SAMBUTAN AIDILFITRI BESAR BESARAN


MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI BESAR-BESARAN DI PULAU PINANG



OLEH : WRLR

Permatang Pauh -Pada 11 Oktober ini , tiga program besar akan diadakan serentak pada hari Sabtu ini di Permatang Pauh iaitu ,rumah terbuka Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di DUN Permatang Pasir dan juga sambutan aidulfitri yang membabitkan Kerajaan Negeri.


Program tersebut ialah Rumah Terbuka Aidilfitri 2008 Peringkat Negeri Pulau Pinang yang diadakan di Padang Putra Merdeka, Butterworth bermula jam 11.00 pagi sehingga 2.00 petang.
Tetamu kehormat yang turut hadir ialah Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama, Tun Dato' Seri Utama, Haji Abdul Rahman Abas.
Manakala pada hari yang sama juga ,satu Majlis rumah terbuka sambutan Aidilfitri di kediaman Dato' Seri Anwar di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam bermula jam 9.00 pagi sehingga 2.00 petang.


Manakala bermula jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang satu lagi program jamuan Aidilfitri diadakan di pekarangan Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman.


Di jangka kan dalam majlis tersebut , Tuan Guru Nik Aziz akan hadir meraikannya di samping mengadakan pertemuan dengan Dato' Seri Anwar dan Lim Guan Eng.Maklumat dari Pejabat DUN Permatang Pasir, kerajaan negeri Kelantan telah sudi untuk memberikan sebanyak 6000 orang makan untuk jamuan pada hari tersebutdimana daging kerbau diberikan bagi meraikan kemenangan,Selain itu ianya juga untuk meraikan para petugas Kelantan yang berkhidmat di DUN Permatang Pasir pada pilihanraya kecil baru-baru ini.

No comments: