YB FAIRUS LAKUKAN LAWATAN LAGI.....KES FAP AKAN DISELESAIKAN UNTUK MEMBELA NASIB PEMAIN

PERMATANG PAUH 25 SEPT-Dalam kesibukan menjalankan tugas YB Fairus sempat meluangkan sedikit masa terluang untuk kembali ke Permatang Pauh menyampaikan sedikit sumbangan kepada 3 buah penghuni rumah yang mengalami masaalah terutamanya golongan kurang uaya dan juga warga emas.Bantuan di mukin Tanah Liat ini diberi kerana maklumat yang dikumpulkan baru diketahui kini.
Beliau juga kemudiannya bergegas ke pulang untuk menyelesaikan masalah dengan pihak Jabatan Agama Islam Pulau Pinang berhubung perlantikan Pengerusi Majlis Agama yang dipegang oleh YB Shabudin dari UMNO .Campurtangan pihak atasan menjadikan keadaan tidak dapat diselesaikan kerana persetujuan sebelum ini untuk melantik pihak yang tidak punya kepentingan politik iaitu Ustaz Elias Zakaria, bekas Pengarah Pusat Islam USM memegang tampuk Jabatan Agama islam Negeri telah dibatalkan oleh pihak UMNO Negeri.

KES FAP AKAN DISELESAIKAN WALAU MENJADI BEBANAN KEPADA KERAJAAN NEGERI.

Menurut maklumat yang YB Fairus maklumkan bahawa kes FAP akan diselesaikan sebaik mungkin.beliau tidak dimaklumkan adanya perjumpaan sebelum ini dengan EXCO Belia dan Sukan negeri.
Walau bagaimana pun satu tindakan telah dilakukan dimana beliau sedang berbincang dengan beberapa syrikat untuk menaja pemain dan menyelesaikan masalah mereka.Laporan penuh dari Mohd Sabri Said dalam Harakahdaily..




KES 1


Kampung Tanah Liat -Pn Syarifah Bt Ismail 60 menerima bantuan hamper dan juga beras dari YB Fairus, dan bersama beliau ialah pihak dari Pejabat Daerah,Jabatan Kebajikan Masyarakat,dan juga pejabat daerah.Lawatan ini juga mendapati Pn Syarifah tidak menerima bantuan walau nama tersenarai dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.Bersama lawatan ini pihak Jabatan kebajikan masyarakat akan memberi bantuan di bawah program BKK Bantuan Kanak-kanak sebanyak RM300 seberapa segera.






KES 2



Keluarga En Hussein Ismail 64
mendapat bantuan sebanyak RM400 dari kebajikan .Rumah beliau berdekatan dengan rumah salah seorang pemimpin UMNO yang akan bertanding di peringkat Bahagian Permatang Pauh dan terletak berhampiran Sekolah Kebangsaan Tanah Liat.





KES 3

En Zakaria Ahmad dan anak beliau yang mana kedua-dua beranak ini terlantar dan bergantung kepada isterinya untuk membantu.Keluarga ini cuma mendapat bantuan RM sebanyak RM95 ringgit.Kehadiran YB telah membuka mata pihak-pihak berwajib terutamanya pihak Jabatan kebajikan Masyarakat dengan menyelesaikan masaalah mereka sedikit sebanyak dengan memberi bantuan RM300 di bawah skim bantuan orang terlantar kurang upaya.

No comments: