Oleh: Amiruddin Ahmad
Kunjungan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato' Seri Utama Haji Abdul Rahman Abas ke rumah terbuka Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 11 Oktober lalu dianggap pembuka tirai perubahan politik negara akan datang.
Inilah pertama kali beliau hadir untuk meraikan hari terbuka Anwar walhal saban tahun rumah terbuka seumpama itu dibuat.Dulu di ketika Anwar berada di zaman kegemilangan dalam kerajaan Barisan Nasional, tidak ada pun yang hadir kecuali penyokong dan pengampunya yang datang sebagai benar-benar untuk bejumpa atau datang untuk menagih sebarang kontrak.baik secara kecil atau secara besar.
Kunjungan beliau itu merupakan detik permulaan perhubungan semula yang selama ini terputus ekoran penahanan Anwar di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1998 serta penglibatan Anwar dalam kancah politik pembangkang setelah dibebaskan.Diketika itulah baru Anwar mulai sedar siapa kawan siapa lawannya.
Kalau dahulunya kawan-kawanya yang sentiasa mengiringinya tanpa ada pun rakyat marhaen yang boleh mendekati ..kini mungkin keadaan itu juga akan berulang lagi apabila beliau kelihatannya seringkali mengulangi kenyataan bahawa beliau akan menjadi perdana menteri yang ke enam.Ini tidak mustahil kerana jika TYT datang mungkinkah ada antara ahli –ahli UMNO ketua cawangan dan ketua bahagian yang lebih tahu akan keadaan negara berbanding TYT sendiri.
Mungkin juga Anwar kini mula menyedari bahawa beliau harus melupakan apa yang pernah berlaku apabila mendekati golongan korporat dan tidak mendekati rakyat bawahan yang memperjuangkan beliau.Namun harus di ingat bahawa beliau adalah antara anak negara ini yang dianugerahkan karismetik di mana karismatik beliau ,keberanian dan ketabahan dalam menerjah arus politik negara yang mengamalkan “demokrassi terpimpin:, ini akan terus dapat bertahan dan memperjuangkan kemenangan rakyat?.
Dalam memperjuangkan konsep negara prihatin dan berkebajikan ini ,nasib bangsa Melayu tetap dibela sebagaimana beliau menyatakan saban hari dalam ceramahnya dimana beliau nenegaskan bahawa Melayu adalah menjadi tanggungjawab beliau dalam pembentukan kerajaan baru, namun bangsa lain juga baik cina, India kadazan dusun, iban serta lain-lain bangsa akan tetap diberi perhatian yang terbaik untuk membentuk rakyat dan negara Malaysia yang baru.Beliau bukan sahaja akan mengembalikan semula kedaulatan raja-raja Melayu, malahan akan mengangkat maruah raja-raja Melayu dan seterusnya menjadikan bangsa Melayu itu lebih baik dari apa yang di perjuangkan semangat Melayu oleh UMNO sendiri yang lebih tulin dari semua Melayu dalam negara ini.Rakyat kini mulai sedar dan membuka mata kerana Melayu bukan lagi UMNO dan UMNO bukan Melayu.
Namun dalam membentuk negara yang baru dengan semangat yang baru, harus dingat bahawa perjuangan untuk mencapai ke matlamat ini bukannya mudah. UMNO dan Barisan Nasional sendiri bukan mudah untuk mengalah dalam perebutan bagi mengekalkan kuasa dan mengambil alih kuasa secara lebih terhormat.Adalah amat memalukan apabila sejak beliau terpenjara dan di fitnah masyarakat Melayu saban hari makin menjauhkan diri dari parti nenak moyang mereka yang memeperjuangkan untuk menerima kemerdekaan “secara tangan” dari negara British.
Kini Anwar harus sedar dan terus memperjuangkan nasib rakyat. Anwar sedar setelah terpenjara banyak pengajaran yang diterima dari apa yang disifatkan oleh Hj Hadi Qazaf keatas beliau yang menerima habuan dimana beliau menaiki tangga keunggulan dalam pesda politik negara. Tiada siapa yang menjangkakan bahawa beliau akan jatuh di dihina oleh pemerintah dan rakyat masih juga tidak mempercayainya dan kini mengangkatnya kembali .
Kini , dan seterusnya, beliau akan tetap menjadi ikon rakyat dalam memperjuangkan hak-hak rakyat dan rakyat terbanyak marhaen masih mengharapkan beliau akan kembali kerana pimpinan yang akan datang juga belum tentu dapat menunaikan dan menambah baik sistem kerajaan yang hanya bertunjangkan paksi mengisi tembolok sendiri dan semakin banyak rasuah dari membantu rakyat sebagaimana yang diharapkan.
Perlumbaan UMNO untuk menuntut jawatan menambahkan lagi bebanan dan tuduhan yang keluar kerana hanya dengan ini lah sahaja caranya UMNO menggunakan dan membenam musuh politik mereka. Maka kerana itu kita lihat bagaiman Najib kini diaibkan dengan kes terbaru iaitu kes sms yang melibat beliau dan Syafee Abdullah yang membabitkan Razak Baginda dan juga kes tebaru yang melibatkan pembelian dan penukaran pembelian helicopter angkatan teteraa Malaysia.
Dalam masa yang sama suasana nampaknya mula menyebelahi Anwar apabila terbukti kini kes tuduhan liwat 10 tahun dahulunya yang melibatkan Gain Patail dan Musa Hassan telah terbukti di ada-adakan dan inilah yang menyebabkan perdana menteri dan seluruh kabinet yang mengutuk beliau dalam dilemma dan hanya menanti beliau mengulangi bahawa jumlah ahli parlimen yang akan berpindah kem akan menjadi kenyataan dan sesungguhnya beliau akan menjadi perdana Menteri Malaysia yang ke enam.Sama sama lah kita nantikan bagaimana perjalanan politik semasa ini menjadi lebih menarik sebelum hari-hari terakhir Abdullah menjadi perdana menteri dan Anwar menggantikanya sebagai perdana menteri yang keenam dan bukannya Najib Razak sebagimana yang didakwa.