AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH MENZIARAHI RUMAH KELUARGA ALLAHYARHAM SAIFUL
PERMATANG PAUH, 31 Ogos -Ahli Parlimen Permatang Pauh dan ketua pembangkang YB Dato Seri Anwar Ibrahim beserta isteri beliau Dato Seri Wan azizah wan ismail selaku presiden PKR telah sudi menziarahi rumah keluarga allahyarham Saiful Anzani Rozi,20, yang telah meninggal dunia 26 Ogos baru-baru ini di Hospital Seberang Jaya akibat kemalangan motosikal sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos baru-baru ini.Allahyarham seorang yang aktif dalam unit amal kawasan dan kemalangan tersebut berlaku semasa beliau hendak bertugas mengiringi pimpinan PAS.Allahyarham yang tinggal di Kampung Permatang Janggus, Permatang Pauh di bawa ke hospital oleh rakanya mengalami pendarahan teruk di bahagian dalaman badan dan meninggal dunia di hospital pada 28 Ogos .
Sewaktu kemalangan berlaku, Bapanya, Rozi Din ketika dimaklumkan kemalangan yang menimpa sedang bertugas mengangkut pengundi Barisan Nasional (BN) manakala ibunya, Salmah Din sedang membuang undi.Ibu dan bapanya adalah ahli UMNO.
Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 12.00 tengahari dan motosikal yang ditunggangi ahllahyarham bertemu dengan motosikal dari arah yang bertentangan . Allahyarham dikatakan terhumban dan terkena tiang elektrik.
Turut hadir ialah Presiden PKR Dato Seri Wan Azizah yang juga turut bersimpati menitiskan armata apabila kedua ibubapanya turut terharu dengan kunjungan kedua-dua tokoh politik tanahair .Tanggungjawab sebagai ahli parlimen tetap berjalan tanpa mengira fahaman politik.Sumbangan disampaikan semasa kunjungan tersebut hasil kutipan dan derma dari orang ramai sewaktu ceramah kunjungan Dato seri anwar Ibrahim ke permatang pauh pada kali pertama selepas di lantik sebagai ahli arlimen dan ketua pembangkang Malaysia pada malam 30 Ogos baru-baru ini.
.
ESKLUSIF HARI MERDEKA UPDATES 1.15 PTG 31 OGOS 2008
Petugas Unit Amal meninggal dunia ketika hendak bertugas
LAPORAN DARI HARAKAHDAILY TELAH MENDAPAT SIMPATI DSAI DAN DSWA DENGAN MENYAMPAIKAN SUBANGAN HASIL KUTIPAN DARI CERAMAH YANG DIADAKAN SEMPENA LAWATAN DSAI KE PERMATANG PAUH.