BAKAL PERDANA MENTERI DAN PRESIDEN DI PERMATANG PAUH




AHLI PARLIMEN BARISAN NASIONAL TIDAK MAHU WAKILI PARTI YANG MENYUSAHKAN RAKYAT



Dalam kesempatan untuk berucap dan menjamu selera dan menghadiri kenduri kemenangan Pakatan Rakyat di Permatang Pauh , Dato Seri Anwar Ibrahim sempat untuk di temubual tentang rancangan 16 September .Beliau yang sempat berucap dan menjamu selera di bilik gerakan AMK Permatang Pauh ,telah ditanya beberapa soalan tentang rancangan beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional untuk melompat.Pandangan beliau ialah bahawasanya ada antara ahli parlimen Barisan Nasional sendiri tidak mahu kerajaan yang lemah untuk mereka terus berada didalamnya sebagai wakil rakyat.Malahan menolak terus fahaman-fahaman sempit perkauman,amalan rasuah yang tidak terbendung dan juga zalim terhadap rakyat.

“Rakyat tidak mahu rasuah,rakyat tidak mahu kezaliman,rakyat menolak dasar perkauman sempit ,menghina kaum dan agama serta meroboh kuil .Oleh itu mereka merasakan menyokong parti yang dirasai adil dan dapat membantu mereka.”

Apabila membicarakan tentang nilai etika sebagaimana yang diluahkan oleh beberapa ahli Parlimen BN termasuk komen dari Perdana Menteri sendiri berhubung dengan amalan dan tuduhan kononnya beliau mahu membeli ahli-ahli parlimen Barisan Nasional,Dato Seri Anwar menjelskan bahawa:

“Adakah tidak etika jika mereka melakukannya demi rakyat .Betul, sebelum ini ketika mereka(ahli Parlimen BN) menang menjadi wakil rakyat ,dan mereka merasakan ianya belum tentu adil,janji Barisan Nasional ada yang tak ditunai,menang janji piilhanraya tidak mahu menaikkan harga minyak ,tetapi janji tinggal janji dan harga minyak tetap juga naik. Janji membenteras rasuah.tetapi makin banyak rasuah yang diamalkan dan tak dibenteras.”


Merujuk kepada komen-komen tentang keganasan yang dilakukan penyokong Pakatan Rakyat baru-baru ini, dan membeli wakil-wakil mereka(BN),Beliau menjelaskan bahawa

“Kalau orang dia(BN) buat apa pun tak pa kerana parti BN.Kita tak boleh .Kita(PR) tidak akan membeli dan memaksa. Kita mahu yang menyokong parti bagaimana membantu parti yang menolak amalan rasuah,membantu parti bagaimana membantu rakyat yang susah. Membantu parti membanteras rasuah ,membantu parti untuk membantu meningkat ekonomi Negara.”

Mengulas tentang persoalan berpindah parti pula,Beliau menjelaskan bahawa jika selama ini ada antara wakil parti komponen Barisan Nasional yang memikirkan tentang perpaduan kaum dan membantu rakyat meningkat ekonomi dan perpaduan kaum adalah tidak menjadi soal untuk mereka memilih landasan Pakatan Rakyat sebagai wadah perjuangan mereka.Ini adalah kerana mereka yakin bahawa hanya egenda ekonomi yang adil sahaja dan telus tanpa ada rasuah akan dapat membantu negara puih dari segi kreadibiliti dan di terima dunia, dan maka itulah landasan Pakatan Rakyat menarik minat wakil-wakil rakyat untuk berpndah.


“Jika ada diantara ahli perlimen yang memikirkan tentang makro ekonomi ,membantu negara tanpa ada defisit yang tinggi dan dari segi perpaduan rakyat ,dan mereka (ahli Parlimen BN) nak berpindah parti , jadi apa salahnya. Jika di paksa mereka susahlah.Saya tidak pernah menjanjikan untuk memberi duit dan pangkat kepada kepada mereka ,imbuhan sebanyak mana, namun saya menjanjikan yang terbaik untuk rakyat.”


Beliau seterusnya merujuk kepada tindakan kerajaan Barisan Nsional yang memaksa ahli Perlimen mereka menandatangi borang akujanji untuk tidak melompat parti .Dato Seri Anwar secara sinis menyatakan bahawa dahulunya mereka menyatakan bahawa beliau hanya omong kosong dan hanya bercakap.Namun kini mereka memaksa ahli-ahli perlimen untuk menandatangani borang akujanji sebagaimana menyuruh budak budak sekolah menandatangani borang akujanji.Beliau juga mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada seluruh penduduk Permatang Pauh dan kepada pihak media yang kuat bekerja.

“Bukan black mailing tetapi mengunakan ini untuk memberi satu penghinaan kepada ahli parlimen. Macam budak –budak sekolah. Kenapa takut sekarang? Dulu menuduh saya menipu, saya melawak dan kini mereka takut sekarang ni.Saya mahu mereka terus merasa takut .Jadi bila Permatang Pauh telah membuktikan, mereka memaksa ahli perlimen menandatangi akuanji.Saya tahu ada sesuatu yang mereka benar-benat takut.Malah ucapan Abdullah sendiri menyentuhnya secara serius ,dan kini tred Permatang Pauh membuktikannya menyebabkan maka beliau pula merucap begitu.Terima kasih kepadapenduduk Permatang Pauh dan media yang kuat bekerja














UPDATES 5.00 PTG








Dato Seri Anwar dan Isteri Datuk Seri Wan Azizah berada di Permatang Pauh hari ini dan esok.Beliau akan menghadiri 2 ceramah di Sungai Semambu dan juga di Di Permatang Tengah.Permatang Janggus.




Beliau menjelaskan bahawa beliau akan cuba sekerap mungkin untuk pulang ke Permatang
Pauh kerana ada masanya terpaksa berada diluar negara dan menghadiri berbagai program yang beliau perlu hadiri dan wakilnya akan menguruskan beberapa hal yang diperlukan.



DSAI mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga PR dan penduduk Permatang Pauh serta media yang kuat menyokong dan bekerja.




ESOK JAMUAN PAKATAN RAKYAT DI TAPAK EXPO SEBERANG JAYA.

No comments: