Posted By: Redzuan RF8 Mediaon:
TIKTOK- DIA RASA DIA CERDIK KOT- APA PUNYA PARTI...
Bila lidah bercabang masuk Politik!!Mcm Pelacur jer!!Tunggang Agama Islam tanpa rasa takut Dosa!Prinsip Politik berubah2 ikut peredaran masa!!Marol tak da nk bela Melayu dan martabatkan Islam!!
TUUU DIIAAA AIHH 9 BILLION TAK CUKUP- HABIS YANG SAKAW DUIT MACAMANA ?
Laporan JKSTUPKK LCS: RM9 bilion tak cukup selesai bina 6 kapal

PETALING JAYA: Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) membuat syor kepada kerajaan meneruskan kontrak pembinaan enam kapal tentera laut walaupun ada daripada lima kapal hanya siap 1.55% hingga maksimum 36.75% selepas RM5.94 bilion dibelanjakan, setakat Mei 2019.
Selain itu, kapal keenam LCS pula masih belum dimulakan pembinaannya.
Siasatan JKSTUPKK juga merekodkan kedudukan syarikat pembina LCS, Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi tempoh 31 Mei 2019 juga dilihat amat lemah dengan hutang berjumlah RM956.89 juta.
Dalam laporan siasatan itu, pihak jawatankuasa turut menyatakan baki RM3.19 bilion bagi mendapatkan keseluruhan enam kapal LCS tidak dapat ditampung, termasuk disiapkan pembinaannya.
“Pencapaian fizikal keenam-enam buah LCS yang masih berbaki antara 63.25% hingga 100% serta jangkaan baki peruntukan kewangan sebanyak RM3.19 bilion (RM9.13 bilion ditolak RM5.94 bilion).
“Ini tidak dapat menampung dan menyiapkan sepenuhnya pembinaan keenam-enam buah LCS terbabit,” lapor Berita Harian.
Menerusi laporan itu, jawatankuasa itu turut memohon Kementerian Pertahanan mempertimbang kedudukan aliran tunai syarikat BNS.
“Kedudukan aliran tunai BNS setakat 31 Mei 2019 dilihat amat lemah dengan hutang bank sebanyak RM956.89 juta dan hutang kepada pembekal serta pengeluaran produk tulen (OEM) sebanyak RM801.11 juta,” katanya.
JKSTUPKK turut berpendapat wajar bagi kerajaan meneruskan kontrak pembinaan itu.
“Bagaiamanapun jawatankuasa siasatan turut mencadangkan agar Kementerian Pertahanan hendak lah segera membentangkan semua penemuan siasatan itu, implikasi kewangan kerajaan dan hala tuju projek terbabit kepada Jemaah Menteri.
“Ini bagi membolehkan Jemaah Menteri mempertimbang dan membuat keputusan yang terbaik mengenai hala tuju pembinaan enam buah LCS,” katanya.
Laporan JKSTUPKK yang dinyahklasifikasikan lanjutan daripada syor PAC pada 4 Ogos lalu dan keputusan Kabinet pada 10 Ogos 2022.
Berusia 73 Tahun Dengan Kekayaan RM890 Juta, Ini Pemilik ‘Superyacht’ Yang Lalu Sungai Perlis
Pada hari semalam orang ramai terutamanya nelayan di sekitar muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis semalam ‘dikejutkan’ dengan kehadiran sebuah kapal layar mewah yang jarang dilihat di kawasan itu.
Ramai tertanya-tanya siapakah individu yang membelanjakan sejumlah besar wang untuk memiliki sebuah kapal layar mewah berbentuk unik & futuristik tersebut.
Kapal bersaiz kira-kira 43 meter itu diberi nama ‘Adastra’, diambil daripada bahasa Latin — Ad Dastra — bermaksud ‘menuju ke bintang-bintang’. Oleh sebab itu kapal layar mewah tersebut mempunyai reka bentuk yang mendahului zaman pada ketika itu.
Ia dibina oleh McConaghy Boats untuk seorang ‘baron’ perkapalan yang berpangkalan di Hong Kong. Superyacht ini pertama kali diperlihatkan kepada dunia pada 2012 dengan nilainya pada waktu itu sekitar USD10 juta (~RM44.5 juta) serta kos operasi tahunan mencecah USD1 juta (RM~4.45 juta).
Untuk makluman, kapal layar mewah yang melalui muara Sungai Perlis baru-baru ini mengambil masa 4 tahun untuk disiapkan, ini bermakna sejak tahun 2008 lagi pemilik bersama-sama pereka kapal ini (Shuttleworth Design) sudah mempunyai ‘visionary‘ untuk mencipta sebuah masterpiece yang tak lapuk ditelan zaman.

Sumber Gambar: South China Morning Post
Dalam satu portal pemilik-pemilik superyacht sedunia, pemilik asal kapal layar mewah ini, Antony Marden (Anto Marden) berusia 73 tahun dilaporkan mempunyai nilai kekayaan sehingga USD200 juta (~RM890 juta) melalui beberapa perniagaan seperti Fenwick Shipping yang mula beroperasi sejak tahun 1973 lagi.
Beliau juga memiliki Magsaysay Transport and Logistics Group yang berpangkalan di Manila, sebuah syarikat logistik yang menumpukan pada bidang pengurusan kapal, bunker marin, pembaikan & perkhidmatan marin, dan perundingan marin.
Kebanyakkan syarikat yang dimilikinya fokus pada perkhidmatan logistik, kemudian dikembangkan daripada pengangkutan kepada pelepasan kastam, penghantaran kontena, pergudangan dan pelancongan.

Sumber Gambar: Invest Islands
Menurut Anto, beliau merupakan sorang yang gemarkan aktiviti pelayaran dan meluangkan masa bersama ahli keluarganya, jadi dengan hasil kekayaan yang ada, beliau memiliki beberapa pulau persendirian sekitar Asia Tenggara, antaranya pusat peranginan pulau persendirian Pulau Pangkil di Indonesia dan resort butik Pulau Joyo di Kepulauan Riau berhampiran Singapura.
Pada tahun 2019, Anto telah membuat kenyataan mahu menjual kapal layar mewah miliknya dengan harga USD12 juta (~RM53.44 juta). Namun baru-baru ini, laman jual-beli kapal layar mewah Boat International menunjukkan harga terkini Adastra lebih murah, bernilai USD10 juta (~RM44.5 juta) sahaja.
Sementara itu anda boleh lihat gambar-gambar interior kapal layar mewah yang sememangnya sangat selesa untuk berlayar dalam satu jangka masa yang lama. Anto juga pernah mengibarkan bendera Malaysia, dipercayai apabila beliau berada di persekitaran perairan Langkawi sebelum ini.

Sumber Gambar: Shuttleworth Design

Sumber Gambar: Shuttleworth Design

Sumber Gambar: Shuttleworth Design

Sumber Gambar: Shuttleworth Design
Ini kali pertama kapal layar mewah berlayar melewati kawasan muara Sungai Perlis. Klik pautan di bawah untuk lihat hasil tinjauan wakil Berita Harian dari atas Jambatan Tuanku Syed Putra.
KISAH MUDAH LSC SAKAW
Cerita nya camnie,...
Sales Agent datang, bawa proposal jual 4 x 4...
Dia bawa spec Dan harga Raptor...
Bila dah setuju...antar order 6 biji..
Tetiba agent kata nak hantar HiLux...
TAPi masih harga Raptor..
Bayar duit utk 4 biji dulu ..
TAPi deliver lambat sikit...
Stock takder... Tunggu 6 bulan..
Punya lah tunggu.., sebiji pun Tak sampai..
Tunggu setahun takder Juga...
Dia mula marah...mengamuk Kat sales agent .. " Mana 4 x 4
aku order tu?" ...
Sales Agent pun, bawa dia pergi kilang ..
Tunjuk Kat dia Body kereta yang enjin pun takder..
"Hah....!! Tu ader... 4 x 4 kau!!"
Maka dia yang bodoh, yang bahalol, Dan tongong pun rasa
GUMBIRA...
Sebab... 4 x 4 dia Tak hilang!!
Pastu bersorak...4 x 4 aku ader...ader..!!
Hikhikhikhikhik hikhikhikhikhik
LAPORAN SIASATANPEROLEHAN LCS
MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF
Dia macam kita order Hilux tapi salesman tukar bagi Proton
Juara. Lepas tu yang Proton Juara tadi dah bertahun tak siap , dan dia sedaya
upaya nak convert jadi Hilux; persoalan dia kenapa tak order Hilux sahaja dari
mula yang sudah proven in the first place?
Elok dah TLDM minta ikut specifikasi perairan kita, tapi boleh
pula kontraktor ubah suka-suka. Itu yang Panglima Tentera Laut kata, tak pernah
ikut sejarah, design di tentukan oleh kontraktor dan bukannya TLDM. Betul,
juga, kalau kita nak beli kereta, takkan jurujual tu yang tentukan kita nak
beli kereta apa, yang bayar kita, yang nak pakai kita; pasal apa pula kena bagi
jurujual buat keputusan?
Bab Combat Management System pun pelik, kenapa pilih SETIS yang
akan obsolete dalam masa 5-10 tahun, dah la tu ada single point of failure. (
walaupun dia kata boleh update redundancy)
Lepas itu kalau guna GOWIND, TLDM dan terikat dari segi CMS,
terpaksa pilih SETIS dan tak boleh guna vendor2 lain yang mana boleh bagi
pilihan yang lebih banyak pada TLDM.
Ini Snippet LAPORAN JKSTUPKK TERBUKA: Laporan Siasatan Perolehan
Kapal Peronda Generasi Kedua - Littoral Combatant Ship (LCS) bagi Tentera Laut
Diraja Malaysia yang di tubuhkan masa zaman PH.
Baca penutup bab "penglibatan anggota pentadbiran di
peringkat awal sebelum kontrak di tandatangani menyebabkan reka bentuk dan
komponen yang di perlukan oleh TLDM sebagai end user di ketepikan".
Persoalan dia, dalam kes ini siapa dia anggota pentadbiran?
Siapa rajin boleh la baca semua apa masalah punca kelewatan ,
dari laporan kewangan yang tak bagus, hutang pembekal, langgar tatacara proses
tender antarabangsa dan macam-macam lagi.
https://www.parlimen.gov.my/pac/review/docs-257-317.pdf
PECAH TAK PECAH ITU HANGPA PUNYA PASAL LAH...JANGAN ANGGAP WALAUN SEMUA BODO...MASAALAH PAK LEBAI ATASAN ANGGAP WALAUN SEMUA BODO...
KETIKA DIBAWAH TOK GURU...PAS DILIHAT AMAT KUAT DAN MENDAPAT SOKONGAN KAUM ASING DENGAN CUKUP KUAT. TAPI SEKARANG PAS JANGAN HARAP WALAU SATU UNDI.
Cuma ‘air berkocak dalam cawan,’ beza pandangan dalam PAS tak pecahkan parti, kata mursyidul am

PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin menolak tanggapan bahawa perbezaan yang berlaku antara pemimpin parti itu berhubung kerjasama Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) tidak akan membawa kepada perpecahan, menjelang muktamar parti yang berlangsung awal bulan depan.
Katanya, adapun pimpinan berbeza pandangan ia hanya sekadar cadangan dalam usaha memantapkan PAS, dan bukannya untuk memecahbelahkan parti.
“Dalam PAS keputusan dibuat pimpinan pusat, jadi biasanya apabila keputusan sudah dibuat, wajib diikuti pengikut.
“Dalam PAS juga tidak ada masalah kerana setiap dasar kita nak putuskan itu walaupun ada yang tidak puas hati dalam kalangan pimpinan, itu hanya ibarat air berkocak dalam cawan sahaja, boleh diatasi dengan mudah dan setelah keputusan besar dibuat semua pimpinan akan patuh, walaupun di peringkat awal ada yang beza pendapat,” katanya kepada FMT.
Muktamar PAS dijadualkan berlangsung pada awal September ini, dengan isu melibatkan kerjasama MN serta PN dijangka hangat dibincangkan.
Beliau menegaskan sekalipun berlaku perbezaan pendapat dalam PAS sekarang ini, ia tidak akan membawa kepada penyingkiran beramai-ramai seperti dilihat pada 2015 yang melihat pembentukan Amanah.
Katanya, jika adapun pandangan dari pimpinan PAS bahawa parti itu perlu memilih hanya satu iaitu Muafakat Nasional (MN) bersama Umno atau Perikatan Nasional (PN) bersama Bersatu, itu hanyalah pandangan peribadi dan bukannya keputusan parti.
“Keputusan PAS untuk memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) dan pada masa sama mempertahankan Perikatan Nasional (PN) masih kekal sampai sekarang, dan saya rasa akan berterusan. Tak timbul isu pemimpin sokong PN sahaja (atau) sokong MN sahaja,” katanya.
Sebelum ini seorang pemimpin PAS membidas beberapa individu dalam parti itu yang mendakwa kononnya pendekatan mengeratkan hubungan kerjasama MN bersama Umno dan PN dengan Bersatu sebagai melanggar arahan Presiden Abdul Hadi Awang.
Ahli Jawatankuasa Kerja Ulama PAS Pusat, Mokhtar Senik berkata beliau hairan bagaimana pemimpin tertentu dalam PAS boleh membuat tuduhan sebegitu, sedangkan Hadi sendiri menegaskan perlunya mengekalkan kerjasama termasuk dengan Umno.
Beliau juga memberi bayangan insiden penyingkiran beramai-ramai dalam parti itu pada 2015 boleh berulang, apabila ada ahli parti yang “bersilat di belakang presiden” dan tidak ikhlas.
Tanpa menyebut atau memberikan gambaran secara jelas pihak yang dimaksudkannya itu, ulama PAS terbabit berkata, sikap berkenaan menunjukkan mereka membawa kepentingan sendiri.
HAIRAN KETUA PEMUDA PAS NI.MASA DIA NDAK SOKONGAN ORANG DEMI KUASA.....
KALAU MASA INI, YA PAS CUKUP KUAT..TAPI SEKARANG DENGAN SIKAP BODO WALAUN, TERLEPAS PELUANG DAN MELUKUT DI KAKI UMNO. KINI NAK SURUH PH PAHANG SOKONG UNTUK BERKUASA.AKAI TAK DAK..INGAT KERUSI PH UNTUK SOKONG HANGPA KA....

PRU15: Pemuda Pas ajak penyokong PH bantu tumbangkan BN
August 17, 2022
PAS secara terbuka dilihat mulakan langkah untuk menawan Pahang selepas berjaya menguasai Kelantan dan Terengganu melalui pilihan raya umum (PRU) lalu, selain Kedah selepas Langkah Sheraton.
‘Gerakan’ tersebut dizahirkan melalui Pemuda PAS yang melihat potensi untuk parti itu menguasai negeri di Pantai Timur.
Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Fadhli Shaari, berkata partinya itu berpotensi menawan negeri Darul Makmur jika kena pada kaedah dan pendekatannya.
Malah dalam usaha menawan Pahang itu, dia menyeru supaya penyokong-penyokong Pakatan Harapan (PH) supaya berfikir sejenak untuk melihat betapa pentingnya mengubah kepimpinan negeri terbabit.
“Hari ini PAS menang lapan kerusi dewan undangan negeri (DUN) daripada 42 kerusi Pahang dalam PRU ke-14. BN (menang) 25 kerusi manakala PH sembilan kerusi.
Untuk menegaskan hujahnya Ahmad Fadhli memberikan contoh DUN Pulau Tawar yang menyaksikan calon PAS kalah kepada Umno-BN dengan hanya perbezaan 587 undi pada 2018.
Untuk untuk calon PH pula, katanya, memperoleh 1,973 undi.
Parti kian kuat sekarang
Dalam keadaan begitu, kata ahli parlimen Pasir Mas berkenaan, sangat rugi undi PH “dibazirkan” untuk memenangkan BN.
“Jika beramai-ramai pengundi mereka (PH) memberikan undi kepada PAS, PAS boleh memenangi DUN Pulau Tawar,” katanya, memetik Malaysiakini.
Keadaan sebegitu, tambah Ahmad Fadhli, turut berlaku di beberapa kerusi DUN lain termasuk Tioman.
Dalam PRU ke-14 PAS memenangi lapan kerusi DUN iaitu Tahan, Damak, Beserah, Tanjung Lumpur, Panching, Luit, Chenor dan Jengka.
Kenyataan ketua Pemuda Perikatan Nasional itu dijangka akan mendapat reaksi balas daripada Umno-BN di sebalik hubungan baik yang pernah terjalin di antara kedua-dua parti sebelum ini.
Untuk rekod dalam keadaan hubungan PAS-Umno yang kian menegang, ada pihak tertentu di dalam – dan luar – parti itu sedang cuba memulihkan kerjasama yang dijalin melalui Muafakat Nasional.
Namun dipercayai kumpulan yang cenderung mahu berbaik-baik semula dengan Umno adalah lebih kecil berbanding mengambil sikap sebaliknya.
Kata Ahmad Fadhli sangat baik jika pengundi PH dalam PRU lalu dapat membuat pertimbangan semula dan mengambil pendirian memberi sokongan kepada PAS demi melihat Pahang berubah.
Katanya kekuatan PAS juga kian bertambah selepas parti itu mengadakan himpunan pada Julai lalu.
“Jom, bantu Pahang. Jadikan negeri keempat selepas Kelantan, Terengganu dan Kedah,” ujarnya.
Sementara itu mengulas ajakan Pemuda PAS tersebut, Anggota Parlimen Kangar Amin Ahmad menggunakan logik yang sama untuk bertanya soalan kepada Ahmad Fadhli.
Kata ahli parlimen PKR itu, dengan alasan yang dikemukakan Pemuda PAS, adakah mereka akan sanggup juga memberikan bantuan kepada PH untuk kerusi lain.
“Memakai logik yang sama, PAS (pula) perlu menyokong PH di kerusi yang PH dapat lebih banyak undi berbanding PAS.
“Sanggupkah PAS?” soalnya ringkas hari ini.“Dalam PRU yang akan datang jika penyokong-penyokong PH dapat berfikir sejenak betapa pentingnya mengubah kepimpinan Pahang, insya-Allah PAS ada peluang untuk menang atau setidak-tidaknya menjadi pemegang ‘syer’ paling besar dalam pembentukan kerajaan Pahang,” katanya.
PENIPUAN ATAS TALIAN BERLELUASA, KERAJAAN MASIH SENYAP?

Penipuan atas talian berleluasa, kerajaan masih senyap?
on:
Penipuan kewangan atas talian semakin meningkat sejak kebelakangan ini.
Menurut ADUN Semambu, Lee Chean Chung daripada maklumat rasmi, mulai Januari hingga Julai 2022 sahaja sebanyak 5,940 kes penipuan atas talian dan pancingan data telah berlaku dengan jumlah kerugian tercatat sebanyak RM 312 juta. Atau purata sebanyak RM1 juta dilesapkan setiap hari.
“Dari 2016 hingga Julai 2022, peratusan kes jenayah komersil juga didapati meningkat daripada 39% kepada 61%.
“Terbaru, iPay88, syarikat besar yang menjalankan transaksi online sebanyak 30 juta sebulan yang bernilai RM2.5 bilion, mengesahkan bahawa pangkalan maklumat pelanggan mereka terceroboh,” katanya.
Menurut beliau lagi, siri kejadian kebocoran maklumat peribadi dalam lima tahun kebelakangan telah mengakibatkan lebih 100 juta maklumat dicuri.
Katanya, dalam perjumpaan Kumpulan Sokongan Mangsa-mangsa Penipuan Kewangan Online yang ditubuhkan oleh beliau dan rakan rakan sejak 2 bulan lalu, didapati kebanyakan maklumat peribadi telah diperguna dan dimanfaatkan oleh sindiket untuk meyakinkan mangsa-mangsa dan membolehkan helah penipuan mereka dijalankan dengan lebih mudah.
“Malangnya perkara yang melibatkan keselamatan negara ini tidak dipandang serius dan diambil tindakan segera.
“Tidak sepatutnya ada sikap sambil lewa seperti apabila Akaun Telegram Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri digodam, Pejabat Perdana Menteri (PMO) hanya meminta orang awam membuat aduan sahaja, isu ini tidak akan selesaikan isu sampai ke hari kiamat.
“Sementara menunggu hasil perbincangan kabinet pada Rabu ini berkenaan dengan gesaan YB Fahmi Fadzil, Ketua Penerangan KEADILAN supaya ditubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat sepenuhnya insiden-insiden pencerobohan, Kumpulan Sokongan Mangsa-mangsa turut akan mengadakan perjumpaan siri ketiga di Ibu Pejabat KEADILAN, di Petaling Jaya,” katanya lagi.
Beliau turut mahu lebih ramai mangsa-mangsa tampil ke hadapan untuk menceritakan kisah mereka dan mengukuhkan solidariti supaya mereka yang berkuasa mendengar suara rakyat terbanyak dan mengambil tindakan dalam masa terdekat.
Perjumpaan berkenaan akan diadakan pada hari Rabu 17 Ogos, pukul 12 tengah hari bertempat di Ibu Pejabat KEADILAN, Merchant Square Tropicana, Petaling Jaya.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi 017-2956988.
Subscribe to:
Posts (Atom)