CERAMAH DATO DR MAHFUZ SEMALAM




KUBANG SEMANG-Ceramah malam semalam di kemudi oleh Dato Dr Mahfuz dari Johor dimana beliau mengulas mengenai jasa Tan Sri Muhyiddin dimana selama sejak merdeka dan sebelumnya , Johor mempunyai cuti umum pada hai Jumaat dan orang yang memindanya adalah Tan Sri Muhyiddin kepada hari Ahad.
Beliau juga mengulas mengenai wilayah pembanggunan iskandarIa adalah tapak eksperimen kepada pembubaran dasar dasar Bumiputera yang lain. Eksperimen telah terbukti diperingkat awal lagi apabila Perdana Menteri akur dengan penghapusan ekuiti 30% Bumiputera di WPI. Malah lebih terbukti apabila Perdana Menteri memberi isyarat ia akan diteruskan di pembangunan-pembangunan lain. Canang sudah dipukul dan bunyinya teramat sumbang dan menyakitkan telinga. Yang bersorak sorai adalah Singapura. Dari mana idea ini datang kalau tidak ada yang menasihatinya atau paling tidak ada orang yang menyebutnya. Melobi sudah pasti berlaku.

Kalau ada pelaburan dari Timur Tengah pun, ia akan melalui syarikat usahasama dengan Singapura dan masih di bawah kawalan Singapura kerana mereka berpengkalan di sana.
Kata putus Suara Melayu dari Timur Tengah adalah;
Kekalkan hak Bumiputera, perkuatkan dan pertambahkan hak Bumiputera. Kedudukan Singapura dalam WPI adalah setaraf Perdana Menteri dan ini adalah Haram. Singapura tidak boleh ada apa-apa kaitan atau suara dalam WPI melainkan sebagai pelabur seperti pelabur-pelabur lain dari India dan Cina yang menurut tatacara pelaburan.