Kempen 'Jom Sertai Pas' sasar 100,000 ahli -PAS FOR ALL

Shah Alam, 28 Dis (Hrkh) - Dewan Pemuda Pas dengan kerjasama Lajnah Pemerkasaan Parti hari ini telah menganjurkan satu kempen yang dikenali ' Jom Sertai Pas' yang turut mengalakkan golongan muda agar mendaftar sebagai pemilih berdaftar untuk Pilihanraya Umum ke-13.


Ia dilancarkan secara rasmi pada jam 3 petang semalam di Dataran Shah Alam oleh Presiden PAS Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang.
Ia juga bakal berlangsung selama lima bulan iaitu bermula pada bulan Januari dan akan berakhir pada bulan Mei 2009 serta akan dilancarkan di beberapa buah negeri lain seperti di Pulau Pinang, 24 Januari. Kedah pada 14 Februari, Perak pada 28 Februari dan Kelantan pada bulan Mac.


Pengarah kempen ini, Ahmad Subki Yusuf yang juga merangkap Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat berkata PAS mensasarkan jumlah ahli sebanyak 100,000 orang.
"Semua ini adalah terdiri daripada Ahli Pas dan Ahli Kelab Penyokong Pas baru dan pelbagai aktiviti akan digerakkan untuk menambahkan lagi keahlian baru" katanya.


Bagi memudahkan lagi urusan pendaftaran, boleh hubungi 03-26925000 samb. 210 atau melalui sistem pesanan ringkas dengan menaip nama jarak daerah dan hantar ke 013-2226018 atau layari www.jomsertaipas.com. - azm_



PKR TAK BUAT KA....JOM SERTAI PKR?????he..he...he....



No comments: