JAKARTA: Sebuah kumpulan militan di Indonesia semalam berkata ia akan menghantar sehingga 1,000 sukarelawan untuk berjuang bersama rakyat Palestin sebagai tindak balas terhadap serangan udara Israel ke atas Jaluran Gaza, yang telah mengorbankan lebih 300 rakyat Palestin.
Setiausaha Barisan Pembela Islam (FPI), Ahmad Soebri Lubis, berkata kumpulan itu akan mula merekrut sukarelawan dalam beberapa hari ini. Mereka akan dihantar ke kem latihan di Indonesia untuk menyiapkan diri bagi 'medan perang'.
'Pejuang mesti bertubuh sihat, kuat iman dan rela mati syahid. Mereka akan diberi tiket sehala sehingga kami mengalahkan Israel,' katanya kepada agensi berita Reuters.Presiden Indonesia, Dr Susilo Bambang Yudhoyono, semalam mengulangi kutukan keras terhadap serangan keterlaluan Israel ke atas Jaluran Gaza, sementara 1,000 rakyat Indonesia menunjuk perasaan membantah serangan itu.
Dr Yudhoyono berkata Indonesia bercadang memberi AS$1 juta bagi bantuan kemanusian selain AS$181,000 bagi bantuan perubatan kepada mangsa rakyat Palestin.Di Teheran, sebuah parti politik konservatif Iran juga mengumumkan akan merekrut pejuang untuk membantu rakyat Palestin memerangi Israel.
Jame-e-Roohani at-e-Mobarez, yang bermaksu Persatuan Ulama Pejuang, menawarkan tiga pilihan menerusi laman webnya untuk memerangi Israel, termasuk secara ketenteraan, kewangan dan publisiti. / Agensi
Pejuang Thai berdemonstrasi di Thailand (Gambar hiasan)
__._,_.___ Messages in this topic (1) Reply (via web post) Start a new topic Messages Disclaimer:-
The contents expressed in this YahooGroups are those of the person named and are not those of Mahligai. The person named on Mahligai has, as a condition of contributing to this YahooGroups, agreed to and hereby indemnifies Mahligai against all liability at law for the material contained therein.
Kandungan bahan-bahan yang termuat di dalam YahooGroups Mahligai ini adalah pendirian rasmi pemilik/pengirim bahan dan bukannya dari Pemilik dan Moderator Mahligai. Pengirim bahan bertanggung-jawap di atas mana-mana bahan yang didapati melanggar akta hakcipta tempatan atau antarabangsa. Pengirim bahan diminta mematuhi peraturan hakcipta sepenuhnya apabila menghantar mana-mana posting atau respons.
YahooGroups Mahligai tidak bertanggungjawab ke atas pencerobohan akta hakcipta.
*********************************************Silakan forward email ini ke teman Anda, dan ajaklah mereka untuk turut menyertai Mahligai.
Sila hantarkan sumbangan anda ke alamat: mahligai@yahoogroups.com
Untuk melanggan secara percuma di Mahligai, sila hantarkan satu e-mail kosong ke alamat: mahligai-subscribe@yahoogroups.com