Posted By: Redzuan RF8 Mediaon:
KALAH TERUK PUN DOK RATIB DAP LAGI
Kerjasama PH-BN bagai ‘mimpi’, kata pemimpin Umno.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno berkata Barisan Nasional (BN) sukar bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Beliau berkata, kerjasama mungkin tidak akan berlaku walaupun ramai “rakyat Malaysia berpandangan sederhana” lebih menyukai hubungan itu, berbanding kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Pemimpin Umno yang enggan dinamakan itu, berkata pentadbiran kerajaan PH-BN dilihat lebih sederhana, jika dibandingkan dengan PN yang didominasikan oleh PAS dan Bersatu.
“Apabila keputusan diketahui, saya menerima banyak mesej, rakyat mahu BN bekerjasama dengan PH, tapi saya sukar melihat bagaimana ia boleh berlaku.”
“Blok Borneo tidak akan bekerjasama dengan DAP, termasuk juga Umno, timbul kesulitan untuk bersama dengan DAP. Orang Melayu tidak menerimanya,” kata sumber itu.
Sumber berkenaan berkata, realitinya adalah Umno tidak pernah mengambil pengajaran daripada pilihan raya umum 2018.
“Kita kalah pada 2018 dan mengambil jalan singkat untuk berkuasa semula. Akhirnya, rakyat melihat kita pada pilihan raya ini dan rakyat menyimpulkan kita tidak benar-benar berubah.
“Kita tidak layak pun berada dalam kerajaan, dan kita perlu mendapatkan semula keyakinan dan sokongan rakyat. Tiada jalan singkat untuk itu. Umno, BN perlu berubah.”
Sumber berkata, beliau percaya Umno wajib tidak menyertai kerajaan walaupun parti itu memutuskan untuk memecah kebuntuan antara PN dan PH.
“Adalah lebih baik bagi kita mengadakan memorandum persefahaman dengan sesiapa sahaja yang kita bantu membentuk kerajaan, mungkin menjurus kepada PN.
“Namun, kita tidak patut memegang sebarang jawatan Kabinet dan perlu memainkan peranan sebagai parti pembangkang ketika menjalani proses pembaharuan,” kata sumber itu.
Umno akan memanggil mesyuarat membabitkan Biro Politik disusuli mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) hari ini susulan prestasi merudum pada pilihan raya kali ini.
Jumlah cukup untuk bentuk kerajaan, kata Anwar

SUBANG JAYA: Pengerusi Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim, mendakwa gabungan itu sudah mempunyai jumlah sokongan mencukupi untuk membentuk kerajaan.
Katanya, PH telah mengadakan suatu persefahaman dengan wakil rakyat lain, dan gabungan itu sudah meraih “majoriti”.
“Majoriti bermaksud lebih daripada 111,” katanya pada sidang media PH.
“PH ialah pakatan besar…faham tiada parti yang memperoleh majoriti mudah, memerlukan beberapa proses perbincangan bagi pembentukan kerajaan.”
Anwar bagaimanapun enggan menjawab pertanyaan wakil-wakil rakyat terbabit daripada parti mana, kerana beliau hanya boleh bercakap bagi pihak PH.
Anwar berkata dakwaan Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin bahawa PN boleh membentuk kerajaan adalah mustahil.
“(Kita) cakap tentang fakta. Kalau khabar angin, perlu tanya Muhyiddin,” katanya.
Ditanya sama ada PH bekerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak, Anwar sekadar berkata beliau menyambut baik perkara itu, “tapi tak boleh cakap banyak pasal perkara ini”.
PRU15: PN mungkin bersama BN bentuk kerajaan di Perak
IPOH - Perikatan Nasional (PN) sedang mempertimbang untuk bergabung dengan BN bagi membentuk kerajaan negeri di Perak.
Timbalan Pengerusi PN Perak, Razman Zakaria berkata, keputusan itu dibuat selepas parti itu tidak memperoleh majoriti mudah 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentuk kerajaan negeri.
Menurutnya, PN hanya memenangi 26 kerusi DUN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan memerlukan sekurang-kurangnya empat kerusi bagi menubuhkan kerajaan.
Kita sedang melakukan perbincangan dengan rakan sebelah sana iaitu BN. Pendirian kita jelas tidak akan bersama-sama dengan PH.
"Perbincangan akan dibuat di peringkat pimpinan negeri dan pusat bagi membolehkan kerajaan negeri dapat dibentuk," katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di Wisma Purnama di sini pada, awal pagi Ahad.
Pada PRU15, PN berjaya memenangi kerusi DUN Pengkalan Hulu, Kenering, Selama, Kubu Gajah, Batu Kurau, Titi Serong, Kuala Kurau, Alor Pongsu, Gunung Semanggol.
Selain itu, mereka turut berjaya merampas kerusi Selinsing, Kuala Sepetang, Trong, Changkat Jering, Chenderoh, Lubok Merbau, Manjoi, Bukit Chandan, Manong, Sungai Manik, Kampung Gajah, Pasir Panjang, Pangkor, Changkat Jong, Bota dan Slim.
Berdasarkan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sehingga 9 Oktober, seramai 2,036,872 orang telah mendaftar sebagai pengundi di Perak.
MAHIADDIN TIDAK LAYAK JADI PEMIMPIN DI NEGARA BERBILANG KAUM SEPERTI MALAYSIA
Tuduhan liar Pengerusi PN, Mahiaddin Md Yasin yang mengaitkan PH dengan kumpulan Yahudi dan Kristian yang cuba mengambil alih Malaysia, bukan saja menunjukkan keterdesakannya berikutan gabungan itu kian ditolak rakyat menjelang hari pengundian esok, malah juga menunjukkan beliau bakal kalah di Pagoh.
Dengan membuat tuduhan liar itu, Mahiaddin dengan ini tentunya berharap ada keajaiban di saat-saat akhir mengelakkan kekalahan itu.
Malah, jika kekalahan juga menimpa dirinya dan PN, beliau dengan ini sudah ada dalil baru untuk mewajarkan kekalahan itu nanti.
Yang nyata, dengan tuduhan sebegitu rupa, Mahiaddin kini nampaknya semakin dikuasai Pas dalam pemikiran dan hujah politiknya kerana sebelum ini hanya parti Islam itu saja yang galak membuat tuduhan melampau terhadap kaum dan agama lain untuk meraih sokongan pengundi Melayu.
Bermakna, jika dulu Mahiaddin pernah menuduh Pas sebagai parti ajaran sesat, terlihat kini beliau sendiri telah tersesat dalam membawa dirinya sendiri dalam politik di sebuah negara yang berbilang kaum.
Kesiannnya…
Dalam tuduhan liarnya dalam sebuah majlis di Johor semalam, beliau mendakwa, ada sekumpulan Yahudi dan Kristian sedang merancang untuk mengambil alih negara ini.
“Bagi saya ini bahaya. Apakah bermakna akan berlaku proses Kristianasasi? Kita dah dengar cerita ini bukan?
“Di Kuala Lumpur dan di Petaling Jaya, kalau ada gereja hari Ahad, ada juga orang-orang Melayu pergi sana. Rupanya dah masuk Kristian,” katanya yang mengaitkan PH dengan gerakan tersebut.
Sementara itu, Majlis Gereja Malaysia mengecam tuduhan liar Mahiaddin yang tidak bertanggungjawab itu, malah menyifatkannya mempunyai kecenderungan untuk menimbulkan ketegangan dan persengketaan kaum dan agama di negara ini.
Sebagai bekas Perdana Menteri dan pernah pula memegang jawatan Menteri Dalam Negeri, tuduhan Mahiaddin setelah hilang kuasa ini benar-benar memperlihatkannya tidak layak menjadi pemimpin di sebuah negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia.
Menjadi pemimpin kepada rakyat berbilang kaum, seseorang itu harus mempunyai perasaan kasih sayang, keadilan dan baik hati kepada semua golongan – Melayu, bukan Melayu, Islam dan juga bukan Islam – serta tidak semudahnya membuat tuduhan melulu dan tanpa asas.
Jika benar ada berlaku seperti yang dituduhnya itu, mengapa semasa memegang jawatan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri sebelum ini, beliau bukan saja tidak pernah bertindak, malah tidak pernah juga bersuara langsung mengenainya?
Apa yang dilakukannya semasa ada jawatan?
Goyang telur atau sibuk memperkaya anak dan mennantu?
Kenapa hanya bising setelah tiada kuasa?
Berikutan Mahiaddin sendiri telah mempamerkan dirinya tidak layak menjadi pemimpin di negara berbilang kaum, walaupun bercita-cita besar untuk kembali sebagai Perdana Menteri, pengundi dengan ini tidak perlu berfikir panjang lagi dalam membuat keputusan.
Beliau mesti dikalahkan di Pagoh dan gabungan PN yang dipimpinnya juga jangan sesekali diberi undi serta ruang untuk terus menghuru-harakan keharmonian di negara ini. – ShahbudinHusin 18/11/2022.
BLOG INI AKAN CUBA MEMBAWA INFO TERKINI KEPUTUSAN PILIHANRAYA MALAM INI. SILA REFRESH BLOG INI UNTUK KEPUTUSAN TERKINI
SEHINGGA KINI TIDAK RASMI PH TELAH MENDAHULUI DENGAN 48 KERUSI
PN 12 KERUSI
HAMPIR 100 MEDIA DI HOTEL MENUNGGU KEPUTUSAN PH
GOMBAK - PH MENDAHULUI
MUAR - MUDA MENDAHULUI
TERKINI
PH MENDAHULUI DENGAN 50 KERUSI
PN DENGAN 25 KERUSI
BN 18 KERUSI
TITIWANGSA
JOHARI DAHULUI
KHALID SAMAD
PERSAINGAN SENGIT.
Presiden
MCA Wee Ka Siong mendahului dengan beza 1,000 undi di Ayer Hitam mengatasi
calon PH yang mengekor rapat. Hampir 80 peratus undi dikira.
Wee kini meraih 14,898 undia, manakala Sheikh Omar Bagharib Ali
dari DAP mendapat 13,845 undi.
PN di tempat ketiga dengan 8,900 undi.
TERKINI
PH 67 KERUSI
PN 36 KERUSI
BN 21 KERUSI
TIDAK RASMI PH 69 KERUSI
TAMBUN.
PH 43876
PN 39512
BN 36380.
MAJORITI 4364.
Harap tak berdebar lagi ye.
PAHANG 4 PARLIMEN
HARAPAN TERKINI TAK RASMI 75
PN -42
BN -22
P135 - Alor Gajah leading : ADLY ZAHARI leading 1k+!
P137 - Hang Tua Jaya: Adam Ali leading 3K+ !
P138 - Kota Melaka: KHOO POAY TIONG leading 35k+
GPS -21
HARAPAN TERKINI TAK RASMI 75
PN -42
BN -22
ZAHID HAMIDI TEWAS ???
TAMBUN.
PH 43876
PN 39512
BN 36380.
MAJORITI 4364. Saya tak pasti ia sudah rasmi atau tidak. Latest
100 wartawan telah berkumpul di sini ( Subang ). DS Anwar pun sudah tiba di
Grand Dorsett Subang bersama MP Harapan.
TERKINI TAMBUN
DSAI-8254
PEJA 8009
245 UNDI
MAIL PENYU MENANG DENGAN MAJORITI 2000+
PH 4 KERUSI DI SABAH
ADMIN REHAT ...
SEMOGA SEMUA NEGERI PEROLEH 80% UNDI
Alhamdullilah… Perak
negeri pertama melepasi 80% benchmark pengundi tahun 2018. This is at 3pm. A
good sign of wind of change.
Adakah 80% akan tercapai di peringkat Nasional?
Kita doakan!
~LM~
PH YAKIN LEPASI 100 KERUSI

PH yakin lepasi 100 kerusi
on:
Tahap sokongan pengundi kepada Umno menjadi yang terburuk dalam sejarah pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini.
Menurut Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, berdasarkan kaji selidik terkini melalui kaedah panggilan telefon interactive voice response (IVR), pengundi Melayu ditanya gabungan manakah akan diundi dan sistem mendapati Umno berada pada kedudukan 26.7%.
“(Sedangkan) tahap sokongan pengundi Melayu menjelang PRU14 adalah 33.6% yang menunjukkan keadaan Umno BN adalah lebih parah sekarang berbanding PRU14.
“Sokongan pengundi Melayu kepada PH dan PN pula adalah hampir sama, iaitu di antara 22% ke 23%. Tahap sokongan Melayu kepada PH kali ini adalah lebih tinggi daripada PRU14,” katanya.
Di samping itu, pengarah agensi tinjauan melibatkan big data itu membayangkan telah berlaku pola peralihan sokongan pengundi Melayu daripada BN kepada PH.
Katanya, jumlah pengundi Melayu yang belum membuat keputusan telah meningkat dari minggu lepas kepada 24%, iaitu pertambahan 4% dalam masa seminggu. Hal itu menunjukkan lebih ramai pengundi Melayu menukar keputusan daripada mengundi Umno BN minggu lepas, kepada “Belum buat keputusan” yang membayangkan mereka beralih kepada PH minggu ini.
“Manakala sokongan pengundi Cina dan India kepada PH pula telah kembali ke paras PRU14,” katanya.
Secara keseluruhan, menurut Pengarah Pilihan Raya KEADILAN itu, sokongan pengundi pelbagai bangsa ke atas PH mengatasi sokongan kepada UMNO/BN dan PN di semua peringkat umur pengundi.
Peningkatan paling ketara, menurut Rafizi berlaku dalam kalangan pengundi di atas 55 tahun dengan PH mendahului pada paras 36% berbanding BN – 31% dan PN –11%.
Diikuti dengan kumpulan pengundi 25 – 54 tahun di mana PH mendahului pada paras 30% berbanding BN – 22% dan PN – 18%).
“Sokongan keseluruhan pengundi muda 18-24 tahun pula adalah hampir sama bagi ketiga-tiga gabungan iaitu dalam julat 20% – 25%.
“Jika pola sokongan ini tidak berubah menjelang hari mengundi esok dan jumlah keluar mengundi melebihi 75%, PH dijangka akan dapat memenangi lebih daripada 100 kerusi Parlimen di seluruh negara,” katanya.
Oleh itu, Rafizi mahu rakyat meneruskan gelombang kebangkitan dengan menyertai beliau bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan KEADILAN PH di Ceramah Mega Grand Finale #AyuhMalaysia #KitaBoleh malam ini, 18 November 2022 di Padang MPAJ, Pandan Indah bermula 8.30 malam.
Beliau berharap pengundi akan teguh pendirian dan menterjemahkan sokongan mereka di aats kertas undi sepanjang hari esok.
Saya optimis melihat tahap sokongan seluruh negara - Anwar
Pakatan Harapan (PH) diharap mampu mencapai sasaran membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu hari ini.
Hal itu disampaikan kepada wartawan yang mengikuti Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuang undi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, Permatang Pauh, Pulau Pinang, pagi ini.
Anwar yang tiba awal di sekolah berkenaan dikerumuni pemberita bertanya mengenai harapan beliau setelah selesai proses pengundian kelak.
"Saya rasa amat bersemangat. Pilihan raya adalah (menguji) kehendak rakyat. Kita harus tunggu keputusan mereka.
"Saya optimis melihat tahap sokongan di seluruh negara," katanya dipetik Astro Awani.
Anwar berharap PH akan melepasi ujian sokongan rakyat sekali bagi sebagaimana Pilihan Raya Umum ke 14 lalu.
"Mood rakyat kelihatan positif tetapi ujian sebenar adalah pengundian," katanya lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)






