MAHIADDIN TIDAK LAYAK JADI PEMIMPIN DI NEGARA BERBILANG KAUM SEPERTI MALAYSIA

 

Tuduhan liar Pengerusi PN, Mahiaddin Md Yasin yang mengaitkan PH dengan kumpulan Yahudi dan Kristian yang cuba mengambil alih Malaysia, bukan saja menunjukkan keterdesakannya berikutan gabungan itu kian ditolak rakyat menjelang hari pengundian esok, malah juga menunjukkan beliau bakal kalah di Pagoh.

Dengan membuat tuduhan liar itu, Mahiaddin dengan ini tentunya berharap ada keajaiban di saat-saat akhir mengelakkan kekalahan itu.

Malah, jika kekalahan juga menimpa dirinya dan PN, beliau dengan ini sudah ada dalil baru untuk mewajarkan kekalahan itu nanti.

Yang nyata, dengan tuduhan sebegitu rupa, Mahiaddin kini nampaknya semakin dikuasai Pas dalam pemikiran dan hujah politiknya kerana sebelum ini hanya parti Islam itu saja yang galak membuat tuduhan melampau terhadap kaum dan agama lain untuk meraih sokongan pengundi Melayu.

Bermakna, jika dulu Mahiaddin pernah menuduh Pas sebagai parti ajaran sesat, terlihat kini beliau sendiri telah tersesat dalam membawa dirinya sendiri dalam politik di sebuah negara yang berbilang kaum.

Kesiannnya…

Dalam tuduhan liarnya dalam sebuah majlis di Johor semalam, beliau mendakwa, ada sekumpulan Yahudi dan Kristian sedang merancang untuk mengambil alih negara ini.

“Bagi saya ini bahaya. Apakah bermakna akan berlaku proses Kristianasasi? Kita dah dengar cerita ini bukan?

“Di Kuala Lumpur dan di Petaling Jaya, kalau ada gereja hari Ahad, ada juga orang-orang Melayu pergi sana. Rupanya dah masuk Kristian,” katanya yang mengaitkan PH dengan gerakan tersebut.

Sementara itu, Majlis Gereja Malaysia mengecam tuduhan liar Mahiaddin yang tidak bertanggungjawab itu, malah menyifatkannya mempunyai kecenderungan untuk menimbulkan ketegangan dan persengketaan kaum dan agama di negara ini.

Sebagai bekas Perdana Menteri dan pernah pula memegang jawatan Menteri Dalam Negeri, tuduhan Mahiaddin setelah hilang kuasa ini benar-benar memperlihatkannya tidak layak menjadi pemimpin di sebuah negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia.

Menjadi pemimpin kepada rakyat berbilang kaum, seseorang itu harus mempunyai perasaan kasih sayang, keadilan dan baik hati kepada semua golongan – Melayu, bukan Melayu, Islam dan juga bukan Islam – serta tidak semudahnya membuat tuduhan melulu dan tanpa asas.

Jika benar ada berlaku seperti yang dituduhnya itu, mengapa semasa memegang jawatan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri sebelum ini, beliau bukan saja tidak pernah bertindak, malah tidak pernah juga bersuara langsung mengenainya?

Apa yang dilakukannya semasa ada jawatan?

Goyang telur atau sibuk memperkaya anak dan mennantu?

Kenapa hanya bising setelah tiada kuasa?

Berikutan Mahiaddin sendiri telah mempamerkan dirinya tidak layak menjadi pemimpin di negara berbilang kaum, walaupun bercita-cita besar untuk kembali sebagai Perdana Menteri, pengundi dengan ini tidak perlu berfikir panjang lagi dalam membuat keputusan.

Beliau mesti dikalahkan di Pagoh dan gabungan PN yang dipimpinnya juga jangan sesekali diberi undi serta ruang untuk terus menghuru-harakan keharmonian di negara ini. – ShahbudinHusin 18/11/2022.




No comments: