REALITINYA
TV3 DAN RTM RENDAHKAN INTELEK RAKYAT
Seramai 80 orang profesional muda Melayu yang menghadiri satu pertemuan dengan Pemuda UMNO Malaysia memberitahu rata-rata mereka lebih percaya pada media alternartif dari arus perdana.
Perjumpaan dengan golongan profesional muda Melayu yang masih menaruh harapan dan sayangkan UMNO itu berlangsung hampir lima jam dalam suasana hangat dalam kesejukan bilik mesyuarat tingkat 38 Menara Dato' Onn, pada malam Rabu.
Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Abdul Rahman Dahlan mempengerusikan perjumpaan tersebut yang turut disertai Exco Pemuda yang juga Pengerusi Biro Pendidikan Ahmad Ikmal Ismail, Exco Pemuda juga Timbalan Pengerusi Biro Pendidikan Harrison Hassan dan Setiausaha Kerja Pemuda Shahrul Zaman Datuk Yahya.
Para profesional muda Melayu yang menghadiri perjumpaan itu terdiri dari pelbagai bidang seperti peguam, pensyarah, doktor, pemegang jawatan penting dalam persatuan dan pertubuhan, wakil kelab UMNO luar negara dan kakitangan syarikat multinasional.
Agendadaily bertemu dengan Abdul Rahman bagi mendapatkan butiran berhubung perjumpaan tersebut.
Beliau menjelaskan langkah awal adalah bertemu dengan golongan profesional muda Melayu dan akan disusuli dengan perjumpaan dengan golongan peringkat lain pula.
Ianya adalah bertujuan bagi mendapatkan cadangan, pandangan dan maklum balas berhubung dakwaan golongan muda yang didakwa tidak memberi sokongan secara terbuka pada kerajaan memerintah dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.
Menurut Abdul Rahman, kehadiran mereka adalah kerana sayangkan UMNO, bukan datang untuk hentam UMNO membabi buta, bukan untuk kritikan bagi jatuhkan UMNO tetapi mereka sayang dan mahu sesuatu dilakukan untuk membina semula kekuatan UMNO.
Antara kesimpulan dari perjumpaan tersebut terdapat pandangan :
1 - meminta agar UMNO dikembali dan mendengar pandangan ahli-ahli UMNO
diperingkat akar umbi.
2 - UMNO tidak boleh terlalu elit hingga pemimpinnya tidak boleh
didekati dan dilihat pemimpin berada dikalangan mereka sahaja dan
orang di bawah hanya dikalangan mereka saja.
3 - Meminta supaya persengketaan antara pemimpin dihentikan segera.
4 - Mengurangkan program dan cakap-cakap retorik.
5 - Mereka tidak percaya pada media arus perdana, mereka
lebih mempercayai media alternatif.
6 - Minta UMNO menggunakan internet sebagai wadah baru untuk menyebarkan maklumat.
7 - Kurangkan birokrasi dalam UMNO yang menghalang golongan muda gagal
mendaftar diri sebagai ahli UMNO.
8 - Menganggap UMNO gagal dan telah kalah dalam perang siber.
Abdul Rahman memberitahu perkara tersebut telah dicatat dan akan diambil tindakan untuk dibawa dalam mesyuarat exco pemuda akan datang.
Sebagai langkah awal juga, Abdul Rahman akan membawa cadangan agar setiap orang calon yang akan bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia diwajibkan mempunyai laman web atau blog sendiri khusus untuk menjelaskan pada perwakilan pemuda tentang visi dan misi masing-masing.
UBAH DULU TV3 DAN RTM KEPADA PERDEBATAN YANG LEBIH TERBUKA.BUKAN JADIKAN SIARAN TV HENTAM PEMBANGKANG MEMBABI BUTA.AWAT INGAT RAKYAT BUTA KAYU KA...NI........20 TAHUN DULU MUNGKIN YA...TAPI SEKARANG TIDAK KOT....PION PEJABAT,KERANI PEJABAT,TUKANG GUNTING RAMBUT...LAGI CERDIK DARI PEMBACA BERITA DAN MENTERI PENERANGAN
"Mereka boleh berdiskusi dalam alam siber disamping menjelaskan segala persoalan yang ditimbulkan oleh perwakilan secara langsung dan tidak menyentuh peribadi calon lain," katanya.
Beliau juga akan membawa cadangan agar website Pemuda UMNO Malaysia diberi kebebasan untuk menemuramah pemimpin-pemimpin parti pembangkang seperti Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat atau lain-lain secara terbuka tanpa sekatan bagi mendengar pandangan mereka.
Katanya,"kita mahu menyelami dan mengulas segala tuduhan yang diperkatakan pada kita".
Berhubung dengan birokrasi dalam parti hingga menyebabkan golongan muda diketepikan untuk menjadi ahli UMNO, Abdul Rahman akan menyarankan agar ditubuhkan satu 'task force' untuk memastikan semua permohonan golongan profesional muda menjadi ahli UMNO diterima.
NAK DEKAT DENGAN UMNO KENA SEMBAH PECACAI DULU...PAS TU PECACAI PULAK TUNJUK MUKA SEMACAM..KONONNYA LEBIH BIJAK DAN TAHU SEGALANYA.PECACAI PULA SEKOLAH TAKAT PMR DAN SPM SAJA...TAPI LAGAK MACAM ADA Phd
"Kita akan cuba mengurangkan birokrasi ini dengan melihat permohonan ahli ke cawangan dan bahagian jika ditolak, kita akan wujudkan 'task force' di pejabat Pemuda UMNO untuk menerima keahlian secara automatic daripada atas sebab mereka kata ramai dikalangan muda ini dihalang dari menyertai UMNO", jelasnya.
AHLI UMNO YANG ADA TAKKAN NAK TERIMA YANG CERDIK DARI MEREKA KERANA TAKUT MEREKA JUGA DISINGKIRKAN.INILAH YANG TERJADI DI PERMATANG PAUH.YANG ADA TAK BERAPA CERDIK...SAMPAI LETAK CALON PUN ALAHAIIIII.
Beliau juga membayangkan bahawa satu perubahan akan dilakukan dalam Putera UMNO yang akan melibatkan perlaksanaan program dengan memberi contoh usaha memulihkan 'Mat Rempit' jika ianya tidak memberi kesan positif akan diubah pula ke arah memartabatkan golongan professional muda yang betul-betul boleh menyumbang kepada usaha memulihkan parti.
PATUT JADIKAN MAT-MAT REMPIT NI PENGGUNA JALANRAYA YANG BAIK.TETAPI GUNAKAN MAT REMPIT YANG TAK BERAPA CERDIK NI UNTUK KEPENTINGAN PEMIMPIN.BAWA MOTOSIKAL MACAM ORANG GILA SEMASA PILIHANRAYA.CAKAP TARAK SERUPA BIKIN..BIKIN TARAK SERUPA CAKAP
"Kita akan kaji semula program 'Mat Rempit' sekiranya tidak mendatangkan hasil, program yang terlalu 'grand' seperti terjun di Kutub Utara walaupun ianya merupakan satu usaha untuk menaikkan semangat tetapi golongan ini menganggap ianya adalah satu pembaziran,
kita akan bawa untuk dibincangkan dan dikaji semula," terang beliau.
Abdul Rahman juga diminta agar Pemuda UMNO membanyakkan program di peringkat akar umbi disamping menggesa agar biro-biro pemuda memberi pandangan dan mengkritik kerajaan terutama perkara-perkara yang menguntungkan orang Melayu harus dipertahankan.
"Bagi saya, sungguhpun kita berada di pihak kerajaan kita boleh memberi pandangan yang berbeza," tambahnya.
SELAGI TAK DITUKAR PEMIMPIN YANG ADA DARI AKAR UMBI SAMPAI KEPALA UMBI SAMPAI BILA PUN UMNO TAK AKAN MENANG
Abdul Rahman memberitahu pada golongan tersebut bahawa Pemuda UMNO akan cuba mendapatkan kumpulan exco yang paling mantap dengan cuba mengetengahkan calon-calon tertentu disamping memberi ruang pada ahli-ahli Pemuda menilai calon tersebut.
"Saya juga menjelaskan bahawa dalam politik memang ada idealisma yang bagus tetapi perlu ada 'reality check' kerana apa yang kita mahu itu bila turun ke bawah realitinya amat sukar," katanya.
Disamping itu, Abdul Rahman berkata, pemuda diminta mengadakan hubungan rapat dengan NGO, tidak memperlecehkan golongan muda dan menganggap laporan media arus perdana sering memutarbelitkan dan berubah-ubah mengikut keadaan.
TV3 DAN RTM MERENDAHKAN INTELEK RAKYAT
"Mereka juga tidak sukakan sangat pada cara Tun Dr. Mahathir tetapi melihat Tun sebagai orang yang boleh menyelesaikan masalah, disamping meminta Pemuda UMNO memperluaskan penyebaran maklumat melalui internet", Abdul Rahman berkata, terdapat permintaan agar Pemuda UMNO turun ke bawah dan melakukan perubahan.
BUKAN TIDAK SUKA SANGAT, TETAPI MEMANG TIDAK SUKA.KERANA MENUDUH DSAI MELIWAT.BAIK TUDUH SIMPAN PEREMPUAN KA,CURI DUIT KA,TERIMA KOMISYEN KA,............................
Katanya, "bagaiamanapun saya ingin jelaskan bahawa perubahan ini bukan sahaja pada pemimpin tetapi ianya juga perlu ada perubahan pada pengikut. Kalau pemimpin saja berubah sedangkan pengikut tidak berubah maka ianya tidak akan membawa kejayaan secara total.
"Contohnya, jika pemimpin turun ke bawah, pengikut di bawah sentiasa membebani pemimpin dengan pelbagai permintaan terutama projek sehingga ada yang menekan pemimpin jika tidak diberi projek maka tidak akan ada sokongan. Sekiranya pengikut mengambil kesempatan begini akhirnya agenda untuk memperkasakan parti tidak akan berlaku," jelasnya.
Soal muhasabah, Abdul Rahman berkata, "kita kena bermuhasabah diri di peringkat atasan hingga ke bawah kerana pemimpin serta pengikut di bawah perlu memikirkan bagaimana untuk memperkasakan orang Melayu."
Ditanya suasana selepas sebulan pilihan raya berlangsung, Abdul Rahman menyimpulkan bahawa memang ada kekeliruan, "sebulan kita alami truma kekalahan dibeberapa negeri, para pemimpin serta ahli-ahli di bawah masih terkial-kial mencari hala tuju parti, kita telah gagal untuk menunjukkan 'leadership'.
"MCA, Gerakan dan MIC sudah mula turun ke bawah tetapi kita masih lagi memikirkan siapa nak turun dan siapa nak naik, ini telah memakan banyak tenaga kita yang sepatutnya kita turun ke bawah untuk menerangkan bagaimana cara untuk memperkasakan semula parti. Kita kena bagi 'direction' dan hala tuju," tegasnya.
MCA DAN MIC TOLONG BANGSA DENGAN MENUBUHKAN KOLEJ-KOLEJ PROFESIONAL.MISALNYA KOLEJ UNIVERSITI PERUBATAN DI SUNGAI PETANI.MCA DENGAN TAR KOLEJ,MELAYU DENGAN ITM...TAPI HANCUS.....BERAPA KERAT SANGAT YANG KELUR JADI DOKTOR...TAPI TGK KAUM CINA DAN INDIA...DIMANA SILAPNYA UMNO.ANAK-ANAK ORANG KAMPUNG NAK BELAJAR KENA JUAL TANAH DAN PINJAM SANA SINI.UMNO BELA MACAMNANA????CUBA CARI SATU KAEDAH YANG LEBIH TELUS......PEMBANGKANG CADANG NAK BAGI PERCUMA...CUBA BAGI PEMBANGKANG PERINTAH...TGK PERCUMA KA TIDAK......MESTI BOLEH PUNYA....TAK BOLEH KITA TOLAK MEREKA
Ditanya tentang kegagalan Pemuda UMNO untuk membawa kejayaan pada Barisan Nasional dalam PRU12, Abdul Rahman dengan jelas berkata,"Ya,saya rasa kita gagal. Kita gagal, program kita tidak diterima, keris kita adalah perkara yang amat remeh kerana itu adalah budaya orang Melayu, ianya telah digunakan sebaik mungkin oleh pembangkang dan memanipulasikannya."
"Kita juga gagal menjelaskan ke akar umbi di bawah. Pemuda bukan sahaja akan buat muhasabah diri tetapi kita akan pastikan pembangkang yang menguasai negeri-negeri tersebut mengotai apa yang mereka janjikan, kita akan berada dalam keadaan 'check and balance'", kata Abdul Rahman.
Abdul Rahman yang juga memenangi kerusi Parlimen Kota Belud membangkitkan soal tidak konsisten pemimpin pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang dalam hal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Saya tidak mahu mengiktiraf kerajaan negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan kerana mereka menang dengan pengundi hantu. Saya nampak bas-bas bawa pengundi, adakah SPR telah dibeli oleh mereka dan sebab itulah mereka menang, kalau dulu mereka boleh tuduh SPR dan kerajaan BN memanipulasikan semua hal ehwal SPR, sekarang saya ingin tanya balik kepada mereka. Kalau mereka 'gentlemen', jawablah"
"Kenapa mereka harus hipokrit, sebelum pilihan raya, hari-hari hentam SPR tapi sekarang, sudah menang beberapa negeri, senyap pula, kenapa pula SPR dilihatkan sebagai pihak yang mendaulatkan mereka."
"Berdasarkan tuduhan sebelum ini, saya buat satu kesimpulan bahawa kerajaan Perak, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan adalah kerajaan tidak sah. Jika berdasarkan apa yang mereka kata sebelum ini bahawa SPR tidak telus, SPR dibeli, proses penipuan banyak berlaku,adakah proses yang memenangkan mereka hari ini sebagai satu proses yang tidak telus, penipuan telah berlaku, saya ingin pulangkan semula pada mereka". ujarnya.- 11/4/2008
NI BANG..NAK BAGI TAU..TAKKAN KALAH MELALUT PULAK...AMBOI..AMBOI ..AMBOI...