Najib Bakar
Semoga profesyen guru disertai oleh lebih ramai bijak pandai, bukan hanya dijadikan karier pilihan terakhir kerana tak dapat kerja lain.
Ikhlas daripada aku, anak seorang guru, yang tak minat nak jadi guru. 😅
Najib Bakar
Semoga profesyen guru disertai oleh lebih ramai bijak pandai, bukan hanya dijadikan karier pilihan terakhir kerana tak dapat kerja lain.
Ikhlas daripada aku, anak seorang guru, yang tak minat nak jadi guru. 😅
Desa HM
Tahniah Cikgu Pasti....
Kenaikan paling tinggi dlm sejarah...
Naik 185.33%...
Nota: Hawau tul...
Korang memang sengaja nk masuk melaka...
🤣🤣🤣🤣🤣🤣
Kaedah pengiraan SSPA pun masih tak berapa nak mahir lagi, tetapi sudah ada yang memperlekeh SSPA yang baharu dilancarkan oleh PMX Anwar Ibrahim pagi tadi. Sindrom cari salah PMX ni satu penyakit yang payah sembuh nampaknya. Lepas satu satu jangkitannya. Boleh sabar sikit tak? 🙇
Mohd Fairul
Bandingkan cara kerja menteri2 besar di luar negara.
Ada yang sibuk cari pemain industri / pelabur berpotensi, ada yang ronda2 jumpa pegawai Malaysia dan orang2 Malaysia sekitar tu je.
Nilai la baik2 mana yang bekerja, mana yang sekupang tak guna.
Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada pegawai kumpulan pelaksana dan pegawai kumpulan pengurusan dan profesional.
Manakala bagi pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi pula, pelarasan gaji akan diberikan sebanyak tujuh peratus.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia akan diberikan secara berfasa iaitu fasa 1 pada 1 Disember 2024 manakala fasa 2 pula pada 1 Januari 2026.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

PUTRAJAYA - Kadar pelarasan gaji penjawat awam dinaikkan dari 15 hingga 42 peratus manakala pengurusan tertinggi dinaikkan pada kadar tujuh peratus.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan pelarasan gaji itu akan dilakukan menerusi dua fasa bermula 1 Disember depan dan 1 Januari 2025.

"Pelarasan gaji secara berfasa ini dibuat bagi mengurangkan kesan inflasi," katanya menerusi Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-19, di sini pada Jumaat.

Putrajaya: Kerajaan bersetuju Skim Saraan Malaysia (SSM) digantikan dengan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berkuat kuasa 1 Disember ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, ia sebagai tanda keprihatinan kerajaan kepada penjawat awam.
"Walaupun gesaan saya mesti capai kemajuan tapi tahap pengorbanan (penjawat awam) ini luar biasa.
"Bukan sahaja dalam menghadapi ancaman komunis dahulu, menangani COVID-19, jangan lupa petugas barisan hadapan itu adalah penjawat awam, jadi kerajaan setuju supaya SSM digantikan dengan SSPA," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-19 di sini, hari ini.
Perdana Menteri berkata pelaksanaan SSPA berdasarkan tiga inti pati reformasi termasuk untuk meningkatkan kadar produktiviti dan kecekapan perkhidmatan awam.
"Kedua adalah untuk meningkatkan kesediaan penjawat awam dalam melaksanakan perubahan dan ketiga adalah untuk meningkatkan daya saing negara," katanya.
Berita lanjut menyusul
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) adalah komitmen YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) terhadap ekonomi manusiawi sejak dahulu.
Ekonomi manusiawi adalah signifikan kerana ia merupakan satu gagasan pemikiran yang menuntut pembangunan ekonomi yang inklusif, adil dan mampan.
Dengan mengambil semangat di sebalik keberkesanan Bank Grameen di Bangladesh, AIM telah membuka ruang untuk ramai penerimanya berdikari dan keluar daripada kancah kemiskinan.
Grameen bermaksud ‘kampung’ dalam Bahasa Benggali.
AIM amat istimewa di hati PMX, malah pernah meluluskan peruntukan sebanyak RM200 juta kepada agensi itu pada 1990-an ketika menjadi Menteri Kewangan.
Tiada siapa pun yang boleh menafikan bahawa dengan usaha PMX, akhirnya AIM boleh berkembang dan mendapat banyak pengiktirafan.
Sejarah perkembangan AIM berkait rapat dengan penubuhan Bank Grameen di Bangladesh.
Bank Grameen bermula pada 1976 apabila Dr. Muhammad Yunus, ketika itu Pensyarah Ekonomi di Universiti Chittagong, Bangladesh, menjalankan kajian tentang masyarakat fakir miskin luar bandar yang jarang terlibat dengan aktiviti perbankan.
Beliau mengasaskan 25 syarikat yang kesemuanya bertujuan menambahbaik taraf hidup golongan miskin.
Kali pertama idea Bank Grameen diperkenalkan di luar Bangladesh ia adalah di Malaysia, dengan yang pertama di USM, Pulau Pinang.
Kejayaan bank ini mendorong penubuhan Projek Ikhtiar oleh Prof. David Gibbons dan Prof. Madya Sukor Kasim dari USM pada 1986, yang akhirnya berkembang menjadi AIM.
Pada 1994, Dr. Muhammad Yunus pernah menerima anugerah Tun Abdul Razak di Malaysia, sebagai menghargai sumbangan beliau kepada dunia.
Pada 2022, penerima Anugerah Nobel Peace Laureate 2006 ini telah menerima Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi Perniagaan Universiti Putra Malaysia (UPM).
Beliau juga meneriman World Habitat Award (1997) dari the United Kingdom, Gandhi Peace Prize (2000) dari India, Petersberg Prize (2004) dari Amerika Syarikat.
Beliau juga merupakan seorang daripada hanya tujuh individu yang menerima Hadiah Nobel Peace, Pingat Kebebasan Presiden United States dan Pingat Emas Kongress United States.
PMX telah mendedikasikan hidup beliau dalam usaha membasmi kemiskinan sejak dari zaman mahasiswa hinggalah ke hari ini. Tidak pernah luntur.
Perjuangan PMX untuk menoktahkan kemiskinan adalah konsisten sejak dari dahulu lagi.
Dan penubuhan AIM adalah manifestasi, komitmen dan kesungguhan beliau dalam menoktahkan kemiskinan di negara ini.
PMX pasti berbangga dengan perkembangan AIM kini yang telah mempunyai lebih 300,000 sahabat wanita seluruh negara, sekali gus membantu ramai golongan itu keluar daripada kepompong kemiskinan, dan ada yang menjadi usahawan berjaya.
🤲🇲🇾🇵🇸
#SebarkanSalam #KitaKawan
#SpreadPeace #WeAreOne
https://www.facebook.com/share/p/DUqxrmNe2MPCkgDu/?mibextid=qi2Omg
https://x.com/DrZulkifliHasan/status/1824058703114588522?t=zhJTtyd9oYlXCHEk_u-hXA&s=08
https://www.instagram.com/p/C-sKMnYPN-w/?igsh=ZWxtNzh0ZHIybnRo
https://www.instagram.com/p/C-sJ0CRv8bQ/?igsh=eWl1anMzcHA5dDJi
*Salam. Mohon jasa baik untuk Like, Komen, RT/Repost dan Share. Terima kasih.*
Malaysia cuma raih 𝗱𝘂𝗮 𝗴𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 KJ label 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗕𝗲𝗹𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝗮𝗻, Hannah Yeoh sebagai 𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹 dan disuruh letak jawatan.
Ni nak ingatkan KJ sikit. Menteri tu 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗶𝗯𝗮𝘁 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗹𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴 dalam persiapan atlet. Bukan menteri yang jadi jurulatih. Tapi betul, menteri tetap ada peranan dan tanggungjawabnya.
Tapi menteri yang ditugaskan untuk tangani pandemik Covid, kemudian 𝗯𝗲𝗹𝗶 𝘃𝗮𝗸𝘀𝗶𝗻 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝘇𝗶𝗿 hingga tamat tempoh penggunaan, yang beli 𝗺𝗲𝘀𝗶𝗻 𝘃𝗲𝗻𝘁𝗶𝗹𝗮𝘁𝗼𝗿 beratus unit tapi cuma 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝗯𝗲𝗹𝗮𝘀 𝗷𝗲 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗽𝗮𝗸𝗮𝗶, barulah boleh dikatakan 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹.
Sebab beratus juta duit rakyat disia-siakan. Itu belum cerita menteri 𝘂𝗴𝘂𝘁, rakyat yang tak ambil vaksin akan 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗿𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝗱𝗶𝘀𝘂𝘀𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽𝗻𝘆𝗮. Itu kegagalan yang 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗺𝗮𝗸𝘀𝗶𝗺𝘂𝗺.
Masa tu, menteri yang dimaksudkan tu, 𝗮𝗱𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗳𝗶𝗸𝗶𝗿 𝘁𝗮𝗸 𝗻𝗮𝗸 𝗹𝗲𝘁𝗮𝗸 𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻? Padahal masa tu satu negara maki hamun dan sumpah seranah dia. Tapi dia boleh 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗺𝘂𝗹𝗮 𝘁𝗲𝗺𝗯𝗼𝗸 je.
KJ ni 𝘁𝗮𝗸 𝗹𝗮𝘆𝗮𝗸 nak kritik mana-mana menteri pun. Dia diselubungi oleh kegagalan. Nak jadi 𝗣𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻 𝗨𝗠𝗡𝗢 gagal, jadi 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 pun gagal, bahkan dalam PRU15 pun dia 𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴.
Bagusnya KJ teruskan jadi DJ je. Situ je dunia yang sesuai untuknya. Sebab dalam dunia politik, KJ ni 𝘁𝗮𝗸 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝘀𝗲𝗲𝗸𝗼𝗿 𝗸𝘂𝘁𝘂. Pakar hisap darah tapi hasil tak pernah ada. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Sebatang curut harga R M 60 k. Kisah ni dah lama berlaku. Ustaz pun dah hampir terlupa tapi baru-baru ini ada seseorang yang buat ustaz ingat semula.
.
.
Masa tu ustaz dijemput ke sebuah rumah mewah di kawasan Hulu Klang. Ustaz dijemput untuk ziarah, lebih kurang macam tu.
Tuan rumah ni seorang berpangkat Dato yang kaya raya.
Apa berlaku ketika ustaz di rumah mewah tu?
Masa ustaz dan beberapa orang tetamu lain tengah borak-borak, tiba-tiba ustaz dengar suara tuan rumah ni mengamuk. Bukan main kuat lagi sampai kami di ruang tamu pun dengar juga.
.
.
Apa punca Dato ni mengamuk?
Rupanya bilik simpanan curut dia terganggu. Suhu berubah menyebabkan satu kotak curut mahal telah rosak.
Bila keadaan stabil, Dato ni pun cerita pada ustaz, harga curut sebatang R M 60k.
Bukan sekotak ya. Sebatang harga macam tu. Jadi cuba tuan puan bayangkan kalau sekotak ada 24 batang curut. Jumlah harga sekotak curut tu dah dekat 1.5 juta.
Allahuakbar. Mana tak mengamuk tuan rumah tu.
Ustaz dan tetamu yang dengar juga terkejut. Bukan main melopong kami bila tahu ada curut harga macam tu.
Masha Allah.
Lebih tak sangka, ada orang sanggup berbelanja besar macam tu semata-mata untuk curut.
.
.
Sebelum balik, ustaz sempat bercakap Dato ni.
"Dato, boleh saya cakap sesuatu?"
Dia jawab sambil ketawa,
"Silakan ustaz.., jangan ceramah sudah lah."
Ustaz pun bagi nasihat sikit. Iyalah.. sebagai pendakwah ustaz tetap kena sampaikan perkara yang betul.
"Dato, di akhirat nanti tidak akan bergerak kaki kita selagi kita belum jawab beberapa soalan. Antara soalan yang perlu dijawab adalah daripada mana harta yang kita dapat dan ke mana harta yang kita belanjakan."
Itu saja yang ustaz cakap. Tak lama lepas tu ustaz pun beredar.
.
.
Tuan puan yang dirahmati Allah,
Harta adalah ujian dari Allah. Seperti yang ustaz cakap pada Dato yang kaya raya tu, ustaz kongsi juga pada tuan puan semua sebagai iktibar kita bersama.
Sama-sama kita semak diri masing-masing, bukan orang lain.
Dari mana harta yang kita dapat?
Jalan mana kita usahakan? Halal kah?
Adakah kita zalimi orang, atau ambil harta orang?
Ke mana kita belanjakan?
Sudahkah kita berzakat bagi harta yang cukup kadarnya?
.
.
Tuan puan,
Harta yang kita gunakan bukan saja ditulis pada kitab catatan amal, tapi harta juga akan beri kesan pada tubuh badan kita dan keluarga.
Jadi darah daging, beri kesan pada jiwa dan akhlak.
Sebab tu kita kena hati-hati dengan sumber harta. Pastikan betul-betul halal sesuai dengan syariat Islam.
.
.
Tuan puan yang dirahmati Allah.
Harta dinilai bukan pada kuantiti tapi pada kualiti. Kualiti yang ustaz maksudkan di sini adalah soal yang keberkatan harta.
Sama-sama kita kejar harta yang berkat. Sumbernya halal, manfaatnya besar. Bukan hanya manfaat dunia, tapi sampai ke akhirat.
Sama-sama kita usahakan.
.
.
#UstazHanafiMalek
𝗦𝗮𝗯𝘁𝘂 ini, 17 𝗢𝗴𝗼𝘀 2024. Boleh tanya apa sahaja tentang program terkini Kementerian Ekonomi serta 𝗽𝗲𝗿𝗮𝗻𝗰𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 dalam sesi 𝘼𝙨𝙠 𝙈𝙞𝙣𝙞𝙨𝙩𝙚𝙧 𝘼𝙣𝙮𝙩𝙝𝙞𝙣𝙜.
Selamba je Rafizi berdepan dengan rakyat. Berani dia nak hadap soalan secara terus. Walaun yang selalu tak puas hati, 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝘂𝗹𝗮 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗴𝗲𝗹𝗮𝗿𝗮𝗻 yang macam-macam boleh datang. Tanya dia sendiri masa tu. Itu pun 𝗸𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗶 la.
Teringat dulu ada PM yang jangankan nak berhadapan dengan rakyat macam ni, 𝗻𝗮𝗸 𝗷𝘂𝗺𝗽𝗮 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝗽𝘂𝗻 𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁. 𝗕𝘂𝗸𝗮 𝗽𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗶. Malah nak baca perutusan secara 𝙡𝙞𝙫𝙚 pun mengigil. Nak jadi PM tapi 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗲𝗰𝘂𝘁. Tengok Rafizi. Baru 𝘨𝘦𝘯𝘵𝘭𝘦. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Dzuklkarnain Al Abyani
1. Kenapa orang muda sekarang mudah panas baran? Sikit-sikit nak bergaduh, nak bertumbuk. Dengan orang tua pun nak bergaduh juga.
2. Hari tu saya undur kereta nak masuk parkir. Dah tengok kanan kiri, cermin sisi dan cermin pandang belakang, laluan kosong. Kamera papan pemuka pun tunjuk tak ada apa-apa.
3. Sebaik saya undur, tiba-tiba muncul sebuah kereta dari arah kanan. Hampir-hampir kami berlanggar. Nasib baik saya sempat brek dan tak jadi apa-apa.
4. Pemandu kereta tadi keluar kereta dan marah-marah. Saya dipersalahkan. Saya minta maaf walaupun mungkin pemandu itu bersalah kerana terus bergerak walaupun nampak saya sedang mengundur.
5. Berkali-kali saya minta maaf, tapi saya nampak kemarahannya tidak mereda. Sehinggalah isterinya membuka cermin tingkap dan meminta maaf pula kepada saya, barulah pemandu tadi nampak menyejuk.
6. Kalaulah saya juga panas baran dan layan ego saya, mungkin kami akan bertumbuk. Apatah lagi jika kes kami berpanjangan sampai masuk fail polis, tentu lebih gawat.
7. Jika tak berlaku apa-apa, cukuplah saling meminta maaf. Jika berlaku apa-apa sekalipun, apa salahnya diselesaikan secara baik melalui perundingan atau saluran undang-undang.
8. Tak perlu tunjuk hero, menengking-nengking atau ajak bertumbuk. Meskipun kita muda dan saingan kita tua (macam saya misalnya), belum tentu kalau bertumbuk, orang muda boleh menang.
9. Jangan main-main dengan orang tua. Mungkin tenaganya kurang, tapi dia ada buah atau jurus rahsia yang akan diguna dalam situasi terdesak. 😁
10. Orang muda mesti melatih diri untuk bersabar dan jangan mengikut nafsu. Jika berbadan kekar sekalipun, kekaran itu bukan diguna untuk bertumbuk hanya kerana kesalahan yang tidak disengajakan.
11. Ya, jika berlaku kemalangan, kenderaan rosak, duit habis dan urusan hidup harian terganggu. Namun tak perlulah sampai bergaduh dan bertumbuk sehingga memberi kredit kepada syaitan yang mahu anak cucu Adam bergaduh sesama sendiri.
12. Orang muda mesti banyak bersabar. Usah berasa kuat dan hebat. Kalau menang bertumbuk dengan orang tua, di mana hebatnya?
13. Hari ini, mungkin orang lain tersalah. Dan kita rasa kita berhak menumbuk orang lain kerana kesalahannya itu.
14. Besok lusa mungkin kita pula tersalah. Adakah kita rela pula untuk ditumbuk kerana kesalahan kita?
15. Bukanlah kekuatan itu menang bergusti, tetapi kekuatan sebenar ialah keupayaan mengawal marah.
Zola,
15082024
Pak Ya Siam
Tadi masa beli kueh kat gerai Kak Nab depan sekolah, kebetulan ada sorang cikgu Pasti Country Homes tengah beli kueh...
Pak aji senyum... dia pun senyum balik...
Pak aji tanya.. "Saya dengar cikgu Pasti pun akan naik gaji jugak awal bulan 12 nanti...betul ker cikgu?.. bagus la ... ada tambahan sikit untuk belanja.. barang-barang pun mahal sekarang ni.."
Cgu tu senyum kelat kat aku... dia terus bayar dan berlalu...
Kak Nab marah kat aku... "tak baik abang aji"...
🤣🤣🤣🤣🤣
Semalam PMX Anwar Ibrahim dan Menteri Wilayah Dr Zaliha Mustafa umum lantik Dato Bandar Kuala Lumpur baru luar circle DBKL.
Harini Timbalan Pengarah dan Pegawai DBKL di dakwa terima RM200,000, RM160,000 dan RM130,000 secara bulanan dari tauke rumah pelacuran di jalan Chan Sai Loke, Kuala Lumpur.
Tahniah PMX dan Dr Zaliha, pembersihan DBKL bermula sekarang!
Bersihkan Kuala Lumpur dari sarang pelacuran, pusat judi, maksiat, peniaga asing dan Rasuah. Jalan terus!
Secara dasarnya, Amanah mengambil pendirian untuk memberikan laluan kepada parti penyandang di kerusi-kerusi yang dipertandingkan dalam mana-mana PilihanRaya Kecil (PRK). Pendirian ini berdasarkan kepada amalan gabungan Perpaduan dalam 6 PRK yang dihadapi sepanjang tempoh penggal Parlimen ke-15 ini.
Walau bagaimanapun, pendirian ini bukanlah muktamad di mana AMANAH bersedia untuk bertanding dalam mana-mana PRK jika dipersetujui bersama oleh parti-parti komponen Perpaduan.
Sungguhpun begitu, isu pembahagian kerusi dalam Pilihan Raya ke-16 masih belum dibincangkan dan diputuskan oleh badan tertinggi gabungan Perpaduan.
Justeru, AMANAH akan terus komited kepada usaha untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan parti-parti komponen Perpaduan untuk mencapai kemenangan dalam PRU ke-16.
MOHAMAD BIN SABU
Presiden
Tarikh: 15 Ogos 2024
Khairil Nizam Khirudin kata kat Annuar Musa
Tapi setelah dia disucikan oleh PAS, berita ini dikuburkan menjadi 404 di Harakahdaily.
Harakahkahkahkah.
Masalahnya, masa KJ jadi Menteri Belia dan Sukan dulu, 𝗮𝗽𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗰𝗮𝗽𝗮𝗶𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶𝗯𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗸𝗮𝗻? Paling diingati pun kes 𝗸𝗲𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻𝗮 𝗥𝗠100 𝗷𝘂𝘁𝗮.
Hannah Yeoh 𝗺𝗲𝘄𝗮𝗿𝗶𝘀𝗶 𝗸𝗲𝗽𝗶𝗻𝗰𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 yang telah kian lama wujud termasuk dari zaman di mana KJ sendiri adalah 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗴 𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 daripada menterinya.
Kalau masa KJ jadi menteri dulu semua kepincangan 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗿𝗯𝗲𝘁𝘂𝗹𝗸𝗮𝗻, maka hari ini kita 𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻 𝗱𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗸𝗺𝗮𝘁𝗶 𝗵𝗮𝘀𝗶𝗹𝗻𝘆𝗮. Tapi apa KJ buat?
KJ tak layak nak nasihatkan Hannah Yeoh. Sedangkan dia sendiri 𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹 𝗺𝗮𝗷𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮, tak malu ke hari ni cuba nak tunjuk pandai. Sedarlah diri tu sikit. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Che Ibrahim.
Ada orang kata Tok Guru Haji Hadi jauh lebih hebat Dari Tok Guru Nik Aziz, Ust Fadhil Nor Dan lain lain pemimpin Pas. Haji Hadi @ Ayoh Chik jauh lebih ke depan dalam politik berbanding pemimpin Pas yang lain.
Atgna hanya sempat bersama Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guang Eng jah.... Tghh bukan setakat dengan pemimpin dap, TGHH juga amat rapat dgn pemimpin cina dan India dari MCA, Gerakan, MIC dll...
Haji Hadi bukan sahaja sempat berkempen untuk Dap, bahkan sempat membantu kempen calon MCA, sesuatu yang tak pernah dibuat oleh atgna.
Mempengerusikan mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) Ke-6 Tahun 2024 hari ini, yang antara lain telah meneliti kertas pembentangan berkaitan “Membina Sekuriti Ekonomi Melalui Rantaian Bekalan Yang Berdaya Tahan”.
Saya tekankan peri penting usaha ini sejajar dengan matlamat dan inisiatif-inisiatif di bawah Ekonomi MADANI. Sekuriti ekonomi bertambah penting terutamanya berlatar belakangkan kelemahan-kelemahan yang wujud ketika dunia bertarung dengan pandemik COVID-19.
Kerjasama antara Kerajaan, perniagaan dan organisasi antarabangsa adalah mustahak dalam memudahkan perkongsian maklumat, menyelaras maklum balas dan membangunkan piawaian yang seragam.
Sehubungan itu, mesyuarat hari ini antara lain bersetuju dengan beberapa langkah bagi meningkatkan tahap pengurusan rantaian bekalan yang kukuh, berdaya tahan dan responsif kepada gangguan sejajar dengan objektif membina sekuriti ekonomi negara.
#MalaysiaMADANI
Zuwairi B Md Yusof
Malaysia berada di landasan tepat di bawah MADANI PHBN pimpinan PMX sampaikan si Salim Iskandar yang berpodcast sama Rafizi Ramli baru2 ini pun turut akur dengan usaha yg di buat kita.Terkini MALAYSIA hantar 2 pesawat pengangkut TUDM A400M ke Mesir untuk membawa pulang penduduk Palestin yang cedera untuk di bawa ke sini bagi menerima rawatan.Pemulihan negara kita buat,kebajikan semua kita jaga,nasib Palestin pun kita bantu.Ape lagi anda semua mahukan?MADANI ialah jawapannya,PMX ialah kunci utamanya.Sokongan anda semua jadi penentu baik atau buruk negara ini.
5 tahun pertama bawah MADANI PHBN akan di gunakan untuk membaiki serba serbi struktur ekonomi dan kerangka sektor2 di semua peringkat.5 tahun selepas PRU16 nanti,PMX akan gunakan sepenuhnya untuk memacu Malaysia mendunia di semua lapangan baik di peringkat agensi2 kerajaan mahu pun di sektor swasta.PMX akan memastikan negara ini setanding dengan negara2 lain seperti Jepun,Korea Selatan,Australia dan Germany.Jika Najib Razak boleh jadi Perdana Menteri 9 tahun,takkan Anwar Ibrahim tak boleh di beri 2 penggal penuh selaku Perdana Menteri Malaysia.