SEMOGA BERJAYA CALON KERAJAAN PERPADUAN












 Berucap di acara terakhir di kempen saya membantu calon Barisan Nasional untuk Dun Pelangai semalam dengan menegaskan bahawa apa yang dilakukan sedaya upaya kini adalah untuk mengangkat martabat rakyat dan negara. 


Negara ini mesti bergerak seiring dengan tuntutan zaman dan kuasa yang telah diamanahkan ini mesti diterjemahkan dengan baik melalui dasar-dasar utama yang telah diketengahkan. 


Saya turut menambah bahawa negara kini di landasan yang baik untuk berkembang tatkala kita menikmati kestabilan politik, dan ini tentunya mesej yang jelas kepada dunia luar bahawa, “we mean business”, dan Malaysia mesti melonjak ke depan menonjolkan gagasan baharu yang lebih bertenaga dan gagah. 


Saya menggesa warga dan pengundi Dun Pelangai untuk bersama Gabungan Perpaduan menterjemah hasrat Malaysia MADANI! 


#MalaysiaMADANI



TERANCAM KERANA POLITIK KEBENCIAN.



 Islam kini benar-benar terancam. Bukan kerana DAP tetapi kerana politik kebencian dan melampau dari orang Islam sendiri.




Kelebihan gunakan QR pay.



1. transaksi realtime.

2. tidak terikat dengan duit tukar.

3. ada notifikasi. mengelakkan penipuan.

4. transaksi duit keluar masuk direkod.

5. tidak perlu ke bank untuk bankin duit

6. meningkat integriti (ada rekod).

7. cas transaksi serendah 0.25%

8. lebih pilihan untuk pengguna.


rm5,000 = hanya 12.50

rm10,000 = hanya 25.00


nasihat saya berhentilah berpolitik, jgn dibodohkan orang politik. berhenti menjerut leher sendiri. jika tidak percaya, sila gunakan cash 100%. 


digitalisasi, infra IT juga perlukan kos untuk terus beroperasi.


1. kos hardware, 

2. kos software (perisian / lesen),

3. kos security

4. kos maintenance

5. kos tenaga

6. kos buruh (sektor IT juga ada pekerja).

7. kos infra (tempat)


dan anda percaya kata orang politik bahawa 0.25% adalah mahal dan ia sepatutnya nya percuma??? 


ohya, itu uncle yang buat servis hantar duit syiling & duit tukar pg kedai atau restoran tu free ka? runner tukar duit pg bank pun berbayar kan? tiba-tiba pula 0.25% jadi mahal sbb ahli politik cakap itu mahal... 


Suhimi Nain 

02/10/2023



WALAUN MUDAH JA....SEBAB OTAK KOTOR.

 





Sepatutnya KPM belajar bagaimana Pas uruskan PASTI, walaupun bangunannya tak seberapa, tandas tak terurus, gaji gurunya rendah, di bawah paras gaji minima, namun lepasan PASTI amat berjaya.


Buat apa dok bazirkan duit untuk jamban/takdas, baik perabis duit untuk beli undi macam terbukti di Kuala Terengganu dan Kemaman.



HARAP BEGITU LA.

 Esok khabarnya….




BIASA LA..MEMANG KAKI PEMBOHONG. TAK MALU PULAK


 

PANIC BUYING DI THAILAND DAN MERATA TEMPAT.


 

PAS PATUT CALONKAN TUN MAHATHIR TANDING DI KEMAMAN







Pas akhirnya menutup teka-teka mengenai Kemaman apabila memutuskan tidak akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan kemenangan calonnya di kawasan tersebut.


Dalam pengumuman mengenai perkara itu, Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya kini bersiap sedia untuk mengambil langkah selanjutnya berdasarkan ketetapan yang akan dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya atau SPR.


Dengan tidak mengemukakan rayuan, ini bermakna suatu pilihan raya kecil atau PRK bagi Parlimen Kemaman terpaksa diadakan dalam waktu terdekat ini.


Mengikut peraturan SPR, sebaik sesebuah kawasan Parlimen atau Dun diisytiharkan kosong, suatu PRK hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari.


Pada PRU15 tahun lalu, Che Alias Hamid yang mewakili Pas menang besar di Kemaman dengan majoriti 27,179 undi  dalam pertembungan empat penjuru.


Beliau mendapat 65,714 undi, diikuti Ahmad Said yang juga bekas Menteri Besar Terenggganu (BN) yang memperolehi 38,535 undi, diikuti calon PH, Hasuni Sudin (8,340 undi) dan calon Pejuang, Rosli Ab Ghani (506 undi).


Di atas kertas, keputusan Pas tidak mengemukakan rayuan dan ingin bertarung sekali lagi dalam PRK di Kemaman adalah kerana parti itu yakin mampu memenangi semula kawasan tersebut.


Dengan majoriti lebih 27 ribu, adalah sukar untuk calon kerajaan perpaduan menggugat kemenangan tersebut, waima jika dicampur undi PH dan BN sekali pun, ia masih jauh daripada mencukupi.


Begitu pun, oleh kerana kemenangan Pas di Kemaman dibatalkan disebabkan didapati wujudnya unsur rasuah ketika kempen PRU15 lalu, mencalonkan semula Che Alias untuk bertanding semula dalam PRK akan datang ternampak amat tidak kena sama sekali.


Di gambaran umum, jika Che Alias dibenarkan bertanding semula, ia seolah-olah menampakkan Pas tidak serius untuk melawan rasuah dalam pilihan raya.


Pas malah akan tampak lebih terpuji jika meletakkan calon lain yang benar-benar berwibawa dan tidak pernah terkait dengan kes rasuah yang jelas.


Dalam hal ini, sesuai dengan minat Pas yang sejak kebelakangan ini begitu mengidolakan Tun Mahathir Mohamad, maka adalah lebih baik jika bekas Perdana Menteri dua kali itu diberi penghormatan diletakkan sebagai cakon di Kemaman.


Setidak-tidaknya dengan menjadikan Tun Mahathir calon di Kemaman, ada erti jugalah kekerapan Presiden Pas, Hadi Awang dan beberapa pimpinan tertinggi parti itu berkunjung ke kediaman beliau sejak kebelakangan ini.


Dan pencalonan itu tentulah tambah bernilai lagi mengambil kira susulan daripada keputusan empat negeri tadbiran Pas – Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis melantik Tun Mahathir sebagai penasihat ekonomi empat negeri berkenaan atau juga dikenali sebagai SG4.


Barulah selepas ini Tun Mahathir lebih bermati-matian menarik pelaburan dan memakmurkan empat negeri itu.


Lantaran ketiadaan status sebagai Ahli Parlimen, Tun Mahathir sekarang ini sering diperlekeh setiap kali beliau bercakap yang membawa maksud untuk mengajak rakyat menjatuhkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri atau menumbangkan kerajaan perpaduan.


Kata-katanya selalu dianggap tidak relevan dan dipersenda kerana tanpa berkedudukan sebagai Ahli Parlimen, beliau seolah-olah sekadar menjerit di luar gelanggang.


Maka itu, inilah peluang terbaik untuk Pas meletakkan semula Tun Mahathir di dalam gelanggang.


Dalam masa yang sama, kalau sudah berstatus Ahli Parlimen nanti, bolehlah beliau “digeli-gelikan” untuk kembali sekali lagi sebagai Perdana Menteri. – ShahbudinHusin 03/10/2023.


https://shahbudindotcom.net/



KALAU MACAM GINI GAYA, NAK HARAP JADI PEMERINTAH KAH



 Lobai punya wakil rakyat minta sedekah pd pengikut😂😂😂😂



RAMAI DAH TUNJUK TASNDAS. WALAUN KATA PM TAK BUAT APA. ANAK WALAUN KE SEKOLAH TAK SEDO DAN TAK PAHANG.



NAMUN DI KAWASAN PEDALAM , DIMANA PERHUBUNGAN MASIH LAGI BOLEH DIHUBUNGI, KONTRAKTOR DEMAN KONONNYA KOS PENGANGKUTAN SAMPAI RM30K. 
PIHAK SPRM HARUS SIASAT KEADAAN INI.













NILAI RINGGIT BANDING BATH

 





Baht sudah start jatuh berbanding RM. 


Kalau cecah 1RM - 8 THB dah boleh paint the town red in Hadyai.

TALIAN MENGHADAPI MASAALAH SEJAK JAM 9 PAGI.

 

Pengunjung yang budiman. Talian terganggu sejak jam 9 pagi tadi.

Blog ini akan di update dalam masa 1 jam selepas kestabilan talian.


Harap maaf.



YANG MENUDUH TU PUN PATUT CERMIN JA DIRI


 Penyokong sebuah parti yang bawa cop Islam sibuk melaungkan qazaf, menuduh PMX peliwat tanpa membawa sebarang bukti. Sedangkan tuduhan zina dan liwat ni, penuduh perlu melihat sendiri perkara itu bagaimana 'benang masuk jarum'.


Qazaf ni sangat berat dosanya. Menurut hudud, yang parti tu konon nak buat sangat, qazaf mesti dihukum dengan 80 kali sebatan. Bukan itu saja, orang yang qazaf tidak akan diterima kesaksian mereka sampai bila-bila.


Maknanya, kalau dia jadi saksi akad nikah, maka akad nikah itu tidak sah kerana tak cukup syarat 2 orang saksi adil. Sebab kesaksiannya tak diterima. Begitu sekali. Malah walikan anak bernikah juga tak dibolehkan.


Tapi parti itu dakwa mereka ramai ulama. Habis tu kenapa ulama tak tegur pengikut mereka berbuat dosa yang amat besar ini? Takkan mereka tak tahu perbuatan qazaf ini berdosa?


Mereka yang digelar ulama dalam parti itu amat arif dengan hukum ini. Sebab itu mereka tak berani nak ulang tuduhan itu. Tapi tuduhan itu untungkan parti mereka. Jadi rugi kalau mereka tak gunakan.


Maka sebab itu dibiarkan para penyokong mereka berterusan melakukan qazaf. Jadi nanti, yang akan tertolak kesaksian, yang wajib dihukum dengan 80 sebatan adalah penyokong mereka.


Sementara mereka akan menuai hasil. Kalau kata tuduhan itu mempengaruhi sokongan rakyat, maka mereka akan dapat jawatan. Soal dosa, itu biarlah penyokong tanggung sendiri. Mereka yang buat.


Jadi untuk apa ditegur dan ingatkan penyokong mereka tentang dosa qazaf? Maka sebab itulah mereka diamkan diri dan biarkan qazaf berleluasa. Janji mereka dapat hasilnya.


Baginikah ulama yang kamu sangka akan berikan syafaat di akhirat kelak? Jauh panggang. Kesian penyokong mereka kerana diperkudakan oleh orang yang mereka panggil ulama. Tapi nak buat macam mana. Mereka sendiri yang rela. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


APA MACIAM.,...


 

HOWARD LEE DINASIHATI. TAK MACAM PARTI YANG BERKAWAN DENGAN LEBAI....PISHANGGG

 Cerita malam tadi...






YB Howard Lee 李存孝 hadir mengunjungi saya di Casuarina Kuala Kangsar 


Pertemuan yang sangat membina, satu persefahaman iaitu Islam tetap wajib ditegakkan di Malaysia sebagai agama Persekutuan.


YB Howard Lee bersetuju dengan nasihat saya supaya lebih berhati2 dalam mengambil petikan ayat Al-Quran agar tidak menimbulkan salah faham terutama di zaman media sosial ini.


Pagi ini 3 Oktober 2023, jam 9.00am saya akan hadir merasmikan International Conference On Mufti Harussani Legacy di Universiti Sultan Azlan Shah - USAS Kuala Kangsar.



SEMOGA BAROKAH

 


Ibrahim Mat Isa


Sejak Raja Thailand sudah rapat dengan komuniti Muslim, Kak Mah telah dilantik sebagai wanita Muslim pertama menjadi Gabenor Pattani. Semoga semakin barokah negeri Pattani Darul Salam..




MUKA TAK TENGOK CERMIN.


 Cakap orang tak tengok cermin.. siapa yg gila kuasa sekarang?



PM ANWAR LAKUKAN LAWATAN KE FELDA CHEMOMOI

 











Saya hadir ke program anjuran Felda yakni Majlis Perasmian Karnival ‘Segalanya Felda’ di Felda Chemomoi bersama Menteri Besar Pahang serta Pengerusi Felda. 


Saya membentangkan hujah bahawa kerajaan negeri Pahang punyai dasar yang jelas terutamanya dalam menyediakan perumahan buat generasi kedua dan seterusnya. 


Saya juga sebut bahawa dahulunya Felda hanya dikemudi dan dikelola oleh hanya satu kementerian. Di bawah Kerajaan Perpaduan, duduk perkaranya berbeda di mana hak dan kebajikan Felda diberi tumpuan dan keutamaan oleh semua kementerian. 


Insya-Allah, saya dan pasukan di peringkat Persekutuan bersama dengan kerajaan negeri Pahang akan terus berada di depan mempertahan serta memberi tumpuan yang lebih kepada Felda. 


#MalaysiaMADANI



LOGIK KAH HARGA BERAS KEKAL ?




Jamzuri Ardani.


 Kos pengeluaran padi tempatan secara purata ialah RM2,800 per tan (termasuk kos yang ditanggung subsidi kerajaan). 


Sekarang pesawah jual pada pengilang sekitar RM1,700 ke RM1,800 per tan. 


(Ye ... kos RM2,800, jual RM1,800.  Hanya di Malaysia 😢😢). 


Pengilang kena jual beras dengan harga tidak melebihi RM2.60 sekilo atau RM26 untuk kampit 10 kg. 


Penjual juga tidak boleh jual melebihi harga yang telah ditetapkan itu. 


Sapa nak tanggung kos logistik?  Sapa nak tanggung pelbagai kos lain dalam rantaian bekalan beras tempatan dari pengilang kepada pengguna? 


Secara logiknya, harga beras tempatan ni memang tak logik untuk dikekalkan dengan harga sekarang. 


Ini masalah legasi polisi pentadbiran kerajaan sekian lama.  Polisi yang membunuh industri padi. Polisi yang memastikan petani kekal miskin.  Polisi yang bercanggah dengan usaha menjamin bekalan makanan. 


Saya tidak fikir isu kekurangan beras tempatan boleh diatasi selagi kita kekal dengan polisi ini.



SIAPA BAKAL DIHENTIKAN BILA ROMBAKAN KABINET DILAKUKAN


 Ketika ini ramai sekali yang bercakap mengenai rombakan kabinet yang dijangka akan dilakukan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sebaik berakhirnya PRK Pelangai pada 7 Oktober ini.

Berbagai jangkaan dan ramalan tentang rombakan itu boleh didengar di mana-mana pada waktu ini.

Beberapa pemimpin, baik PH dan BN juga tidak terkecuali bercakap mengenai rombakan tersebut.

Yang disebut-sebut bakal berpindah atau ditukarkan ke kementerian baru, semuanya menyerahkan kepada Perdana Menteri dan menyatakan kesediaan memikul apa saja portfolio yang diamanahkan.

Yang akan dinaikkan pangkat pun sama juga nadanya.

Dalam ramai-ramai pemimpin yang memberi komen mengenai rombakan kabinet, ulasan oleh Naib Presiden UMNO merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa, Johari Ghani barangkali paling menarik sekali.

Di antara tiga Naib Presiden UMNO, Johari adalah satu-satunya yang tiada jawatan dalam kerajaan.

Dua lagi Naib Presiden UMNO – Khaled Nordin ialah Menteri Pengajian Tinggi, manakala Wan Rosdy Wan Ismail pula adalah Menteri Besar Pahang.

Dalam reaksinya mengenai rombakan kabinet, Johari berkata, “sama ada Perdana Menteri hendak buat rombakan (Kabinet) atau tidak, itu hak mutlak Perdana Menteri.

“Saya berpandangan begini. Mesti dalam mana-mana kerajaan, Perdana Menteri mesti ada dia punya keputusan eksklusif.

“Kita tidak boleh memberi sebarang tekanan kepada Perdana Menteri sebab kita semua sudah pilih dia (Anwar) sebagai Perdana Menteri, kita sokong dia.”

Tambahnya, semua pihak juga tidak harus memberikan tekanan kepada Perdana Menteri dengan mengambil kira bahawa Kerajaan Perpaduan ini baharu sahaja mencecah tempoh 10 bulan.

“Dalam 10 bulan ini kita berdepan dengan ekonomi global yang besar di samping kita juga berdepan dengan cara yang sesuai untuk bekerja dengan parti-parti yang ada dalam Kerajaan Perpaduan.

“Ini adalah salah satu daripada perubahan yang perlu kita lalui. Saya rasa kalau bagi masa secukupnya hingga akhir tahun 2027, saya ingat kita akan nampak dan menilai keberkesanan kerajaan perpaduan dalam mentadbir negara,” ujarnya lagi.

Agak tepat pandangan Johari agar jangan ada mana-mana pihak memberi tekanan kepada Anwar dalam isu rombakan tersebut, sebaliknya serahkan sepenuhnya kepada Anwar membuat apa jua keputusan.

Sesuai dengan saranannya itu, Johari sendiri pun jelas tidak memperlihatkan dirinya cuba menekan Anwar, walaupun banyak pihak berpandangan, atas kedudukannya sebagai Naib Presiden UMNO, beliau sewajarnya duduk dalam kabinet sebagai salah seorang menteri.

Cuma, dengan kenyataan Johari agar tiada sesiapa menekan Anwar ini lebih membuatkan namanya tidak dilupai Anwar dalam rombakan kali ini.

Dengarnya, kalau tidak Menteri Kewangan Kedua, jawatan Menteri Wilayah Persekutuan bakal menunggu untuk jatuh ke ribanya. – ShahbudinHusin 02/10/2023.



SEMOGA DIBERI KEAMPUNAN



Ahmad Mursi


 Setiap kali ada yang lakukan Qazaf di fb/wa, apa yg mampu saya lakukan ialah tegur dan beri doa ini:


"Semoga Allah beri hidayah untuk kamu berhenti lakukan dosa besar Qazaf itu ATAU Allah panjangkan umur kamu dengan penuh keaiban dan segala aurat kamu terdedah hingga semua manusia lari dari kamu JIKA kamu terus menerus lakukan Qazaf. Amin Ya Qahhar, Ya Jabbar, Ya Muntaqim.".


Dengan cara itu diharap dia berhenti, bertaubat dan dia terselamat dari terus lakukan dosa besar.



PM ANWAR IBRAHIM BERTEMU KEMENTERIAN KETERJAMINAN MAKANAN.

 






Saya telah mengadakan pertemuan dengan YB Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu di pejabat saya bagi berbincang dan mendapatkan penyelesaian berhubung situasi beras negara.


Kerajaan Perpaduan prihatin akan isu semasa khususnya apabila rakyat ingin mendapatkan jaminan bekalan beras putih tempatan (BPT) dan harga beras putih import (BPI).


Kendatipun, saya amat peka dan mendengar segala keluh kesah yang dibangkitkan rakyat ekoran kenaikan harga BPI di pasaran ekoran kenaikan harga beras global. 


Fenomena kenaikan harga beras ini bukan hanya berlaku di Malaysia, malah turut melibatkan negara serantau susulan tindakan 19 buah negara yang telah menghadkan eksport beras untuk memberi keutamaan kepada rakyat sendiri. 


Saya beri jaminan Kerajaan tidak berpeluk tubuh, sebaliknya akan bergerak dengan segenap akal, bertiwikrama untuk meringankan beban rakyat yang terkesan dengan kenaikan harga beras global ini.


Ini termasuklah menerusi beberapa langkah intervensi yang diumumkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan hari ini bagi meredakan kebimbangan rakyat berhubung kenaikan harga BPI dan peningkatan permintaan terhadap BPT di pasaran. 


Diharap langkah ini akan dapat membantu meringankan beban yang dihadapi. Insya-Allah.


#MalaysiaMADANI



RAJA PETRA RAJA SPIN





Norman Radzuan


Kalau konsert ini lulus sah2 dia ni juga yg akan bising kononnya kerajaan ini menggalakkan LGBT. Bila kerajaan Madani batalkan permit konsert ini dia jadi batu api spin kan kononnya kerajaan ini lebih teruk dari kerajaan Taliban.


Saya bimbang 10 tahun lagi jika pengaruh media sosial ini berjaya mengawal masyarakat… Malaysia akn menuju negara ekstrimis kaum yg taksub kpd individu2 yg bertopengkan agama. 


Negara kita bukan dihancurkan oleh penjajah tetapi pemikiran dijajah oleh penunggang2 agama dari bangsa dan agamanya sendiri.



MAMAK NI JUGA MAI BANTU.LEBAI HANGPA PI MANA ?


Awang Ibni Kudus


 Aikkk..mcm kenal je muka yang dtg tolong rakyat Baling tapi dia bukan YB pun. Mana pergi YB PAS yang dipilih mewakili rakyat Baling?