Hishammuddin mahu jawatan Presiden UMNO, timbalan dipertandingkan
15/07/2008 8:07pm
Oleh ARSHAD KHAN
KUALA LUMPUR 15 Julai – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein beranggapan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu perlu dipertandingkan pada pemilihan Disember ini.
Beliau berkata, ini kerana hak berbuat demikian termaktub dalam Perlembagaan parti.
Baginya, walaupun peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak dimuktamadkan, namun ia isu yang berbeza dengan pertandingan dalam parti.
``Sememangnya isu bertanding dan peralihan kuasa dua isu yang berasingan, hak bertanding bukan hak individu,’’ katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Exco Pemuda, di sini hari ini.
MT putuskan jawatan presiden, timbalan tidak dipertandingkan – Ali Rustam
16/07/2008 4:50pm
MELAKA 16 Julai – Keputusan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan telah diputuskan oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT) parti dan keputusan itu sepatutnya dihormati oleh semua pihak.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, walaupun perlembagaan parti menyebut semua jawatan adalah terbuka untuk dipertandingkan tetapi keputusan MT itu telah dibuat pada mesyuaratnya minggu lalu.
``Memang dalam perlembagaan (parti) semua jawatan adalah terbuka (untuk dipertandingkan). Tetapi MT putuskan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.
``Lagipun Perdana Menteri sudah mengumumkan transisi yang akan dibuat beliau. Jadi saya harap semua pihak termasuk bahagian-bahagian seluruh negara dapat memberi sokongan,'' katanya.
Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas pandangan beberapa pihak yang mahukan kedua-dua jawatan tersebut terbuka untuk dipertandingkan pada pemilihan pucuk pimpinan parti Disember ini.- Utusan.
AHLI UMNO HARUS FIKIRKAN YANG MANA SATU PERLU UNTUK DINILAI.NAMPAKNYA KALI INI ISHAMUDDIN BERANI BERSUARA PULA MENGENAI PERTANDINGAN PUCUK PIMPINAN .MELAWAN ARUS PULA NAMPAKNYA ....