#LIVE Majlis peluncuran karya terbaru Dato' Seri Anwar Ibrahim

PANAS !! : PAKATAN HARAPAN SEDIA AMBIL ALIH KERAJAAN UTK SELAMATKAN MALA...

[LANGSUNG] Sidang media Timbalan Presiden KEADILAN | 3 November 2022

BADAK DAH DI KAJANG....DOA RAKYAT SEKELIAN ALAM.




 

DAH TU ..HANG P LA LAWAN WALAU NEGERI DAP SEKALI PUN...MASUK LA LAWAN DI PENANG KA DI NEGERI MELAYU MANA KA..

 

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata DAP telah mencapai agendanya untuk menembusi negeri-negeri Melayu dengan menggunakan orang Melayu di dalam Pakatan Harapan (PH).

Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri berkata usaha DAP untuk memperluaskan pengaruhnya di kerusi-kerusi majoriti orang Melayu akhirnya sampai ke Kedah apabila parti komponen PH, AMANAH, menyerahkan kerusi Parlimen Jerai untuk ditandingi DAP.

“Presiden PAS (Tan Sri Abdul Hadi Awang) telah memberi amaran sebelum ini bahawa DAP akan mengambil kesempatan terhadap orang Melayu (dalam PH) untuk mendapatkan kuasa di kerusi majoriti Melayu dan ancaman itu akhirnya tiba di Kedah.

“Kerusi Parlimen Jerai yang mempunyai 80 peratus pengundi Melayu akhirnya ditembusi DAP,” kata Sanusi dalam ucapannya pada perhimpunan memperkenalkan calon PN yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Kedah, malam tadi.

Majlis itu diadakan di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, turut dihadiri Hadi yang juga Timbalan Pengerusi PN.

Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS berkata penyingkiran Pengerusi AMANAH Kedah Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi daripada parti itu adalah harga yang perlu dibayarnya kerana meninggalkan perjuangan PAS.

“Saya kasihan kepadanya (Phahrolrazi) walaupun dia telah meninggalkan kami untuk menubuhkan AMANAH di negeri ini, tetapi saya hanya mampu tersenyum.

“Ini membuktikan amaran presiden (Abdul Hadi) bahawa mereka yang meninggalkan PAS akan membayar harganya,” katanya.

Dalam laungan perjuangannya untuk PRU-15 pada 19 November, Sanusi berkata PN negeri bertekad untuk memastikan Barisan Nasional (BN) dan PH tidak akan kembali berkuasa di Kedah.

Beliau berkata jentera pilihan raya PN akan bekerja keras mempertahankan negeri ini daripada BN dan PN.

“Di Kedah kami bertekad untuk tidak membenarkan PH atau BN pimpinan DAP bangkit semula di negeri itu.

“Kita akan pastikan, selagi boleh, Kedah akan kekal di bawah kerajaan PN,” katanya sambil melahirkan keyakinan PN akan memenangi kesemua 15 kerusi Parlimen pada pilihan raya nanti.


Menjelang PRU-15, nilai ringgit terus menjunam menghampiri RM4.80



Nilai mata wang ringgit terus merosot pagi ini berbanding dolar Amerika, menyusut menjadi 4.7420/7450 berbanding dolar AS daripada penutupan Selasa pada 4.7345/7375.

Kejatuhan ringgit terburuk dalam sejarah negara ini untuk lima hari berturut-turut semasa negara sedang bersiap-sedia mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November depa.

Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz, berkata dolar AS sekali lagi meningkat berbanding ringgit menjelang keputusan kadar faedah AS pada hari Rabu.

“Fed dijangka menaikkan kadar faedah sebanyak 0.75 peratus. Sekiranya kenaikan itu menjadi kenyataan, ia kenaikan keempat berturut-turut pada kadar peratusan berkenaan.

“Kenaikan yang sejajar dengan jangkaan mungkin menyaksikan nilai dolar jatuh pada mulanya, kerana pasaran telah pun mengambil kira kenaikan ini.

“Justeru, pelabur akan memberi perhatian kepada kenyataan Fed pada sidang media selepas pengumuman keputusan itu, yang akan menetapkan hala tuju untuk langkah dasar monetari masa depan,” katanya menurut laporan Bernama.

Selain itu, beliau berkata pelabur juga perlu menghalakan tumpuan kepada keputusan kadar faedah Malaysia yang akan dikeluarkan pada Khamis.

Bank Negara Malaysia (BNM) diunjur menaikkan Kadar Dasar Semalaman daripada 2.5 peratus kepada 2.75 peratus, peningkatan yang jauh lebih kecil daripada yang dijangkakan di AS.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali yen Jepun.

Mata wang tempatan menambah nilai berbanding euro kepada 4.6879/6909 daripada 4.7033/7062 pada penutup Selasa, meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3536/3562 daripada 3.3571/3595, dan lebih tinggi berbanding pound Britain kepada 5.4547/4582 daripada 5.4608/4642.

Bagaimanapun, ringgit menyusut nilai berbanding yen Jepun pada 3.2202/2224 daripada 3.2107/2130 semalam.

Ringgit terus menjunam pagi ini, indeks saham jatuh 4.96 mata










 Ringgit terus jatuh ketika diniagakan pagi ini (Khamis, 3 November 2022) berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) setelah peniaga mengambil langkah berhari-hari menjelang mesyuarat Bank Negara Malaysia (BNM) yang mungkin menaikkan lagi kadar dasar semalaman (OPR).

Pada 9 pagi, ringgit jatuh kepada 4.7410 berbanding dolar AS, setelah ditutup pada 4.7360 semalam.

Pelabur kini dikatakan sedang menunggu keputusan BNM mengenai kadar faedah Malaysia yang akan diumumkan hari ini.

BNM dijangka menaikkan OPR daripada 2.5 peratus kepada 2.75 peratus sekali gus akan menaikkan kadar faedah kepada pinjaman.

Selain itu, pergerakan ringgit turut dipengaruhi oleh pengumuman Rizab Persekutuan (Fed) AS yang menaikkan lagi OPR sehingga 75 mata asas (bps).

Fed menaikkan kadar pinjaman penanda aras sebanyak 0.75 mata peratusan, daripada 3.25 peratus kepada 4 peratus pada hari Rabu.

Pengerusi Fed Jerome Powell dilaporkan berkata beliau masih tidak melihat unsur-unsur yang akan memerlukan sela masa dalam kenaikan kadar faedah, tetapi keputusan yang lebih konkrit akan diambil dalam mesyuarat seterusnya pada Disember.

Sementara itu, ringgit dilaporkan didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit menokok berbanding euro kepada 4.6566 daripada 4.6910 pada penutup semalam, dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3456 daripada 3.3551 (semalam).

Mata wang tempatan juga naik berbanding pound kepada 5.4019 daripada 5.4445, dan meningkat berbanding yen kepada 3.2169 daripada 3.2185 (semalam).

Sementara itu, Bursa Malaysia dibuka rendah dengan kebanyakan indeks di zon negatif berikutan sentimen belian yang lebih lemah, apabila Wall Street jatuh selepas Fed menaikkan kadar sebanyak 75 bps dan membayangkan kenaikan yang lebih kecil akan menyusul ketika ia terus melawan inflasi.

Pada 9.06 pagi ini, indeks penanda aras FBM KLCI jatuh 4.96 mata kepada 1,446.65, daripada penutupan semalam pada 1,451.61.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 209 berbanding 77, manakala 215 kaunter tidak berubah, 1,824 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 177.37 juta unit bernilai RM47.95 juta.



JIKA SURAT AKUJANJI ITU PALSU, IA KERJA SIAPA?

 Sejak petang semalam, berlegar satu surat akujanji melibatkan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan calon BN bagi kerusi Parlimen Lenggong, Shamsul Anuar Nasarah.

Isi akujanji itu antara lain ialah ikrar menyokong Zahid Hamidi sebagai calon Perdana Menteri selepas PRU15 akan datang, bersetuju agar dihentikan semua siasatan terhadap pemimpin parti dan menyokong pembentukan kerajaan dengan mana-mana parti lain.

Bagaimanapun, tidak lama selepas surat itu beredar, Shamsul Anuar tampil dengan menegaskan ianya adalah palsu dan tidak benar.

Beliau yang juga Pengarah Komunikasi BN berkata, tiada sebarang akujanji sebegitu dilakukan.

“Perkara ini nyata suatu usaha jahat daripada pihak tidak bertanggungjawab dan suatu perancangan untuk memburukkan UMNO dan BN ketika musim kempen PRU15,” katanya pada satu kenyataan di Facebook media rasmi BN Comms.


Secara peribadi, saya sendiri yakin surat itu adalah palsu dan tidak benar.Tidak mungkin Zahid Hamidi tidak secerdik itu mahu membuat surat akujanji sedemikian yang kandungannya adalah untuk kepentingannya.

Lagi pula, jika wujud akujanji sedemikian, ia sudah tentu akan ditandatangani oleh semua calon BN, termasuk mereka yang memihak kepada Ismail Sabri Yaakob dan Ismail Sabri sendiri.

Sudah pasti juga bukan satu akujanji yang bergentayangan di media sosial sekarang ini, malah berpuluh-puluh.

Tambahan lagi, isu calon Perdana Menteri bagi BN boleh dikira isu yang sudah selesai dengan Ismail Sabri telah dinamakan sebagai calon Perdana Menteri dan ia tidak seharusnya berbangkit lagi.

Cuma, jika akujanji itu palsu, ia kerja siapa?

Adakah ia kerja daripada kem pemimpin yang digugurkan sebagai calon BN koleh Zahid Hamidi baru-baru ini dengan tujuan untuk merosakkan imej Presiden UMNO itu di mata rakyat?

Adakah ia kerja blok pembangkang?

Atau adakah ia mainan kem Zahid Hamidi sendiri untuk tujuan yang mereka saja tahu maksudnya?

Bagi kem Ismail Sabri pula, tidak ternampak ada logiknya untuk mereka merekayasa akujanji palsu seperti itu kerana ia jelas tidak membawa apa-apa keuntungan.

Begitu juga dengan blok pembangkang, tidak ada isu mereka perlu berbuat demikian kerana yang ingin dikalahkan oleh mereka ialah BN secara keseluruhan, bukannya salah satu antara Zahid Hamidi atau Ismail Sabri.

Jadi, ada dua pihak saja yang tinggal – kem Zahid Hamidi sendiri atau daripada kem calon-calon UMNO yang digugurkan – dan antara keduanya, siapakah yang paling mungkin melakukan surat palsu itu?

Satu lagi, kenapa surat akujanji yang disebarkan itu hanya melibatkan Shamsul Anuar yang diketahui umum memang penyokong ketat Zahid Hamidi dan diketahui berjawatan Pengarah Komunikasi BN?

Kenapa tidak melibatkan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain? – ShahbudinHusin 03/11/2022.

 

UNDI ANDA ADALAH PENENTU


 Zunar cartoonist fan club.


INI KALAU RAFIZI TAHU MAHU SAKIT NI


 

UMNO DAN PEMIMPIN INI TIDAK AKAN WUJUD KALAU TAK MAIN ISU PERKAUMAN.

 

MENTERI INI PERNAH UGUT KAUM GURU AKAN DIPECAT JIKA TAK SOKONG UMNO. AKHIRNYA DIA TEWAS. PUNYA LA BOSO PIANG...




Kalau tak main isu kaum, UMNO memang dah lama mati. Sebab UMNO tak ada satu apa kebaikan pun. Memerintah sudahlah teruk, mencuri duit kerajaan sampai negara banyak berhutang. Cuma isu kaum sajalah talian hayat UMNO.

Sama ada DAP berlakon atau apa sekali pun bila meletakkan calon Melayu, setidaknya terbukti yang DAP bukan parti rasis. Tak seperti MCA. selama sejarah MCA, tak pernah ada calon selain Cina.

Bukan setakat itu, calon muslim pun tak pernah ada walaupun ada ahli MCA yang beragama Islam. MCA lebih jelas rasis dan kalau ikut cara perkiraan UMNO boleh kita katakan MCA anti Islam.

UMNO takkan berpaling daripada memainkan isu kaum sebegini. Malah jika ditakdirkan DAP diketuai oleh Melayu pun, tetap UMNO akan kata DAP anti Melayu. Sebab itu sahaja modal yang UMNO ada.

Hakikatnya, yang tipu Melayu, yang rompak wang negara, kayakan kroni, jual rizab Melayu, amalkan rasuah, semuanya adalah Melayu. Dan semua dari UMNO. Yang tu tak nak pulak dia cerita. Guane boh?

Raja Gelap

 

Manifesto Tawaran HARAPAN bukan populis, boleh dilaksanakan - Anwar





Berbeza dengan manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14, Tawaran HARAPAN yang dilancarkan hari ini tidak bersifat populis dan mempunyai asas untuk dilaksanakan.



Hal itu ditegaskan oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media selepas pelancaran manifesto PH pagi tadi.



"Jawatankuasa yang diamanahkan untuk merangka awal mengambil kira kos dan juga implikasi kewangan keseluruhannya, dan juga tuntutan dari rakyat.



"Jadi untuk mengatakan ini sebagai tidak realistik atau populis saya rasa kurang tepat. Baca dulu dan lihat. Dia (manaifesto) harus menyentuh dan menyantuni rakyat maka dia harus juga popular.



"Tetapi dia juga harus terikat dengan kerangka besar pemahaman kita tentang ekonomi, menjana pertumbuhan, memastikan pertumbuhan ekonomi itu lebih mapan. Tetapi pertumbuhan harus menjaga kepentingan rakyat melalui program penjagaan yang betul. Kalau sekarang ini apa yang berlaku kontrak besar, dulu 1MDB, sekarang DNB semua itu diguna untuk memperkaya segelintir kecil. Kalau itu dapat dihentikan maka pengagihan lebih adil bagi rakyat," katanya.



Bagi jangka masa bertindak pula, menurut bakal Perdana Menteri ke 10 itu, PH menetapkan 5 tahun atau sepenggal untuk melengkapkan kesemua tawaran yang dibuat.



Namun begitu, beliau berjanji tidak akan mengulangi manifesto PH 2018 yang mungkin tidak begitu kemas disediakan pada waktu itu.



"Kita ada jangka masa 5 tahun. Tetapi kita ada keutamaan yang kita mula sekarang, tertakluk kepada keupayaan kewangan.



"Jawapan kita ialah komitmen mesti diteruskan kerana saya tidak ada pengalaman 2018. Kali ini (manifesto) dibahaskan dengan teliti dan lihat implikasi kewangan. Kita percaya keupayaan dan (perkara) dilaksanakan segera," katanya.



Mengulas mengenai sokongan yang diterima PH ketika ini, Anwar berpuas hati dan menganggap ianya dalam keadaan terbaik.



Cuma beliau menyeru pengundi Atas Pagar mempertimbangkan untuk menyokong PH bagi mewujudkan sebuah negara yang bersih daripada rasuah dan meletakkan kembali Malaysia ke atas landasan pembangunan yang betul.



"Rayuan saya kepada Atas Pagar ialah untuk menggunakan peluang ini memilih wakil rakyat yang komited kepada agenda refomasi.



"Sebab kalau tidak, dan pilih misalnya wakil dari BN, ia akan membawa ke sistem korup, PN pula berkecamuk seperti dilihat dalam isu Covid (era PM Muhyiddin Yassin) yang tidak telus. Jika mahu Malaysia masuk ke dalam landskap politik baru, tadbir urus, akauntabiliti, demokratik, kita harus memutuskan dan undi wakil yang mewakili polisi PH" katanya.



Anwar dalam pada itu menganggap keadaan dua lagi gabungan yang menyaingi PH tidak benar benar mantap dan PH mendahului mereka dari segi sokongan popular.



"Kita lihat keadaan berkecamuk dalam BN, dalam PN pula kita lihat Pas boleh sokong Gerakan yang menentang hudud terang terangan, dan dalam masa sama dia serang DAP. Saya lihat Gerakan umpamanya mengeluarkan kenyataan yang jauh lebih keras terhadap Islam tetapi itu dikompromi. Itu dijadikan isu dalam ulasan kita menjawab. Saya tidak fikir ini masalah.



"Cuma untuk sekarang kita mahu mencari simple majority dan inshaAllah dengan kempen dan tahap sokongan seperti dilihat di Miri dan Tuaran semalam, orang lebih teruja untuk menyokong PH



"Waktu ini kita di depan. Apa yang kita mahu pengundi Atas Pagar memberi kami mandat untuk menyelamatkan negara ini dari korupsi," katanya.

 

SUSUNAN CALON ZAHID HAMIDI, WALAU ADA CIRI KEBERANIAN, RAMAI YAKIN CUMA MAMPU MENANG KURANG 40 KERUSI PARLIMEN

 

Daripada satu segi, berdasarkan senarai calon-calon BN yang diumumkan semalam, ia dengan ketara menunjukkan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi memiliki suatu keberanian yang boleh diberikan pujian.

Bukan senang untuk mengenepikan mereka yang berjawatan menteri dan timbalan menteri daripada terus dicalonkan, terutama jika mereka itu masih ghairah dengan jawatan tersebut dan berjawatan tinggi pula dalam parti.

Lima menteri – Shahidan Kassim, Annuar Musa, Noh Omar, Dr. Adham Baba dan Halimah Saddique – telah tidak dicalonkan semula beserta sejumlah timbalan menteri dan mereka yang berpengaruh yang lain sebagaimana diumumkan dalam majlis pengumuman senarai calon yang diadakan malam tadi.

Tetapi, Zahid Hamidi telah berjaya melakukannya sehingga jumlah menteri dan timbalan menteri yang digugurkannya kali ini boleh dikata yang teramai sekali tercatat dalam sejarah UMNO.

Menggugurkan muka lama untuk digantikan dengan muka baru memang suatu langkah terpuji dan proses yang baik untuk masa depan parti.

Tetapi, mengundurkan terlalu ramai menteri dan timbalan menteri dalam keadaan UMNO lemah serta cabaran parti lawan pula kuat tentu saja boleh mengundang masalah.

Bukan saja mereka yang digugurkan itu boleh melakukan sabotaj dan tidak menggerakkan jentera pilihan raya, bahkan mereka juga boleh dipikat oleh parti lawan untuk terus bertanding bagi menentang BN.

Setakat ini Shahidan Kassim dan Annuar Musa nampaknya hampir pasti akan bertanding atas tiket parti lawan bagi menentang calon BN di kawasan yang diwakilinya sebelum ini.

Perkhabaran yang diterima mengesahkan kedua-duanya masih mampu menang, biar pun bertanding atas tiket parti lain.

Kalau pun yang lain yang digugurkan itu tidak turut sama bertanding dan beralih menyokong parti lawan, kekecewaan penyokong terhadap mereka yang tidak terpilih itu akhirnya akan menyebabkan ramai ahli parti jadi lemah semangat, tidak mahu bekerja atau mungkin akan mengundi parti lain.

Semua ini pasti mengurangkan peluang BN untuk menang di kawasan tersebut.

Sementara itu, walaupun terlihat memiliki keberanian, Zahid Hamidi dilihat tidak cukup bijaksana dalam memilih dan mengatur calon-calon baru yang cuba diketengahkannya.

Muka-muka baru yang diketengahkannya dilihat tidak benar-benar berwibawa, bersih, memiliki rekod yang baik serta diterima masyarakat setempat untuk menjadi pengganti yang lebih baik kepada muka lama yang digugurkannya itu.

Sesetengahnya terlalu mentah, baru dalam politik dan tidak setanding imejnya dengan mereka yang digugurkan, walhal ada calon lain dalam bahagian berkenaan yang boleh diketengahkan.

Di sana-sini mulai kedengaran pelbagai cerita tidak baik, malah gambar-gambar calon-calon baru itu dalam keadaan tidak sewajarnya juga mula bertebaran di media sosial.

Semua ini pasti mengurangkan peluang BN untuk menang di kawasan tersebut.

Kali ini juga agak ramai calon luar kawasan atau calon payung terjun ditampilkan – misalnya Ketua Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki dari Kelantan ke Gerik, Perak; Ketua Puteri UMNO, Zahida Zarik Khan dari Selangor ke Padang Besar, Perlis; Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan dari Selangor ke Alor Gajah Melaka; Hasni Mohamad dari Pontian ke Simpang Renggam; Dr Mashitah Ibrahim dari Baling ke Kuala Kedah dan Razali Ibrahim dari Muar ke Pagoh.

Harus difahami UMNO adalah parti berdasarkan kawasan dan mereka yang aktif di kawasan itu biasanya akan dipilih sebagai calon di kawasan berkenaan.

UMNO sukar menerima calon luar dan sebab itu jarang-jarang calon UMNO diletakkan bertanding ke kawasan lain, malah ramai yang kalah kerana bertanding di luar kawasan seperti Megat Junid Megat Ayob daripada Pasir Salak tapi kalah apabila dipindahkan bertanding ke Parit.

Bekas Bendahari UMNO, Azim Zabidi juga pernah kalah apabila diarahkan bertanding di Bukit Gantang daripada kawasannya aktif berpolitik di Bukit Bintang, Wilayah Persekutuan.

Penolakan pengundi tempatan, ditambah dengan UMNO bahagian turut tidak memberi sokongan sebaiknya, ini boleh menyebabkan calon luar atau calon payung terjun berkenaan lebih mudah ditimpa kekalahan.

Di beberapa kawasan lain, perbalahan dalaman, enggan bekerja dan menutup bilik gerakan kerana kerusi di kawasan itu diberi kepada parti komponen juga merupakan masalah yang perlu ditangani oleh UMNO.

Semua itu akhirnya akan menyebabkan jumlah kerusi yang diyakini boleh dimenangi jadi berkurangan.

Berdasarkan pengumuman calon semalam yang dijangka akan menimbulkan lebih banyak masalah yang berangkai, sabotaj di sana sini, mereka yang digugurkan bertanding semula atas tiket parti lain dan ahli parti jadi hilang semangat, harapan BN untuk menang lebih banyak kerusi mungkin tak kesampaian.

Ramai yang menjangka UMNO hanya mampu menang tidak melebihi 40 kerusi Parlimen.

Seorang veteran UMNO tidak ragu-ragu mengatakan, sukar untuk BN menang waima 20 kerusi Parlimen kali ini.

Seorang Ketua UMNO Bahagian berkata, berdasarkan senarai calon semalam, PRU15 kali ini sudah boleh dijangka episod akhirnya. – ShahbudinHusin 02/11/2022.



ORANG LIDAH BERCABANG MEMANG GINIAH- MASA UMNO TAK MAHU KE PARTI DIA...PUNYA SONDOL SEBELUM NI NAK JUGA JUGA MN...BILA TAK JADI...INI LAH KATA KATA DIA....ORANG KENAI PARTI NI..

 

Umno hanya mahu selamatkan pemimpin mereka, kata Hadi

facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata tidak seperti Umno, Perikatan Nasional lebih kepada menyelamatkan rakyat.

PETALING JAYA: Presiden PAS Abdul Hadi Awang membidas Umno kerana lebih kepada menyelamatkan pemimpinnya yang diheret ke mahkamah berbanding Perikatan Nasional (PN) mahu menyelamatkan negara.

“Kami mahu menyelamatkan rakyat, tetapi mereka (pemimpin Umno) mahu menyelamatkan diri mereka sendiri,” kata Hadi, sambil menambah bahawa inilah sebabnya Umno memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan parti Islam itu.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran calon PN Kedah bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) malam tadi.

Hadi juga mendakwa, beberapa ahli politik Umno digugurkan sebagai calon kerana tidak bersetuju dengan pemimpin mereka, dan ada juga yang dipecat.

“Insya-Allah, mereka bersama kita.”

PN bertanding di semua 15 kerusi Parlimen Kedah pada PRU kali ini, dengan sembilan daripadanya adalah calon daripada PAS dan bakinya Bersatu.


SELEPAS DAN SEBELUM TEBUK ATAP- NYANYUK DAH.




 

PERKENAL INSENTIF DEMOKRASI TINGKAT TEKAD ANAK MUDA MENGUNDI


JOHOR BANGKIT-CALON PKR JOHOR

 

https://www.facebook.com/100069267727041/posts/433413075644280/

Berikut adalah calon-calon KEADILAN untuk parlimen dalam Johor.

Kepada rakan-rakan anggota ikuti halaman rasmi mereka di media sosial dan khususnya kepada pengundi-pengundi juga boleh ikuti dengan link yang disediakan agar lebih memudahkan lagi maklumat dengan input terkini secara terus.

Ayuh Malaysia! Kita Boleh!!

Yuneswaran Ramaraj - Calon Parlimen Segamat : https://www.facebook.com/R.Yuneswaran

Dr.Zaliha Mustafa - Calon Parlimen Sekijang : https://www.facebook.com/Dr-Zaliha-Mustafa-105057232411843/

Iskandar Shah - Calon Parlimen Pagoh : https://www.facebook.com/profile.php?id=100087079940673

Syed Ibrahim Syed Noh - Calon Parlimen Ledang : https://www.facebook.com/syedibrahimsyednoh

Onn Abu Bakar - Calon Parlimen Batu Pahat : https://www.facebook.com/OnnAbuBakarPKR

Dr.Maszlee Malik - Calon Parlimen Simpang Renggam : https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik

Zuraidah Zainab - Calon Parlimen Tenggara : https://www.facebook.com/zuraidahchedah

Hassan Abdul Karim - Calon Parlimen Pasir Gudang : https://www.facebook.com/hassankarim2013

Akmal Nasir - Calon Parlimen Johor Bahru : https://www.facebook.com/akmalnasir.my

Saiful Ariffin Abdul Karim - Calon Parlimen Pontian : https://www.facebook.com/SayfaulAriffin

Video, laporan dan posted by (FZ PiNS)

#KEADILANJohor #ayuhmalaysia #kitaboleh

#harapan