ADAKAH PAS SUDAH TIDAK MAMPU BERDIRI SEDIRI???

Ku Li harap PAS dan Umno bergabung

Jul 17, 08 4:33pm

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berharap PAS dan Umno akan bergabung menjadi satu parti hasil daripada muzakarah yang dicadangkan. Beliau berkata muzakarah itu merupakan cadangan yang baik untuk mencari satu titik pertemuan bagi kepentingan orang Melayu dan agama Islam. "Saya lebih suka sekiranya muzakarah itu berlandaskan satu matlamat yang ikhlas," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini ketika diminta mengulas perkara tersebut. Tengku Razaleigh dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata, berdasarkan iklim politik sekarang dan kedudukan ekonomi dunia serta dalam negeri yang lemah, sudah tiba masanya pemimpin daripada dua parti itu bersatu membincangkan soal masa depan rakyat."Sudah sampai waktu untuk pemimpin dari kedua-dua parti ini menjernihkan keadaan dan rakyat boleh mendapat ketenangan," katanya.Beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa punca PAS keluar daripada Barisan Nasional pada tahun 70-an ialah kerana parti itu dikhianati oleh Umno. "Kemelut kepimpinan PAS Kelantan pada masa itu menjadi punca parti itu keluar dan bukannya parti itu dikhianati oleh Umno. "Semasa itu, keadaan di Kelantan tidak tenang kerana terdapat pemimpin PAS sendiri tidak sehaluan dengan kerajaan campuran itu," kata Tengku Razaleigh yang menjelaskan bahawa pada masa itu beliau adalah menteri kewangan, naib presiden Umno dan juga pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan. Selasa lalu, Nik Aziz dilaporkan berkata PAS sedia untuk bermuzakarah jika hasrat dari Umno itu datang dari peringkat akar umbi kerana PAS tidak mahu terjebak sekali lagi dalam "muslihat politik Umno" seperti yang berlaku dalam tahun 70-an.



SEBENARNYA SUDAH HAMPIR LEBIH 50 TAHUN NASIB MELAYU DISERAHKAN KEPADA UMNO BULAT-BULAT UNTUK DI JAGA DAN DITADBIR.UMNO UMPAMA MELAYU DAN MELAYU UMPAMA UMNO,NAMUN IANYA DISALAHGUNAKAN DAN AKHIRNYA MELAYU MENJADI BANGSA KELAS 3 DITANAH AIR SENDIRI.

KINI PAS PULA MENJADI PEMBELA KAUM MELAYU.PAS DILIHAT LEBIH MEMBANTU DAN MENGGASAK UMNO DALAM BERBAGAI SISTEM YANG DILIHAT BOLOS DAN TIDAK MENGUNTUNGKAN MELAYU.MAKA ADAKAH PERLU MUZAKARAH INI DITERUSKAN ATAU UMNO HANYA MAHU MENGAMBIL KESEMPATAN DIATAS KEMENANGAN PAS DALAM MENANGANI MASAALAH MELAYU.

No comments: