingan Anwar,dan pilihanraya ini pula adalah di tempat Anwar.Maka kerana itu Muhyiddin didedah dengan beberapa kelemahan Umno membela Melayu di Pulau Pinang.Malah satu tunjuk perasaan diadakan di perkarangn masjid jamek Kubang Semang dan mencabar mana-mana pimpinan Umno untuk berdebat isu "Siapa pengkhianat Melayu".Cabaran tersebut di kemukakan oleh Dr Mujahid Rawa dan dihadiri ramai wartawan yang menulis tentang cabaran tersebut.Masakan Umno tidak tahu akan soal mengajak debat berhubung isu Melayu.




















Berbalik kepada isu sokongan kaum Cina, sebenarnya pengundi Cina di kawasan utama di Bukit Mertajam iaitu Cross Street telah lama memberi sokongan kepada Allahyarham Datuk Hamdan selama 3 penggal, malah dalam pilihanraya 2004 undi penyelamat Wan Azizah dikatakan datang dari DUN Permatang Pasir apabila DUN Penanti dan Seberang Jaya tewas kepada UMNO.Kini kita yakin undi kaum Tionghua tidak sekali-kali akan di berikan kepada Umno kerana pada pilihanraya lepas lebih 1500 undi dari 2000 undi di peti undi Cross Street diberikan kepada PAS. Pelancaran bilik gerakan dan juga lawatan calon Ustaz Salleh Man ke kampung Cross Street seolah-olah punya kesinambungan menyakinkan PAS akan diberi tepat di kalangan kaum Tionghua.















Sementara Rohaizat bukanlah asing di Permatang Pauh, namun beliau di kenali sebagai seorang peguam yang banyak melakukan penyelewengan di kalangan pembeli rumah di Taman Iwara di Guar Perahu.Pemaju yang juga bekas EXCO Kerajaan negeri Pulau Pinang Juhara Hamid dan juga Radzi yang merupakan pemilik syarikat perumahan ini, dikatakan ditipu oleh Rohaizat melalui syarikat guaman beliau.Malah tindakan beliau itu dikatakan sebagai melanggari prinsip moral dalam bidang guamam.Malang buat Umno di Permatang Pauh.Hanya Muthu mengenali Manikam,tetapi Umno tidak mengenali sesiapa pun.

No comments: