Satu Jawatankuasa kursus PKR negeri telah ditubuhkan bagi mengadakan dan memantapkan aktiviti parti dengan masyarakat di bawah parlimen dan juga ADUN.Penubuhan jawatankuasa ini adalah bertujuan agar PKR dapat mengadakan kursus dalaman buat parti dan juga para petugas yang berkhidmat dan juga penerangan kepada masyarakat mengenai parti.
Pengerusi jawatankuasa ini di ketua oleh Tuan Hj Idrus Ibrahim dan beberapa ahli yang terdiri dari yang bukan berparti dan juga yang tidak mempunyai sebarang jawatan akan tetapi sedia berkhidmat untuk parti khasnya PKR.