KENA KENCING
Pendedahan Dalang2 Yang Hendak Membawa PAS Masuk Barisan Nasional
PAS mengakui bertemu Perdana Menteri
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang2008-07-20 23:57:32
PAS tidak menafikan bahawa memang telah ada pertemuan antara pimpinan tertinggi parti dengan YAB Perdana Menterti yang juga selaku Presiden Umno, bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama berkaitan umat Islam dan bangsa Melayu. ..
PAS mahu 'dengar tawaran Umno'
Jul 21, 08 2:42pm
PAS bertemu perdana menteri sejurus selepas pilihanraya umum Mac lalu "untuk mendengar apa tawaran pemimpin BN", kata ahli parlimen Shah Alam, Abd Khalid Samad yang turut serta dalam pertemuan awal tersebut.Pertemuan itu juga untuk melengah-lengahkan masa agar kerajaan Pakatan Rakyat dapat dibentuk dengan selamat di Selangor susulan masalah yang dihadapi oleh gabungan pembangkang ketika itu, lapor laman web rasmi Siasah."Kerana itu, ketika kami berunding dan mendengar apa yang dikehendaki dan ditawarkan oleh Pak Lah, Tan Sri Khalid (Ibrahim) selamat mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor selepas PAS mengeluarkan surat sokongan lepada dia," kata Abd Khalid kepada akhbar mingguan itu (www.siasahdaily.blogspot.com). Presiden PAS lewat malam ini tadi mendedahkan pertemuan pertama itu diketuai timbalan presiden Nasharudin Mat Isa dan pengarah pilihanraya Datuk Mustafa Ali, selain ahli parlimen dari Selangor tersebut.Pada asalnya, kata Khalid, Abdul Hadi sendiri berniat mengetuai delegasi itu tetapi mesyuarat kemudiannya memutuskan ahli parlimen Marang itu diwakili oleh Mustafa, yang juga pesuruhjaya PAS Terengganu.Abd Khalid mendedahkan, nama exco hal-ehwal agama Selangor dan juga pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Hassan Ali tidak disenaraikan untuk ikut serta demi mengelak "pertembungan kepentingan."Abd Khalid sebelum ini pernah mendedahkan, sejurus selepas keputusan Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, Dr Hassan pernah mengadakan rundingan bekas menteri besar Datuk Seri Dr Khir Toyo."Kerana itu, saya dimasukkan untuk menggantikan Dr Hassan untuk mengelakkan bertembung kepentingan berlaku," Abd Khalid, yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Selangor, dipetik sebagai berkata.Pada peringkat awalnya, lapor akhbar itu lagi, beliau tidak bersetuju dengan pertemuan itu tetapi selepas perbincangan, wakil-wakil PAS bersetuju bertemu dengan pemimpin BN di sebuah rumah kerajaan berhampiran bangunan Parlimen."Yang pasti tidak ada langsung dalam perbincangan sesama pimpinan PAS, pergi jumpa dengan pimpinan Umno ini untuk bekerjama dengan mereka. Yang ada untuk memenuhi janji dan mendengar apa mereka nak tawarkan."Jadi kami dengar dan kata ya ya… tetapi kami tak boleh buat keputusan, kena bawa kepada parti dahulu," jelas Khalid lagi. Mengulas sebab jemputan itu dibuat oleh Umno, Abd Khalid berkata, ia bermula dengan kerisauan Umno akibat kemenangan besar DAP di Selangor dan hubungannya dengan nasib orang Melayu.
Namun, kata Abd Khalid lagi, keikhlasan perdana menteri untuk membincangkan kepentingan Melayu dan Islam "hancur" selepas mengumumkan tentang pertemuan ini semalam.[Laporan penuh menyusul]
1. DAPAT JAWATAN
2. DAPAT PANGKAT
3.TIDAK DIPINGGIRKAN SEPERTI DALAM PAKATAN RAKYAT
4.DAPAT BANYAK JAWATAN MENTERI
5.BOLEH DAPAT KUASA
6.BOLEH LAKSANAKAN UNDANG-UNDANG ISLAM
Para penyokong PAS diminta memberi pandangan tentang pertemuan ini dan rasionalnya.PANDANGAN DALAM BENTUK ILMIAH DAN BUKAN MAKI HAMUN.KOMEN ANDA BERHAK DI BUANG ...ahli PAS sepatutnya mengutuk pertemuan ini.Jika PKR bertemu,atau DAP bertemu sudah tentulah berbagai dakwaan di dalam ceramah-ceramah...tetapi bagaimana pula jika PAS sendiri bertemu.APA PULA PANDANGAN DAP?????BAGAIMANA JIKA DAP BERTEMU MCA DAN GERAKAN????DEMI KEPENTINGAN CINA?TAK ADIL BUKAN...
Muzakarah hanya helah Umno selepas ditolak rakyat
KOTA BHARU, 21 Julai (Hrkh) � Dewan Pemuda PAS Kelantan menganggap isu muzakarah di antara pemimpin PAS
APA PUN HANYA NIK AZIZ YANG KU HORMATI.........