PPSMI: Apa yang dicari dan ke mana halatujunya? Oleh Dr. AQ Laman M@RHAEN

MENURUT PEMBACAAN KAMI BAHAWA PERSOALAN ‘JAWAB MENJAWAB’ SERING DIPUTAR BELITKAN OLEH MEDIA MASSA, TERUTAMA MEDIA “PERDANA”. DI SAMPING ITU “ORANG POLITIK”, UMNO KHUSUSNYA, TELAH MENDAPAT RUANG “HENTAMAN”.


TUDUHAN KASAR KEPADA PEJUANG SOSIO-BUDAYA MELAYU DAN KEPADA MEREKA YANG MEMEGANG PENDAPAT TENTANG ‘KEWIBAWAAN BAHASA MELAYU’ SEBAGAI BAHASA ILMU DEMI MEMULIHKAN MARUAH BANGSA MAKA. PEJUANG YANG TIDAK MENDAPAT UPAH APA PUN TELAH DITUDUH BEGITU “JAHAT”.


MEREKA SEBAGAI ORANG YANG YANG TIDAK PATRIOTIK, ANTI-PEMBANGUNAN DAN DICAP SEBAGAI “NASIONALIS” MELAMPAU. SEOLAH-OLAHNYA MEREKA SAHAJA YANG BERJASA KEPADA ISLAM, BANGSA DAN TANAH AIR. [sila baca akhbar melayu dan dengar ulasan berita di TV 1 dan 3. ]


Padahal apa yang diperjuangkan oleh pejuang bahasa dan budaya Melayu adalah berasal suara daripada mereka yang telah lama berjuang. Nenek moyang mereka juga mempunyai sejarah cemerlang. Penulisan dan akhbar lama seperti Warta Negara Majlis dan berbagai buku yang dihasilkan oleh penulis dan wartawan Melayu dahulu berjuang bukan sahaja kemerdekaan tetapi juga bahasa dan sosio-budaya.


Kebanyakan mereka mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan dan sosio-budaya. Suara itu beharga dihasilkan daripada gelombang hati nurani yang bersih daripada sifat buruk politik “keuntungan diri dan mata-benda”. Gelombang nurani hasil daripada berbagai kongres pendidikan, bahasa dan budaya.
Belajar dan semak sejarah yang baru dan lama



Hujah dengan faktor ilmiah terdapat di berbagai perpustakaan terutama di hampir semua universiti di Malaysia dan di luar negeri. Sila layari sahaja di laman “web” tentang ilmu dan kemampuan bahasa. Kaedah belajar dan pembelajaran bahasa begitu tersusun dan luas.


BAHASA MELAYU DIPERTAHANKAN SESUAI DENGAN AKTA PENDIDIKAN DAN PENYATA RAZAK DAN ABDUL RAHMADN TALIB. BAHASA JIWA BANGSA DAN BAHASA JUGA MENUNJUKAN BANGSA. Ini bukan ditulis oleh seorang dua. Mereka yang menulis mempunyai tujuan yang ikhlas untuk meninggikan martabat pendidikan selaras dengan amanah dan syarat sebagai “BANGSA” merdeka.

JUSTERU itu, kami berpendapat kita wajib mengadakan secara besar-besaran, terus menerus [bukan sekali] PERBAHASAN TERBUKA. Bahas boleh dengan MAHATHIR, MENTERI PELAJARAN, PEGAWAI KEMENTERIAN PELAJARAN DAN SEMUA PAHALAWAN BAHASA INGGERIS yang berada dalam UMNO dan Barisan Nasional. Panggil juga semua kuncunya atau sesiapa juga yang mahu guna matematik dan sains dalam bahasa Inggeris sebagai cara meninggikan martabat bahasa Inggeris Ertinya tidak atau kurang memakai pengajaran “ilmu bahasa dan sastera”..


PERBAHASAN ITU IALAH MENGENAI “ ‘PENGAJARAN BAHASA, sama ada dalam bahasa: INGGERIS atau MELAYU’ MELALUI SAINS DAN MATEMATIK”.
Dengan kata lain bahawa perbahasan yang akan diadakan itu terus menerus,. jika dapat, pada setiap minggu. dengan mereka yang terlibat dan ia dianggotai, terutamanya para pendidik, sarjana, dan semua badan yang mengerti atau terlibat dalam pendidikan dan sosio-budaya Melayu.


KITA WAJIB memberi pendapat secara ilmiah dan bertitik-tolak atas kedaulatan undang-undang dan “falsafah pendidikan” yang padu iaitu dengan landasan maruah dan tujuannya ilmu itu sendiri..


Nota : [Kita tidak mahu anak Malaysia hanyut tanpa pegangan, bisu dan buta tentang pepatah, gurindam, perumpamaan dan pedoman tujuan hidup seperti Sofiah Yusof, “geliga” matematik di Oxford yang terjerumus di jalanan lain ke Roma… ‘another route to Eden’?’…]
Kita “berhak dan wajib” bertanya kepada Mahathir, pewaris fikirannya atau penyokongnya

dahulu dan sekarang termasuk semua “pahlawan” bahasa Inggeris dalam PPSMI:


“APAKAH PENYATA RAZAK (1956) DAN ABDUL RAHMAN TALIB (1960)” YANG MENGHASILKAN PENDIDIKAN BAGI HAMPIR SEMUA KETUA DAN PEMIMPIN DI NEGARA INI TERMASUK PAHLAWASN BAHASA INGGERIS ITU SENDIRI YANG ADA SEKARANG [Lahir tahun 1950 ke atas] KURANG PINTAR, KURANG CEKAP, KURANG PANDAI DAN SEKARANG MENJADI BINGUNG DALAM MENJALANKAN KERJANYA? APA KAYU PENGUKURNYA? APA NILAI YANG RENDAH DAN TINGGI BERADA DALAM DIRINYA DAN DI ATAS KERTA?APAKAH AKIBAT daripada kurang cekap berbahasa inggeris itu menyebabkan merosot pencapaian kerja dan hasil negara? Tiada kecermerlangan hidup bagi mereka dengan anak buahnya mentadbir kerajaan dan kerja harian masing-masing?
Adakah dengan kecekapan bahasa Inggeris melalui sains dan matematik akan ada rakyat Malaysia dianugerahkan hadiah “nobel’ dalam sains dan matematik (?) dan seterusnya hidup mempunyai pegangan yang teguh dalam erti hidup yang diharapkan? Ertinya, mereka tidak akan terumbang-ambing, tanpa arah seperti perjalanan “pemimpin atasan dan bawahan” sekarang ini?
DI MANA “LOGIK”NYA BAHAWA KEPANDAIAN BAHASA BOLEH DI TINGKATKAN MELALUI PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK? APAKAH JIKA HENDAKKAN “ANAK-BUAH” KITA BERJAYA DAN PANDAI DALAM BAHASA JEPUN UMPAMANYA, MAKA MEREKA KENA “BELAJAR SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA JEPUN”? BEGITU KAH SYARATNYA, Wahai pemimpin? Pendapat ilmiah yang mana dan siapa dia professor dan pakar ilmu?“Rancangan yang dipaksa”, tidak ilmiah dan ketiadaan sistem yang teratur, akhirnya ia akan gagal. Ini hukum mantik atau logik Harga umur dan kepandaian yang akan “terkorban” bukan dapat diganti dengan “insurans”. Satu generasi dirugikan oleh sistem yang tidak ilmiah. Keputusan politik sering menjadi penyakit berbahaya kepada keputusan “ilmiah/penyelidikan”. Lihat berbagai projek yang musnah di tengah jalan.


Pendidikan bukan satu atau dua cabang sahaja difokuskan. Perimbangan bidang ilmu sangat perlu. Ilmu itu kait-mengait sesuai dengan qudrat dan iradah yang dianugerahkan Allah kepada manusia. SENI untuk makan, minum, pakaian, perumahan, perkahwinan, malahan, aneka warna kecantikan MEMERLUKAN PENGUCAPAN BAHASA pemanis, kiasan dengan budi-bahasa yang tidak terdapat dalam pengajaran sains dan matematik. Manusia tidak semua boleh jadi bisu dan gagap. Bahasa adalah komunikasi yang penting untuk pengucapan hati dan otak.
BERBAGAI soalan yang boleh diketengahkan di sini. Kita tunggu perbahasan terbuka dengan mereka yang berani berkata sesama mereka sahaja dan pegawai dan orang yang ada untung dalam projek tersebut.


Sejak fokus pada kekuasaan politik menjadi alat yang memuncak dunia telah banyak secara langsung dan tidak langsung memandang remeh akibat daripada penepian pendapat ilmiah. Ertinya jika "politikus" yang menjadi alat kepada "plutocrats" memandang ["untung, "profit from it"] maka kedudukan ilmiah atau "spesifikasi" tidak dipedulikan. Keuntungan politik selama mereka boleh berkuasa itu yang menjadi pertimbangan.
Sekian, Wallah u-alam.
- Aq -


Penulisan Dr AQ diambil kerana beliau adalah salah seorang penulis yang lama dalam laman marhaen dan juga Reformasi Nasional jika tidak salah.Begitu juga Ibrahim Baba.