UNDI LAH PAKATAN HARAPAN
Norman Daud
Ilham centre menjangkakan PH akan ranap dilanda gelombang BN PAS esok.
Saya tak terkejut pun.. saya dah banyak kali cakap naratif "Tolak DAP" terlalu efisen dalam mempengaruhi undi Melayu terutama golongan muda.
Naratif DAP menguasai kerajaan ini memang akan menakutkan bagi sesiapa yang tidak melihat dengan mata burung dan memilih melihat dari bawah tempurung.
Contoh mudah, naratif macam dalam gambar tu.
Mereka membuat infograik yang melihatkan betapa DAP lebih banyak kerusi berbanding PKR dan Amanah dalam PH.
Kalau lihat dengan mata kasar.. memang akan nampak.. uiii bahaya ni.. DAP menguasai PH.
Tapi realitinya, DAP cuma bertanding 55 kerusi parlimen tapi mereka menang 40 kerusi dari 55 kerusi parlimen tu.
DAP juga hanya bertanding di kawasan yang memang ada ramai Pengundi cina aka kawasan bandar lah.
PKR dan Amanah bertanding 127 kerusi campuran dan majoriti melayu tapi hanya menang 39 kerusi parlimen sahaja.
Jadi siapa yang sebenarnya lebih mendapat kerusi bertanding? PKR dan Amanah lah.
Tapi disebabkan Amanah dan PKR bukanlah parti melayu terbesar maka mereka kalah pada UMNO dan PN dikebanyakkan parlimen majoriti melayu.
DAP pula sebaliknya, MCA ,MIC dan GERAKAN tak mampu langsung nak menggugat pengaruh DAP walaupun 3 parti itu bergabung sekalipun.ini menjadikan DAP unggul di kawasan mereka.
Sebab itu, apabila orang melihat jumlah kerusi yang dimenangi DAP tanpa melihat jumlah kerusi yang ditandingi serta demografi kawasan tersebut, mereka mudah terpengaruh dengan naratif bahawa DAP menguasai PH.
Hakikatnya, angka itu lebih mencerminkan kadar kemenangan yang tinggi di kawasan sasaran mereka, bukannya kerana DAP bertanding paling banyak kerusi atau menguasai gabungan tersebut.
Apa pun Ramalan tetap ramalan.
Ia boleh digunakan sebagai satu indikator tapi pertarungan dilapangan mempunyai banyak faktor lain yang akan mempengaruhi undi
Saya menjangkakan PRN Negeri sembilan ini akan sengit 50-50.
Keputusan PRN ini juga akan menjadi satu pentunjuk setakat mana pengundi melayu meletakkan integriti dan prestasi sebagai keutamaan berbanding naratif perkauman.
Semoga pengundi di Negeri Sembilan akan membuat satu keputusan yang bijak esok.
Undilah Pakatan Hafapan.
KES SAMAN FITNAH TERHADAP KP BENGGONG DAH BERJALAN.KIOK..
Prosiding saman fitnah yang saya failkan terhadap defendan, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, akhirnya bermula semalam di Mahkamah Tinggi Melaka.
Perbicaraan ini dipengerusikan oleh Yang Arif Tuan Isa Aziz Ibrahim.
Datuk Sankara Nair dan pasukan peguamnya mewakili saya dalam prosiding saman ini.
Kami telah memanggil Encik Vinod Gangatharan, Penolong Editor Kanan Malaysiakini, dan Tuan Haji Khalid Abdul Samad, mantan Menteri Wilayah Persekutuan dan mantan Ahli Parlimen Shah Alam, sebagai saksi saya.
Saya amat menghargai kesudian Khalid Samad datang dari Port Dickson untuk memberi keterangan di mahkamah.
Dalam keterangannya, beliau menyatakan bahawa pandangan saya mengenai cadangan pelaksanaan mewajibkan sijil halal bagi restoran yang tidak menghidangkan babi dan alkohol adalah tanggungjawab saya sebagai Ahli Parlimen untuk menyuarakan kebimbangan rakyat.
Selepas itu, saya diperiksa balas ("cross-examined") oleh peguam pihak defendan.
Saya amat berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan daripada DAP Melaka, seperti YB Khoo Poay Tiong (邱培栋) (Ahli Parlimen Kota Melaka), YB Kerk Chee Yee 郭子毅 (ADUN Ayer Keroh), YB Allex Seah谢守钦 (ADUN Kesidang), YB Low Chee Leong 劉誌俍 (ADUN Kota Laksamana) dan YB Leng Chau Yen 林朝雁 (ADUN Bandar Hilir), terutamanya YB Khoo Poay Tiong dan YB Allex Seah yang setia berada di mahkamah sehingga perbicaraan tamat.
Hari ini, pemeriksaan balas oleh peguam Akmal Saleh terhadap saya akan diteruskan. Selepas itu, sampainya giliran Akmal Saleh untuk memberi keterangan di mahkamah.
Sekiranya anda ingin baca latar belakang kes ini, kenyataan akhbar asal saya berkenaan pensijilan halal terhadap semua kedai makanan yang tidak menghidangkan daging babi dan alkohol yang menjadi pencetus kepada kontroversi ini:
1. Artikel asal: https://teresakok.my/?p=26500
2. Artikel penjelasan: https://teresakok.my/?p=26492
3. Artikel berkaitan: https://teresakok.my/?p=26520
#teresakok
#PensijilanHalal
TU DIA NOHHH....
'
Man Slow
Dengaq meja sebelah la kata""..
"Pala bapak hang! "!! Tak Tau la kata kat sapa?..kat orang lain la kot? Mcm kedah nak pilihanraya? Hang Sabaq la.. bg negeri sembilan dulu..
CAKAP SEMBANG A LA....DI KEDAH APA YANG BEEJAYA TAK TAU.
AMARAN BERBENTUK 'PLAYSAFE', DAKWA TAKUT BAYANG-BAYANG SENDIRI - SANUSI
Oleh: Roslinda Hashim
ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menyifatkan reaksi beberapa pemimpin terhadap ucapan ceramahnya yang disalah tafsir sebagai berbaur perkauman berpunca daripada sikap 'takut kepada bayang-bayang sendiri'.
Beliau berkata, ada pihak yang dilihat terlalu berhati-hati atau ‘playsafe’ sehingga memberi peringatan kepadanya supaya tidak lagi menjejakkan kaki ke Negeri Sembilan sebagai usaha terdesak untuk mengambil hati pihak tertentu.
"Saya tak ada sentuh mereka (pemimpin BN). Mungkin dia (Ahmad Zahid) takut pada bayang-bayang dia. Mungkin dia takut orang marah kepada dia nanti. Dia pun main dua kolam.
"Dia warning (beri amaran) saya untuk ambil hati pihak tertentu. Adalah seorang dua lagi menteri yang playsafe macam dia juga," katanya, ketika bersiaran secara langsung dalam Podcast bersama MB Kedah di portal Kedah Online, hari ini.
Pada 25 Julai lalu, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, adalah lebih baik Sanusi menumpukan perhatian kepada negeri pentadbirannya di Kedah daripada datang berkempen di Negeri Sembilan.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata, gaya ucapan pemimpin PAS itu mungkin hanya sesuai di Kedah, namun tidak semestinya diterima di Negeri Sembilan.
Ahmad Zahid ketika itu mengulas ucapan Sanusi ketika berkempen di Jempol yang dilaporkan menyebut, “Melayu tak ada dah tanah. Melayu ada Tanah Melayu ini saja. Orang India ada India. Orang Cina ada China. Orang Kemboja ada Kemboja. Orang Siam ada Thailand. Melayu di mana? Melayu di sini saja.”
Menurut Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), beliau hanya sekali menghadiri program kempen PRN di Negeri Sembilan dan tidak mempunyai masa untuk terus berada di negeri itu.
"Ada orang suruh kita balik sibukkan diri di Kedah. Tak payah datang ke Negeri Sembilan. Saya pun tak pergi dah ke Negeri Sembilan, sebab hanya sekali program pada 23 haribulan. Tak ada masa nak pergi lagi.
"Saya memang ada satu sahaja program di sana. Tak payahlah beritahu saya macam itu," katanya.
Mengulas lanjut, beliau menyifatkan sikap terlalu berhati-hati dalam memperjuangkan sesuatu perkara seperti itu hanya akan meninggalkan catatan sejarah yang akan dinilai generasi akan datang.
"Dia tengoklah bangsa ini kalau asyik playsafe seperti itu, sejarah dia nak pergi ke mana. Orang akan tulis semua itu. Semuanya akan menjadi sejarah yang dicatat dengan tinta.
"Kalau bangsa ini berjaya, kita tengok sama ada ditulis dengan tinta darah atau emas. Semua ini akan jadi sejarah. Orang akan ingat, malah rakaman lama pun boleh keluar semula," katanya.
https://www.kedahonline.com/2026/07/amaran-berbentuk-playsafe-dakwa-takut.html
HADI DENGAR NI
Alhamdulillah. Update Kalendar Fitnah PAS 2026.
FITNAH PARTI JALANG.
Alhamdulillah.
Update Kalendar Fitnah PAS 2026.
Untuk bulan Julai kita sudah ada pemenangnya.
Sesungguhnya PAS dan fitnah berpisah tiada.
Kerana Nabi sudah menjanjikan, fitnah akhir zaman akan keluar dari mulut ulamak jahat.
"Tidak masuk syurga orang yang memfitnah"
- HR Muslim.
Kita tunggu untuk Ogos pula ~
:)
RAKYAT PERSOAL BAB TABUNG HAJI KENA SAKAW...KO CITA IMEJ ISLAM NAK DIJATUHKAN.....APA PUNYA ORESIDEN.
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata isu berkaitan Tabung Haji (TH) digunakan sebagai satu agenda tersirat oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan imej Islam.
Menurut laporan itu, kenyataan tersebut dibuat ketika beliau berdialog bersama warga Malaysia di sebuah hotel di London, seperti yang dipetik daripada Harakahdaily.
Hadi mendakwa serangan terhadap Tabung Haji banyak dilakukan melalui media dan bukannya melalui proses mahkamah, sekali gus menyebabkan persepsi negatif terhadap institusi berkenaan.
Beliau berpandangan media telah dijadikan "hakim" dalam isu tersebut, sedangkan perkara itu sepatutnya ditentukan melalui proses undang-undang yang sewajarnya.
Dalam kenyataannya, beliau turut mendakwa terdapat agenda tersirat untuk merendahkan imej Islam dengan membesarkan isu yang melibatkan Tabung Haji.
Pada masa yang sama, Hadi berkata PAS tidak pernah menyokong sebarang bentuk penyelewengan sekiranya benar berlaku dalam pengurusan Tabung Haji.
Beliau menjelaskan bahawa parti itu tetap menentang penyelewengan, namun berpendapat kesalahan individu atau pengurusan tidak seharusnya dikaitkan dengan imej Islam secara keseluruhan.
Hadi juga mendakwa terdapat pihak tertentu, khususnya bukan Islam, yang mempunyai agenda untuk menggunakan isu Tabung Haji bagi merendahkan imej Islam.
Laporan itu turut mengingatkan bahawa beberapa minggu sebelum kenyataan tersebut, pada 10 Disember 2018, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa, mendedahkan Tabung Haji mengalami defisit sebanyak RM4.1 bilion, selain menyatakan hibah sejak 2014 dibayar menggunakan wang pendeposit dan bukan keuntungan.
Keseluruhannya, laporan Malaysiakini yang diterbitkan pada 27 Disember 2018 itu merakamkan pendirian Abdul Hadi Awang terhadap kontroversi Tabung Haji pada ketika itu.
Nota: Artikel ini adalah olahan semula berdasarkan laporan Malaysiakini yang diterbitkan pada 27 Disember 2018, jam 4.43 petang.
𝗥𝗖𝗜 𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗝𝗜: 𝟭𝟬 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗟𝗔𝗟𝗨, 𝟱 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗠𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗗𝗘𝗣𝗔𝗡 𝗥𝗜𝗦𝗜𝗞𝗢
𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔
𝟯𝟭 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲
𝗥𝗖𝗜 𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗝𝗜:
𝟭𝟬 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗟𝗔𝗟𝗨, 𝟱 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗠𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗗𝗘𝗣𝗔𝗡 𝗥𝗜𝗦𝗜𝗞𝗢
Pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji telah mengembalikan perhatian orang ramai kepada pelbagai isu yang berlaku di Tabung Haji sejak 2014 lagi.
Kes Tabung Haji adalah sesuatu yang peribadi kepada saya kerana saya adalah ahli politik yang pertama yang mendedahkan kedudukan rizab Tabung Haji yang negatif bermula dari tahun kewangan 2015.
Saya bawa perkara ini ke parlimen seawal Mac 2016, diikuti dengan 34 pendedahan lain di antara 2016 ke 2018 mengenai salah laku, pelaburan yang lesap dan keterlibatan Tabung Haji dalam skandal 1MDB sepanjang pentadbiran Dato’ Seri Najib Razak dahulu.
Saya telah ditangkap, didakwa dan hampir dipenjarakan. Selama sedekad saya menjadi bahan fitnah kononnya saya menghasut orang Islam untuk memusnahkan Tabung Haji.
Hasil dari pendedahan-pendedahan ini juga telah menjadi modal politik kepada PKR dan Pakatan Harapan selama sedekad.
Malah, isu laporan RCI Tabung Haji kali ini pun timbul akibat dari ucapan-ucapan saya di PRN Johor sebulan lalu yang mengkritik kompromi politik Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan UMNO, sehingga laporan RCI itu diperam selama lebih tiga tahun.
Apa pun, saya bersyukur laporan ini telah didedahkan untuk memberi peluang kepada orang ramai membaca dan menilai sendiri, selain dari membersihkan nama saya dari fitnah lawan politik terhadap saya mengenai Tabung Haji.
Laporan yang panjang itu mengesahkan 5 perkara pokok:
i. Pelbagai transaksi yang mencurigakan dan yang menyembunyikan maklumat telah berlaku sehingga menyebabkan kerugian berbilion ringgit;
ii. Rizab Tabung Haji telah menjadi negatif sejak dari tahun kewangan 2015 dan memuncak dalam tahun kewangan 2017, sehingga memaksa kerajaan PH ketika itu di bawah pentadbiran Tun Mahathir Mohamad meluluskan satu ‘bail-out’ bernilai RM19.9 bilion (nilai akhir sekitar RM27.8 bilion pada tarikh matang pada keuntungan 4.05% ke 4.10% setahun);
iii. Hibah (atau keuntungan) tetap diagihkan kepada pendeposit antara tahun 2014 hingga 2017 walaupun rizab Tabung Haji telah menjadi negatif demi populariti politik UMNO/BN, yang menjadikan Tabung Haji beroperasi sebagai skim cepat kaya (menggunakan simpanan pendeposit baru untuk dipusing modal membayar dividen kepada pendeposit lain);
iv. Tabung Haji telah mencipta peraturan perakaunan dalaman untuk membolehkan hibah dibayar semasa rizab negatif, walaupun itu bertentangan dengan akta dan peraturan-peraturan pelaporan kewangan Malaysia dan antarabangsa; dan
v. ‘Bail out’ Tabung Haji berjumlah RM27.8 bilion (pada nilai akhir semasa matang) melalui UJSB hanyalah satu tindakan sementara yang bergantung kepada kemampuan Kerajaan Persekutuan melunaskan komitmen ‘bail out’ itu pada tarikh matang.
Saya bersetuju dengan hampir semua saranan-saranan yang dibuat ahli-ahli RCI. Ini termasuklah:
a) Semua Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji dan anak-anak syarikat Tabung Haji, pegawai-pegawai kanan yang membuat keputusan perlu dipertanggungjawabkan;
b) Siasatan perakaunan forensik perlu dibuat bersama-sama dengan siasatan jenayah oleh SPRM, SC, PDRM, BNM dan mana-mana agensi penguatkuasaan dan penyelia; dan
c) Kerajaan perlu memutuskan dengan telus dan berterus terang mengenai model pembiayaan haji untuk memastikan beban subsidi haji tidak terus meningkat hingga mengancam kelangsungan Tabung Haji.
Malah, ada beberapa perkara yang saya rasa tindakan yang perlu dibuat itu mesti lebih keras.
Contohnya, Malaysia perlu mengkanunkan secara undang-undang satu bentuk kesalahan kepada pembuat keputusan (baik menteri, pegawai-pegawai kanan kerajaan, ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan) apabila berlaku penyelewengan di bawah seliaan mereka, walaupun mereka mengaku tidak mendapat laba dari penyelewengan itu.
Ini adalah kenyataan pertama dari saya dan BERSAMA mengenai RCI Tabung Haji.
Dalam minggu-minggu akan datang, saya akan membentangkan analisis dan pendedahan mengenai banyak lagi perkara-perkara yang disentuh di dalam laporan RCI ini.
Harapan saya supaya orang ramai dapat mengetahui kedudukan sebenar Tabung Haji yang sebenarnya masih terdedah kepada risiko kelangsungan, walaupun Dato’ Seri Anwar Ibrahim mendabik dada kononnya laporan RCI hanya didedahkan kini (setelah diperam selama 3 tahun) kerana pentadbirannya telah berjaya memulihkan Tabung Haji.
Saya juga akan mengupas laporan RCI ini secara terperinci dalam Podcast YBM Episod 57 malam ini, jam 9 malam.
𝟯𝟭 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲
Bagi pihak 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔
𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜
ISU PERAM .PEGUAM MOHON MAAF.
Iswardy Morni
EDISI KANTOI : Akhirnya lawyer Faizal Rahman mohon maaf kepada Anwar Ibrahim . Nak tau sebab apa? Baca tulisan beliau. Sebab tu Faizal lain kali baca fakta betul2. Harap ceplos tembak Faizal pasal isu ni.
#janganjadipembaris
Mengambil iktibar dari LOD yang diterima Tuan Ibrahim Tuan Man daripada Anwar Ibrahim, maka pada hari Jumaat penghulu segala hari ini, saya dengan rendah diri menyusun 10 jari mengemukakan NOTIS PERMOHONAN MAAF ini kepada semua rakyat Malaysia khususnya penyokong-penyokong PKR/PH berhubung kenyataan-kenyataan saya sebelum ini di media sosial; secara khusus berkenaan kenyataan saya “Laporan RCI Tabung Haji telah diperam selama Tiga (3) tahun”.
Saya mengambil masa untuk meneliti hal tersebut & saya sedar bahawa Laporan RCI itu BUKAN DIPERAM selama 3 TAHUN, tetapi rupa-rupanya ia DIPERAM SELAMA EMPAT (4) TAHUN!
Laporan RCI itu (sebenarnya) telah disempurnakan pada 19 Julai 2022 & dipersembahkan kepada Baginda YDPA pada 30 Ogos 2022.
Sekali lagi saya ulangi & perbetulkan kenyataan saya sebelum-sebelum ini seperti berikut: LAPORAN RCI TH TIDAK DIPERAM SELAMA TIGA (3) TAHUN, TETAPI TELAH DIPERAM SELAMA EMPAT (4) TAHUN!!!!
Ya, EMPAT (4) TAHUN.
DIPERAM SELAMA EMPAT(4) TAHUN.
Di sini saya ingin menyatakan kekesalan & memohon kemaafan di atas kekhilafan saya tersebut yang mana saya hanya sedar akan kekhilafan itu setelah saya meneliti Laporan penuh RCI Tabung Haji tersebut.
Sekian,
Terima kasih.
Faizal Rahman
31 Julai 2026
Si Eric See-To - Lim Sian See yang kata Lim guan eng adalah penyelamat TH tempoh hari
Norman Daud
Si Eric See-To - Lim Sian See yang kata Lim guan eng adalah penyelamat TH tempoh hari
Saya tidak bersetuju kenyataan itu.
Yang berusaha menyelamatkan TH dari terus menangung kerugian adalah Dr Mujahid Yusof Rawa menteri Agama pada ketika itu bersama sama kaki tangan TH itu sendiri.
Ya.. lim guam eng adalah menteri kewangan ketika itu dan beliau hanya meluluskan penerbitan sukuk bagi mem bail out aset bermasalah TH hanya setelah mendapat green light oleh jemaah menteri.
Itu satu hal yang kita juga kena perbetulkan.. selagi tak betulkan naratif tu selagi tu lah naratif jual aset ke cina akan dimainkan oleh lawan.
Kenyataan pengerusi TH malam tadi juga agak mengelirukan. Penggunaan frasa "jual" agak kurang sesuai dan boleh menimbul salah faham dikalangan rakyat.
Seperti yang tertulis didalam laporan RCI TH, nilai aset TH pada masa itu kurang berbanding liabiliti sekaligus menyebabkan TH tidak layak memberi hibah kepada pendeposit.
Bagi memastikan TH terus berfungsi sebagaimana sepatutnya, kerajaan telah mewujudkan satu Syarikat SPV bagi memindahkan aset aset bermasalah itu supaya penyata kewangan TH kembali mencatatkan keuntungan sekaligus melayakkan TH membayar hibah.
Nilai Kos Asal Aset TH ketima itu diantara RM19.90 bilion. Sebelum pemindahan aset itu dilakukan Nilai Pasaran Sebenar Aset Hanya RM9.73 bilion.
Jadi Jumlah Rosot Nilai / Kerugian adalah RM10.17 bilion.
Jika Kerajaan/SPV mengambil alih aset mengikut nilai pasaran (RM9.73 bilion), TH terpaksa mengiktiraf kerugian tunai/impairment loss RM10.2 bilion pada tahun 2018. Sekaligus menyaksikan TH gagal untuk membayar hibah tahun itu.
Melalui SPV, Kerajaan membeli aset tersebut pada harga nilai buku penuh RM19.9 bilion (dengan menyerap/menanggung premium RM10.2 bilion menerusi terbitan Sukuk Kerajaan). Langkah ini "menutup" jurang defisit tersebut dan menyelamatkan imbangan duga TH.
Bahasa mudahnya.. kerajaan beli aset TH yang bermasalah itu dengan harga mahal, lebih tinggi dari nilai semasa supaya TH untung.
Ya, secara undang-undang dan perakaunan (juridikal), transaksi tersebut diklasifikasikan sebagai penjualan/pindahan aset. Namun, dari sudut matlamat kewangan, ia adalah langkah penstrukturan semula dan penyelamatan (bailout).
Walaupun secara mekanismenya ia adalah penjualan, ia bukannya penjualan biasa di pasaran terbuka (open market sale), tetapi pindahan khas kepada SPV milik Kerajaan. Maknanya aset aset itu menjadi milik kerajaan. Perlu difahami, untuk mengambil alih aset aset ni, kerajaan terpaksa menerbitkan sukuk.. maknanya kerajaan terpaksa berhutang
Dalam perjanjian tersebut, TH juga diberi hak keutamaan untuk membeli balik mana-mana aset tersebut daripada UJSB sekiranya UJSB mahu melupuskannya pada masa hadapan.
Walaubagaimanapun, selepas DS Anwar Ibrahim mengambil alih pemerintah, kerajaan telah diarahkan untuk memulangkan semula semua aset TH haji secara berperingkat.
Pada si eric..
Tak perlulah jadi batu api dalam isu ini. Ini isu tabungan umat islam. Kami umat islam mahu menyelamatkan tabungan itu dari terus dirosakkan oleh tangan tangan jahat. Jangan kamu heret isu ini untuk agenda politik kamu.
Lagi pun.. kamu masih tak jawab soalan saya dulu. Saya suruh kamu terangkan bagaimana FGV ciptaan Bos kamu boleh merosakkan TH dan Felda.
Apa alasan kamu pasal tu.. kamu jawab dulu soalan tu dari kamu terus berlagak konon kamu lah pembela institusi Islam dan melayu.
UNTUK SELAMATKAN SENARAIAN FGV DI BSKL, MAKA GUNA DUIT TABUNG HAJI.
Jamzuri Ardani
Setelah mentelaah RCI dengan lebih lanjut pagi ni, apa yang saya boleh rumuskan punca masalah TH adalah dari pelaburan bermasalah dalam syarikat syarikat yang dalam gambar dibawah.
Yang paling menarik minat saya adalah pembelian saham IPO FGV yang menjadi paku besar yang merosakkan lembaran imbangan (balance sheet) TH.
TH telah membeli saham FGV pada harga kemuncak (RM4.55–RM5.01) membabitkan dana RM1.3 bilion.
Apabila harga saham FGV jatuh melebihi 80%, TH tidak boleh atau tidak berani menjualnya (cut loss) kerana kerugian tidak nyata (unrealised loss) mencecah RM1 bilion.
Kerugian yang sangat besar daripada pelaburan seperti FGV ini menyebabkan TH tertekan. Demi mengekalkan bayaran hibah/dividen yang tinggi kepada pendeposit, mereka mula menggunakan kaedah "creative accounting" untuk mengelakkan ianya dihidu umum.
Felda juga mengalami kejatuhan dan kerugian hampir RM4.9bilion apabila FGV disenaraikan dibursa saham.
Pada tahun 2011 Felda berada dalam kedudukan kewangan yang sangat kukuh dengan simpanan tunai bernilai RM2.5 bilion dan hampir tiada hutang.
Selepas Penyenaraian FGV 2018..Kedudukan kewangan Felda terbalik sepenuhnya apabila merekodkan hutang gergasi sebanyak RM10.7 bilion, manakala simpanan tunai merosot tajam kepada hanya sekitar RM400 juta.
Saya menyokong saranan RCI supaya siasatan audit forensik dilakukan ke atas semua pelaburan TH yang dinamakan dalam RCI tersebut.
Distulah punca kerugian TH.. dan saya yakin disitu jugalah siasatan akan menemui lembaga hitam yang menyorok dibelakangnya.
Terima kasih UJSB dan DR Mujahid kerana sempat menyelamatkan TH dari terus rosak.
Wallahualam.
LEBAI MANA CERDIK
Jamzuri Ardani
Pak Lebai ni masih gigih pertahankan hujah kata TH jual aset walaupun RCI TH kata ianya adalah penstrukturan yang menguntungkan TH.
Dia gini. Hang beli kereta. Tapi hang tak reti jaga kereta. Orang lain pakai kereta 3 tahun elok lagi, kereta hang pakai 3 tahun asyik masuk bengkel. Kos repair dah tak mampu nak tanggung. Hutang bank ada lagi RM50 ribu. Nak jual pun tak dak sapa nak beli.
Bapak hang kesian tengok hang. Dia sanggup beli kereta hang RM50 ribu, bagi hang setel hutang bank. Lepas tu dia kata dia akan overhaul dan uplift kereta hang, cat baru, buat balik interior ... semua bagi tip top. Bila kereta dah tip top sampai nilai dia naik jadi RM50 balik, pastu dia jual balik kat hang tanpa ambik untung.
Hang rasa bapak hang tu tipu ka???
HU HU. MANA HILANG
Muklic Eddie
RCI Tabung Haji dah keluar. Tiba² semua yang dulu paling kuat menjerit hidup melayu islam terus senyap..... Rindunyaaa nak dengar suara pidah 🤣
PATUT LAH PARTI JALANG NI MACAM MACAM
Dulu dulu Pas ditubohkan untuk lawan UMNO, sebab UMNO assobiah, sekular, junjung Perlembagaan penjajah, tolak undang undang Syariah.
Pas pernah bersama Dap untuk lawan UMNO. Siapa saja yang lawan UMNO adalah kawan Pas, siapa saja yang bersama UMNO adalah musuh Pas... Itulah lebih 60 tahun perjuangan Pas menentang UMNO.
Alhamdulillah.... akhirnya Pas menemui illah untuk bersama UMNO dan UMNO gembira menerima Pas, dari musuh menjadi kawan..... Hebat Dap dapat menyatukan UMNO Pas.
SAHIH AKAN ADA WALAUN OUJI..BERJIWA BESAR..KAKI FITNAH BETUL.
Ahmad Hussiein
Lepas ni jika YB Ibrahim ini siar permohonan maaf memfitnah PM Anwar Ibrahim, maka confirm ada si 'Mamak PAS' puji melambung Lebai Ibrahim sebagai berjiwa besar.
Ya, sepertimana Nik Zawawi itu hari dipuji melambung setelah kantoi reka cerita memfitnah Saidina Ali RA.
Betapa Tolol puak Wala'un hingga dah tak reti bezakan antara jiwa kotor dengan jiwa besar.
Wala'un adalah kelompok manusia paling buta perut buta kayu yang wujud di zaman ini.
APA BARANG MINTA MAAF..PARTI JALANG CAKAP PUN SUPA ORANG TAK ADA AGAMA....SAMAN JA. NANTI KUTIP DUIT. TAK KAN TIMBALAN 2 JUTA TAK LEH KUTIP..10 JUTA PUN WALAUN SANGGUP JIHAD.
Anwar Beri Tempoh 48 Jam Kepada Tuan Ibrahim Untuk Mohon Maaf
1. Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi tempoh 48 jam kepada Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man untuk memohon maaf secara terbuka tanpa syarat dan menarik balik kenyataannya.
2. Tuntutan ini dibuat melalui surat peguam Anwar, SN Nair, berikutan satu ucapan Tuan Ibrahim pada ceramah PAS di Felda Jenderak Utara, Kuala Krau pada 14 Jun yang kemudian dimuat naik di Facebook dan YouTube.
3. Tuan Ibrahim mendakwa Anwar mencampuri urusan siasatan polis terhadap pengkritik menteri serta campur tangan dalam pemilihan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
4. Tuan Ibrahim turut membuat dakwaan berkaitan penyelewengan, rasuah, dan salah guna kuasa terhadap Anwar dan pentadbirannya tanpa mengemukakan sebarang bukti sokongan.
5. Anwar menafikan sekeras-kerasnya kesemua tuduhan tersebut dan menuntut agar hantaran di media sosial dipadamkan serta jaminan bertulis diberikan untuk tidak mengulangi dakwaan berkenaan.
6. Anwar juga menuntut ganti rugi serta kos guaman, dan akan memfailkan saman fitnah terhadap Tuan Ibrahim sekiranya beliau gagal mematuhi segala arahan dalam tempoh yang ditetapkan.
#anwaribrahim #tuanibrahimtuanman
KENAPA RCI HANYA SETAKAT 2018 SAJA.MASA PARTI JALANG JADI KERAJAAN BAGAIMANA.?
Mengapa RCI TH hanya setakat tahun 2018?????
Kami nak RCI untuk tahun 2018 - 2022
Tuan tuan yamelia: RCI TH tu dibuat zaman Umno, Bersatu dan Pas (baca BN dan PN) jadi Kerajaan, PMX hanya umum jah.
WOIII...BAHASA MELAYU TAK UTAMAKAN KAH ?
Parti jalang kalau buat apa pun WALAUN SOKONG ja.
Bila PH buat, walaun kondem kata korang nk prn kat Malaysia atau China. Xtau letak bahasa melayu?
Sekarang mai kita tunggu dalil walaun pula.
KITA TUNGGU DAN LIHAT
Che Ibrahim Mohamed
Setelah RCI didedahkan, kita tunggu tindakan pihak berkuasa terutama SPRM atau Polis jika ada elemen jenayah dalam laporan tersebut.
Darjah Kebesaran Dikurnia Kepada Rais Yatim Ditarik Balik

Kerajaan Negeri Sembilan menarik balik dua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Tan Sri Dr. Mohd. Rais Yatim berkuat kuasa serta-merta pada 30 Julai 2026.
SEREMBAN, 30 Jul – Kerajaan Negeri Sembilan menarik balik dua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Tan Sri Dr. Mohd. Rais Yatim berkuat kuasa serta-merta.
Pendaftar Darjah merangkap Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Zafir Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat atas titah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Menurut beliau, penarikan tersebut melibatkan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (S.P.N.S) yang dikurniakan pada 2001 serta Darjah Dato’ Setia Negeri Sembilan (D.S.N.S) yang diterima pada 1979.
“Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah menitahkan penarikan balik kurniaan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (S.P.N.S) (2001) dan Darjah Dato’ Setia Negeri Sembilan (D.S.N.S) (1979) kepada Tan Sri Dr. Mohd. Rais Yatim, berkuat kuasa serta-merta.
“Keputusan ini dibuat bagi memelihara kebesaran, kemuliaan dan kehormatan Institusi Diraja Negeri Sembilan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyatakan sebab atau perincian lanjut berhubung penarikan balik kedua-dua darjah kebesaran tersebut.
Pas Bukan Sedang Bersahabat Dengan Umno, Tetapi Sedang Melemahkannya Dari Dalam?

BN dgn PH aje tunjuk isyarat madani dengan betul...nampak?
PENDAPAT, 30 Jul – Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan kali ini membuka satu lembaran politik yang cukup menarik untuk diperhatikan. Buat pertama kalinya, kita menyaksikan kerjasama secara terbuka antara PAS dan Barisan Nasional (BN) di negeri ini. Pada pandangan saya, persoalan yang lebih penting bukanlah sama ada kerjasama ini mampu menewaskan Pakatan Harapan (PH), tetapi siapakah yang sebenarnya bakal menerima manfaat paling besar dalam jangka panjang.
Saya tertarik mengimbau kembali kenyataan Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden, ketika kempen PRN Johor. Beliau secara terbuka menyatakan bahawa jika mahu UMNO berubah, “jangan bagi UMNO menang banyak kerusi”. Malah beliau membayangkan bahawa jika UMNO tidak mempunyai kerusi yang mencukupi, mereka akhirnya akan terpaksa memilih PAS dan PN untuk membentuk kerajaan negeri.

Kenyataan itu bukan sekadar retorik kempen. Pada hemat saya, ia memberi gambaran jelas tentang strategi politik jangka panjang PAS terhadap UMNO.
Hari ini, di Negeri Sembilan, kita melihat UMNO dan BN memberikan ruang kepada Perikatan Nasional untuk bertanding di 11 kerusi DUN. Persoalannya, siapakah yang sebenarnya sedang mengorbankan kekuatan sendiri?
Realitinya, Pakatan Harapan memasuki PRN ini dengan asas sokongan yang masih kukuh di Negeri Sembilan. Berdasarkan keputusan pilihan raya lalu, PH mempunyai kedudukan yang baik untuk mempertahankan sebahagian besar kerusi yang dimenanginya.
Di samping itu, terdapat beberapa kerusi BN yang sebelum ini dimenangi dengan majoriti yang sangat tipis. Kerusi-kerusi seperti inilah lazimnya menjadi sasaran utama mana-mana parti dalam pilihan raya kerana perubahan kecil dalam pola pengundian mampu mengubah keputusan.
Selain itu, perlu diingat bahawa pada pilihan raya sebelum ini terdapat kerusi-kerusi yang diserahkan kepada BN atas semangat Kerajaan Perpaduan. Dalam PRN kali ini, PH bertanding menggunakan kekuatan sendiri dan tentunya akan berusaha mendapatkan semula kerusi-kerusi tersebut.
Sekiranya PH berjaya mengekalkan majoriti kerusi sedia ada dan menambah beberapa kemenangan baharu, maka jumlah kerusi UMNO berpotensi berkurangan dengan ketara. Jika keadaan itu berlaku, siapakah yang sebenarnya memperoleh keuntungan politik?
Jawapan saya mudah.
PAS.
Mengapa?
Kerana semakin kecil jumlah kerusi UMNO, semakin besar pergantungan UMNO kepada PAS dan PN pada masa hadapan. Dengan kata lain, PAS tidak semestinya perlu menewaskan PH sepenuhnya untuk mencapai matlamat strategiknya. Memadai jika UMNO menjadi semakin lemah sehingga tidak lagi mampu berdiri sebagai kuasa dominan dalam politik Melayu.

Lebih penting lagi, PAS juga perlu memikirkan masa depan politik mereka di negeri-negeri yang selama ini menjadi kubu kuat seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah. Sekiranya kerjasama dengan BN diteruskan pada masa hadapan, PAS mungkin terpaksa mengorbankan lebih banyak kerusi kepada UMNO di negeri-negeri tersebut. Oleh itu, dari sudut strategi politik, adalah lebih menguntungkan bagi PAS jika UMNO memasuki rundingan akan datang dalam keadaan lebih lemah.
Sebab itulah saya berpendapat bahawa kerjasama PN BN ini bukan sekadar soal persahabatan politik. Ia juga boleh dilihat sebagai satu percaturan strategik jangka panjang PN PAS. Penyatuan Melayu dan Islam itu hanya sekadar retorik yang dijadikan modal untuk memikat hati para pengundi melayu atas pagar sahaja.
Kepada penyokong tegar UMNO dan BN di Negeri Sembilan, khususnya di kawasan yang ditandingi calon PAS atau PN, saya ingin mengajak saudara dan saudari berfikir secara rasional dan matang.
Sekiranya keputusan kepada pembentukan Kerajaan Perpaduan terus menjadi formula pentadbiran negara selepas pilihan raya, maka mengundi calon Pakatan Harapan di kerusi-kerusi yang ditandingi oleh PN bukan sahaja membantu mengekalkan kestabilan kerajaan negeri, malah boleh mengelakkan kerusi berkenaan jatuh kepada PAS.
Ini bukan sekadar soal menang atau kalah dalam satu pilihan raya.
Ini adalah soal memahami strategi politik jangka panjang yang sedang dimainkan oleh PN PAS ini.
Akhirnya, rakyatlah yang akan menentukan sama ada mereka mahu menjadi sebahagian daripada strategi itu, atau memilih laluan yang mereka percaya lebih baik untuk masa depan Negeri Sembilan dan Malaysia.
Fikir-fikirkan.
Eddiarman Mohd Yunos
Ketua Penerangan KEADILAN Melaka



































