KUALA LUMPUR- Berita dan maklumat melalui sms kononnya DSAI akan segera membentuk kerajaan bertiup kencang.Namun pihak PKR tidak mengesahkannya dan menganggap bahawa ianya adalah khabar-khabar angin semata-mata.
Antara khabar-khabar angin nya ialah bahawa sesetengah ahli komponen BN dari Sabah dan Sarawak akan mengeluarkan kenyataan keluar dari BN menjelang Jumaat 5 Sept ini.
Manakala menjelang Sabtu pula kononnya beberapa MP dari MCA dan MIC akan keluar dari Barisan Nasional.Pihak PKR khabarnya tidak mahu mengesahkan semua sms ini konon nya dari pihak pejabat Parti.
Malah R Sivarasa menjelaskan bahawa sesiapa pun berhak untuk membuat andaian kerana demam 916 makin kuat bertiup.
Hanya yang tahu mengetahuinya....mungkin....mungkin tidak.....