KONVENSYEN MASYARAKAT MADANI
TUAN YB MUHD FAIRUS KHAIRUDIN TKM 1 PULAU PINANG
PELUANG BERNIAGA BAGI MASYARAKAT ISLAM
PROGRAM BULAN RAMADAHAN TELAH DINAIK TARAF DIMANA PASAR RAMADAHAN TELAH DIBUKA DI SEKITAR PISA DAN MEEMPERDENGARKAN BACAAN AL QURAN SECARA LIVE SEPANJANG RAMADAHAN DAN MENYEDIAKAN KEMUDAHAN UNTUK BERSOLAT.
MENGINGATKAN BETAPA BULAN RAMADAHAN BUKAN LAH BULAN YANG HANYA UNTUK MENGIUKUT NAFSU SEMATA-MATA
Bagi proses ini berjalan lancar,
1) Rakyat harus diperkasakan, agar suara sebenar mereka dapat didengari sekaligus suara sebenar ini diwakili. Rakyat yang perkasa tentunya akan memilih mereka yang benar-benar dapat mewakili suara mereka di peringkat tertinggi.
2) WAKIL rakyat harus bertindak atas kapasitinya untuk menyelami, bersuara, bertindak, memantau dan mengambil maklum balas dari rakyat agar program-program yang dijalankan benar-benar memberi faedah yang optimum kepada rakyat.
Saya cukup pasti bahawa WAKIL rakyat yang bukan sahaja bukanlah jenis WAKIL rakyat yang membawa isu fitnah untuk berkempen tetapi tidak untuk cuba membangunkan rakyat. Kata kunci yang jelas ialah rakyat dan WAKIL rakyat punya tanggungjawab masing-masing. Rakyat bukanlah mereka yang harus diperkudakan sebaliknya disantuni dan untuk mengelakkan rakyat diperkudakan, rakyat harus diperkasa agar merekalah yang akhirnya punya rasa bangga kerana terlibat dengan penuh pemahaman dalam proses hidup bernegara. Inilah Erti Pemerkasaan Rakyat untuk Masyarakat Madani - agar Erti Hidup Bernegara dapat dirasai oleh mereka rakyat Malaysia.
Saya berharap pengundi akan berkempen untuk keluarga, saudara-mara dan masyarakat seluruhnya bahawa kita mahukan perubahan di seluruh negara dengan memberi undi kepada Parti keADILan, PAS dan DAP. Kita harus belajar bagaimana mereka yang mendakwa WAKIL rakyat tidak menghormati sebahagian WAKIL rakyat yang berperanan sebagai Pembangkang di DUN dan Parlimen di mana bantuan disekat, diperlambat dan diagihkan oleh pihak lain dengan membelakangkan WAKIL rakyat.
Parti keADILan lahir dengan cita-cita baru untuk mengubah landskap politik Malaysia. Dasar yang meminggirkan kelompok minoriti atas perbezaan agama, kaum dan kepercayaan politik harus ditukar kepada dasar-dasar yang mengutamakan Perlembagaan sebagai dokumen asas yang menjamin hak dan keistimewaan setiap rakyat Malaysia. Inilah antara wajah baru Malaysia yang mahu diketengahkan. Saat itu saya pasti seluruh warga Malaysia baik Melayu, Cina, India dan kaum minoriti lain akan berbangga untuk mengakui Malaysia adalah negara yang kita bina bersama.
1.DSAI MEMBICARAKAN TENTANG BETAPA MASYARAKAT MADANI ADALAH MASYARAKAT YANG BERILMU,BERAKHLAK MULIA DAN MENGAMALKAN BUDAYA MASYARAKAT BERBAGAI BUDAYA YANG BAIK BERSATU.
2. MENGIMARAK KAN PUSAT AGAMA DAN MENGELAK DARI MELAKUKAN FITNAH,MEMECAHBELAHKAN MASYARAKAT, DAN PEMIMPIN YANG BAIK DAN BERAKHLAK